Friday 25 July 2014

Pati Minyak Zaitun Rawat Masalah Pneumonia-Paru-Paru

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pneumonia-Paru-Paru):

Assalammu'alaikum doktor. Pesakit ini menghidapi pneumonia, tidak boleh berjalan dan urat-urat keras. Baru keluar dari hospital, bolehkah hendak amal MZ/SCT? Bagaimanakah caranya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk pneumonia, ianya bermakna jangkitan kuman dari salur pernafasan atas sudah melarat ke bawah melibatkan paru-paru. Antibiotik diperlukan bagi membunuh kuman dalam tempoh yang singkat untuk mengelakkan kegagalan paru-paru yang membawa kematian. MZ dengan kemampuan antimicrobial dan anti-inflammatory mempercepatkan proses penyembuhan. SCT pula mengekalkan kadar asid-alkali yang seimbang di dalam badan kerana masalah paru-paru menyebabkan kadar ini terganggu. Bagi masalah urat keras dan tidak boleh berjalan, saya kurang jelas apa yang dimaksudkan. Adakah pesakit pernah mengalami strok yang menyebabkan kelemahan anggota ataupun disebabkan oleh garam elektrolit yang tidak seimbang.

Sumber: Olive House Medic & Business.
Jom view www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.whatsapp 0175750810

Monday 21 July 2014

Minyak Zaitun Olivie30 kali ganda sesuai untuk penyakit kronik

Minyak zaitun terbaik di dunia...30x ganda dr minyak zaitun biasa..baru sampai khas dr morocco...blh kontek sy...manfaatnya sgt byk insyaAllah...harga bpatutan n mampu milik... 

Lets view www.quranicfoods.com
https://www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.Whatsapp 0175750810

Sunday 20 July 2014

Belian Borong Raya Payi Minyak Zaityn Olive House

Belian BORONG. RM34/BOTOL RM408 SEDOZEN * FREE POS SEMENANJUNG.

Assalamualaikum.. Untuk makluman,
Syarikat Olive House Resources akan mula bercuti hari Raya Aidil Fitri  bermula dari 26.07.2014 sehingga 03.08.2014. Semua tempahan produk melalui courier express, tarikh akhir ialah pada hari Rabu, 23.07.2014. Selepas tarikh tersebut, produk tempahan Tuan/Puan akan sampai selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri. Sekian, terima kasih.

*UNTUK BELIAN BORING COD Alor Setar masih berjalan seperti biasa hingga hari Bakaq Lemang.. hehe.
Pos runcit pun mcm biasa sampai sabtu 26.7.14
Sms. Whatsapp 0175750810

Saturday 19 July 2014

Tumor Kanser vs OLIVIE 30 dan Pati Asli Minyak Zaitun Dr Hafizah

Soalan dari pengguna:

Assalam. Ada seorang customer ni ada mslh tumor dlm kepala. Baru cuba mz habis sebotol. Kelmarin tak sedarkan diri bila check-up tumor dah makin besar. Usia agak tua, anak2 mcm tak nak bg operate. Anaknya tanya kalau nak ambil mz olivie 30+ mcm mana, ok tak? Mohon yg pakar respon. Anaknya kalau boleh nak hari ini jg olivie tu, nak bg maknya makan olivie tu.

Jawapan Dr. Hafizah:

Wassalam. Tumour dalam kepala:

Tumour dalam kepala ada pelbagai jenis namun secara umumnya ia adalah ketumbuhan yang tidak normal dan bila sesuatu bertumbuh dalam otak yang ditutup oleh tulang tengkorak, ini akan meningkatkan tekanan dalaman otak (intracranial pressure). Pembedahan bukan sahaja mempunyai peluang tipis untuk memulihkan, malah dikhuatiri membaca risiko yang lebih besar. Olivie 30+ sesuai diminum tetapi mz turki harus diteruskan juga. Untuk memastikan tumour berhenti membesar, hendaklah pesakit dijauhkan dengan sebarang bahan kimia sintetik terutamanya yang terdapat dalam syampoo, sabun, minyak rambut, deodorant, sabun basuh, pencuci lantai, dan juga dalam makanan seharian seperti gula, gandum, sos, kicap, minyak masak yang ditapis.

Juga harus amalkan herba2 yang bersesuaian mengikut kepakaran herbalist. Banyakkan bersedekah, solat awal waktu, puasa sunat, tahajjud. Memang susah nak dilaksanakan dalam keadaan sakit namun jika kita percaya hanya Allah yang boleh sembuhkan kita, maka pada Dialah kita harus rayu dan tunjukkan pengharapan. Perjuangan melawan tumour adalah sengit. Tidak ada suatu pil magik yang dapat menyembuhkannya kerana ianya melibatkan semua aspek kehidupan.

Sumber: Olive House Medic & Business.
Lets view www.facebook.com/QuranicFoods

Kencing tak Lawas dan Sari Cuka Teen Dr Salman

Soalan Dari Pengguna:

Assalam. Dr. Salman, ada pengguna nak tahu, bagaimana nak atasi masalah kencing tak lawas Sukatan penggunaan mz & sct utk masalah kencing tak lawas ni?

Jawapan Dr. Salman:

Wassalam. Pundi kencing dikawal oleh saraf tulang belakang. Jika berlaku hentakan (spinal shock) masalah ini mungkin bersifat kekal (neurogenic bladder). Bagi tidak lawas kencing disebabkan bengkak kelenjar prostat sehingga memerlukan tiub kencing, pembedahan TURP diperlukan. Bagi kencing tak lawas di sebabkan batu karang, SCT merupakan makanan terbaik bagi memecahkan batu karang yang kecil dengan kandungan acetic acidnya mampu menstabilkan pH air kencing, manakala batu karang yang besar memerlukan pembedahan.

Sumber: Olive House Medic & Business.
Lets view www.facebook.com/QuranicFoods

Friday 18 July 2014

Saranan Dr Salman Penyakit Thyroid dan Pati Minyak Zaitun

Soalan dari pengguna:

Assalam doktor, cdgn minum utk pesakit thyroid ada dak saranan dr ?

Jawapan Dr. Salman:

Masalah tiroid:

Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doctor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

Lets view www.quranicfoods.com
https//:www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.Whatsapp 0175750810

Minyak Zaitun Olive House dan Sakit Tumit Dr Salman

Soalan dari pengguna:

Assalam doktor,  mslh tumit kaki sakit bila pijak lbh2 lagi waktu pagi. Kenapa ya? MZ ini boleh tak menghilangkan sakit ini?

Jawapan Dr. Salman:

Sakit tumit:

Sakit tumit mungkin disebabkan oleh radang selaput kaki (plantar fasciitis) atau tulang kalkaneum pada tumit yang mengalami ketumbuhan berlebihan (bony spur). Rawatan biasa ialah ubat tahan sakit dan pembedahan bagi membuang tulang yang lebih jika sakit berterusan oleh pakar ortopedik/tulang. Amalkan MZ bagi mengurangkan pergantungan kepada ubat tahan sakit dan radang selaput kaki.

Sumber: Olive House Medic & Business. 

Lets view www.quranicfoods.com
https//:www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.Whatsapp 0175750810

Pesakit ada pneunomia, tak boleh berjalan, urat2 katanya keras. Dah keluar hospital. Boleh tak nak amal minyak zaitun?

Soalan dari pengguna:

Assalam doktor. Pesakit ada pneunomia, tak boleh berjalan, urat2 katanya keras. Dah keluar hospital. Boleh tak nak amal minyak zaitun?

Jawapan Dr. Salman:

Untuk pneumonia, ianya bermakna jangkitan kuman dari salur pernafasan atas sudah melarat ke bawah melibatkan paru-paru. Antibiotik diperlukan bagi membunuh kuman dalam tempoh yang singkat untuk mengelakkan kegagalan paru-paru yang membawa kematian. MZ dengan kemampuan antimicrobial dan anti-inflammatory mempercepatkan proses penyembuhan. SCT pula mengekalkan kadar asid-alkali yang seimbang di dalam badan kerana masalah paru-paru menyebabkan kadar ini terganggu. Bagi masalah urat keras dan tidak boleh berjalan, saya kurang jelas apa yang dimaksudkan. Adakah pesakit pernah mengalami strok yang menyebabkan kelemahan anggota ataupun di sebabkan oleh garam elektrolit yang tidak seimbang.

Lets view www.facebook.com/QuranicFoods
Sumber: Olive House Medic & Business.

Sunday 13 July 2014

Olive Oil Antioxidant Kick for Eye Health

While extra virgin olive oil is known to contain a high amount of antioxidants, there may be room to add some more: Spanish researchers from the University of Jaén are experimenting with supplementing olive oil with lutein, a substance with antioxidant activity that plays a role in eye health.

Lutein is a carotenoid — a natural occurring pigment found mainly in green leafy vegetables such as collard greens and spinach — and acts as an antioxidant in humans. Lutein along with zeaxanthin accumulate in the macula and retina of the eye.

Studies have shown that lutein may help prevent or reduce the symptoms of age-related macular degeneration, a disease that is characterized by deterioration of the retina causing impaired vision. The results are not yet clear though, as not all studies have shown such an effect

The researchers have extracted lutein from seaweed and added it to olive oil. University of Jaén researcher and professor Ruperto Bermejo, notes that the average consumption of olive oil per person in Spain is 30 milliliters and that it would be very easy if the antioxidant they have purified to prevent the disease were already included in those 30 milliliters.

According to the research, it took a year and a half to define the method to add lutein without changing the color and taste of the olive oil.

Andalusian Stories: Olive oil enriched with seaweed to prevent ocular disease
Journal of Ophthalmology: Do Nutritional Supplements Have a Role in Age Macular Degeneration Prevention?
Ophthalmologica: Evidence-Based Nutritional Advice for Patients Affected by Age-Related Macular Degeneration

This article was last updated July 8, 2014 - 9:45 AM (GMT-5)

QURANIC FOODS Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFoods.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Petua dan panduan merawat batuk

Petua dan panduan merawat batuk secara Nature Healing dan www.QuranicFoods.com

[13/07 3:50 PM] Soalan
: uztaz camna nk minum mz bg ilang batuk

[13/07 3:54 PM] www.QuranicFoods.com: Batuk ni antara masalah utama ialah paru2.. pengamaln minyak zaitun dpt mrwt paru2. Kdg2 ktika myk zaitun mrwt paru2 simptom batuk akn muncul (kdg2 ada jg batuk bkn dsbbkn prwtn) dgn myk zaitun ttuskn amln spt biasa.

[13/07 3:56 PM] www.QuranicFoods.com: Tp ketika batuk mz dgn saya agak lmbt baik.. solusinya saya akn tmbh2-3 titik myk habbatu sauda dpm mz 1sudi mz @ minum trus myk hbsauda ujung sudu

[13/07 3:57 PM] www.QuranicFoods.com: Pati Minyak Zaitun rawat Kanak Kanak Batuk dan Selsema Bronkitis
As slm. Klu anak umur 1.5 bulan batuk n selsema leh minum mz ke. Sblm ni dah kena masuk wad bronkitis sbb batuk selsema x baik.?

Dr Hafizah :
Boleh..tiada keraguan pdnya.

Us Haryadi.

Pengalaman saya, satu malam tu anak saya umur 4 tahun batuk berterusan selama beberapa minit x berhenti.. Lalu saya bg minum 1 sudu mz, habis keluar semua kahak2 yang menyebabkan anak sukar bernafas. Lepas tu bg 1 sudu lagi, alhamdulillah anak lena sampai pagi & batuk pun tiada..
[13/07 3:58 PM] www.QuranicFoods.com: Ini pula jk masalah. TB.
[13/07 3:59 PM] www.QuranicFoods.com: http://oliveasli.blogspot.com/2014/06/minyak-zaitun-dan-sari-cuka-teen.html?m=1

[13/07 4:03 PM] www.QuranicFoods.com: Ini lg petua atau panduan untuk batuk..
[13/07 4:03 PM] www.QuranicFoods.com: "Semasa berada di Malaysia saya banyak bergantung kepada minyak habbatussauda (jintan hitam) setiap kali anak-anak selsema atau batuk. Caranya senang iaitu sapukan minyak ke dada perut dan kaki anak kemudian pakaikan stokin semasa tidur. Hasilnya anak yang dah susah untuk bernafas (anak no. 2) dapat tidur lena. Kemudian titikkan beberapa titik ke dalam mulut anak anda.

Semenjak berada di sini saya amalkan petua mencampurkan minyak zaitun dan habbatussauda yang dihancurkan. Saya akan gunakan campuran ini sebagai minyak sapu dan minum kepada anak-anak setiap kali ada tanda-tanda akan demam atau batuk. Alhamdulillah ia amat berkesan.

Sememangnya minyak zaitun dan habbatussauda ada kelebihan tersendiri dan disebut dalam sunnah Rasulullah saw sebagai ubat yang mujarab. Bagitu juga kelebihan madu. Jadi apabila menggunakan bahan-bahan ini kita cuba berubat mengikut sunnah, insya Allah ia akan memberi kesan zahir dan batin kepada keluarga kita."

More info www.facebook.com/QuranicFoods
Sma.whatsapp 017570810

Minyak Zaitun untuk ibu hamil


[13/07 4:09 PM]  Assalamualaikum
[13/07 4:10 PM] : Saya hamil. Bolehkah amal minum minyak zaitun dr awal kehamilan?

[13/07 4:11 PM] www.QuranicFoods.com: Waalaikum salam.. minyak zaitun takda masalah bahkan sgt baik utk ibu dan pbentukan janin.. kerana gizi n khasiat yg cukup baik didalamnya..

[13/07 4:13 PM] www.QuranicFoods.com: Soalan Dari Pengguna Minyak Zaitun:

1) Berapa dos minyak zaitun yg boleh dikenakan kepada ibu yg mengandung, ibu yg baru bersalin dan anak yg mula umur 2,3,4 tahun?
2) Bagaimana pula kepada pengamal yg ada makan pelbagai ubat dari hospital, seperti ubat darah tinggi, jantung, dll?

Jawapan dari Dr. Hafizah:
Secara umum..mz ..sct..atau segala makanan sunnah adalah makanan dan bukannya ubat...namun disebabkan badan manusia hari ini kekurangan khasiat maka apabila khasiat ini diberi kan semula..maka sakit nya automatic sembuh...
Maka soal dos adalah tidak penting. ..ia adalah lebih bergantung kepada cara pemakanan seharian individu...
Kalau memang pemakanan nya sihat...maka 2 sudu besar adalah mencukupi bg mz..
Tapi kalau seharian hanya makan processed food...maka wajib dos nya diperbanyakkan. ..

Namun secara umum....

1) ibu mangandung: 2 sudu besar pagi dan malam
2) ibu menyusu: 2 sudu besar 3x sehari
3) kanak2:sebagai daily supplementation 1 sudu kecil setiap pagi...boleh di tambah ikut kesesuaian..

[13/07 4:13 PM] www.QuranicFoods.com: Full artikel http://oliveasli.blogspot.com/2014/05/dos-sesuai-minyak-zaitun-utk-ibu-hamil.html?m=1

[13/07 4:14 PM] www.QuranicFoods.com: Ini juga..
[13/07 4:14 PM] www.QuranicFoods.com: http://quranicfoods.com/minyak-zaitun-olive-house-terbaik-untuk-ibu-hamil/

[13/07 4:29 PM] www.QuranicFoods.com: Sikit lg info hehe
Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

More info www.facebook.com/QuranicFoods
Sma.whatsapp 017570810

Petua dan panduan merawat batuk secara Nature Healing dan www.QuranicFoods.com

[13/07 3:50 PM] Soalan
: uztaz camna nk minum mz bg ilang batuk

[13/07 3:54 PM] www.QuranicFoods.com: Batuk ni antara masalah utama ialah paru2.. pengamaln minyak zaitun dpt mrwt paru2. Kdg2 ktika myk zaitun mrwt paru2 simptom batuk akn muncul (kdg2 ada jg batuk bkn dsbbkn prwtn) dgn myk zaitun ttuskn amln spt biasa.

[13/07 3:56 PM] www.QuranicFoods.com: Tp ketika batuk mz dgn saya agak lmbt baik.. solusinya saya akn tmbh2-3 titik myk habbatu sauda dpm mz 1sudi mz @ minum trus myk hbsauda ujung sudu

[13/07 3:57 PM] www.QuranicFoods.com: Pati Minyak Zaitun rawat Kanak Kanak Batuk dan Selsema Bronkitis
As slm. Klu anak umur 1.5 bulan batuk n selsema leh minum mz ke. Sblm ni dah kena masuk wad bronkitis sbb batuk selsema x baik.?

Dr Hafizah :
Boleh..tiada keraguan pdnya.

Us Haryadi.

Pengalaman saya, satu malam tu anak saya umur 4 tahun batuk berterusan selama beberapa minit x berhenti.. Lalu saya bg minum 1 sudu mz, habis keluar semua kahak2 yang menyebabkan anak sukar bernafas. Lepas tu bg 1 sudu lagi, alhamdulillah anak lena sampai pagi & batuk pun tiada..
[13/07 3:58 PM] www.QuranicFoods.com: Ini pula jk masalah. TB.
[13/07 3:59 PM] www.QuranicFoods.com: http://oliveasli.blogspot.com/2014/06/minyak-zaitun-dan-sari-cuka-teen.html?m=1

[13/07 4:03 PM] www.QuranicFoods.com: Ini lg petua atau panduan untuk batuk..
[13/07 4:03 PM] www.QuranicFoods.com: "Semasa berada di Malaysia saya banyak bergantung kepada minyak habbatussauda (jintan hitam) setiap kali anak-anak selsema atau batuk. Caranya senang iaitu sapukan minyak ke dada perut dan kaki anak kemudian pakaikan stokin semasa tidur. Hasilnya anak yang dah susah untuk bernafas (anak no. 2) dapat tidur lena. Kemudian titikkan beberapa titik ke dalam mulut anak anda.

Semenjak berada di sini saya amalkan petua mencampurkan minyak zaitun dan habbatussauda yang dihancurkan. Saya akan gunakan campuran ini sebagai minyak sapu dan minum kepada anak-anak setiap kali ada tanda-tanda akan demam atau batuk. Alhamdulillah ia amat berkesan.

Sememangnya minyak zaitun dan habbatussauda ada kelebihan tersendiri dan disebut dalam sunnah Rasulullah saw sebagai ubat yang mujarab. Bagitu juga kelebihan madu. Jadi apabila menggunakan bahan-bahan ini kita cuba berubat mengikut sunnah, insya Allah ia akan memberi kesan zahir dan batin kepada keluarga kita."

More info www.facebook.com/QuranicFoods
Sma.whatsapp 017570810

Thursday 10 July 2014

Poliphenols dalam Minyak Zaitun Olive House

TAHUKAH ANDA !!

Pati Minyak Zaitun Olive House TANPA TAPISAN mempunyai tiga puluh peratus lebih "POLYPHENOLs!"

Poliphenols adalah SISTEM PERTAHANAN SEMULAJADI yang melindungi POKOK-POKOK ZAITUN daripada serangan virus dan bakteria.

Apabila manusia menelan poliphenols, MAKA poliphenols INI juga akan melindungi sel-sel manusia daripada Serangan RADIKAL BEBAS, VIRUS dan BAKTERIA.

Jom jaga kesihatan dengan produk SEMULAJADI..

SIHAT secara ALAMI.. 

Kenali Potasium dan khasiat cuka teen

TAHUKAH ANDA..!!

Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda??

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium. Selain itu potassium juga di perlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.

Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah di jaga supaya berada di antara 3.5 dan 5.5 mEq/L. Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal. Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah???

Potassium Rendah:

Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita. Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah. Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium, potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.

Pengambilan makanan yang kurang zat, muntah dan cirit-birit yang berlebihan, dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda.

Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:
• Otot menjadi lemah
• Kekejangan
• Kebingungan
• Masalah dengan koordinasi otot
• Denyutan jantung menjadi tidak teratur
• Jantung gagal berfungsi

Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium. Ujian darah akan di lakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

Potassium Tinggi:

Apabila buah pinggang anda sudah gagal untuk berfungsi, ia tidak lagi dapat mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan dan akan menyebabkan potassium berkumpul di dalam tubuh. Potassium tinggi di kenali sebagai hiperkalemia. Keadaan ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap kronik (CKD).

Kesan-kesan yang timbul akibat dari potassium tinggi ialah:
• Rasa mual
• Rasa lemah
• Rasa kebas atau sensasi kesemutan
• Denyutan menjadi perlahan
• Degup jantung tidak teratur
• Kegagalan jantung
• Kematian mengejut

:: Beramallah dengan Pemakanan Sunnah demi Kesihatan ::
QURANIC FOODS Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFoods.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Kenapa Perlu amal Sari Cuka Teen Setiap Hari Dr Hafizah

TAHUKAH ANDA !!

MENGAPA KITA HARUS MENGGUNAKAN SARI CUKA TEEN SETIAP HARI..!!

1. Menstabilkan paras gula dalam darah. Biasanya makanan yang berkarbohidrat tinggi akan menyebabkan kenaikan paras gula yang mendadak dan ini menyebabkan kemusnahan sel dan gangguan sistem tubuh.

2. Membekalkan elektrolit yang penting terutama Potassium yang di gunakan oleh semua sel untuk bekerja dengan berkesan setiap hari.

3. Menurunkan risiko untuk penyakit kardiovaskular dengan menurunkan paras kolestrol dan trigliserida.

4. Membantu menguruskan badan dengan mengurang rasa lapar dan membantu pencernaan sempurna.

5. Membantu meningkatkan sensitivity insulin bagi penyakit kencing manis jenis 2 ( type || DM ).

6. Merupakan antiseptic dan antibiotic semulajadi.

7. Mencantikkan kulit muka dan rambut.

8. Boleh menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot.

9. Melancarkan aliran saluran limfa.

10. Berupaya membersihkan darah atau 'detoxify' sistem peredaran darah.

Sumber: Dr.Hafizah Amanulla

Sakit tumit kaki

Tumit kaki sakit

PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.

Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.

Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.

Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.

Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.

Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.

Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.

Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.

Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.

Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.

Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.

Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/17

Wednesday 9 July 2014

Gastrik dan Pati Minyak Zaitun by Dr Salman Amiruddin

Gastrik dan Olive Oil by Dr Salman Amiruddin

Gastritis:

Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan.Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.

Olive oil membantu membentuk selaput pada lapisan perut yang terlibat seterusnya menghalang hakisan.Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.

Fig vinegar-Acetic acid yg terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami,amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.
www.facebook.com/QuranicFoods
Sumber: Olive House Medic & Business.

www.QuranicFoods.com
Sms.whatsapp 0175750810
Ustaz Zaki

Tuesday 8 July 2014

Cuka dan gastrik serta buah pinggang

Soalan Dari Pelanggan(MAsalahPesakit Buah Pinggang+Gastrik & SCT):

Assalammu'alaikum doktor. Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida. Inilah asid asetik yang digunakan sebagai pelarut dalam industri. Ianya jugalah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (konon nya tidak memudaratkan).

Beza yang paling besar adalah ia berasal bukan dari sumber makanan. Badan kita bukan macam tong kosong. Masuk potasium bukan semua duduk dalam darah. Badan kita ini system umpama kilang kimia yang sangat kompleks. Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yang spesifik untuknya sahaja. Sel kita hanya akan utilise makanan dan akan buang non-food material. Buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu untuk dikumuhkan. Bekam will help with it.

Untuk dos pengambilan, ikut kesesuaian bermulakan dengan dos rendah dahulu kemudian naikkan berkala.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Kenapa Buah Teen Perlu jadi Amalan Harian

Soalan Dari Pelanggan:

Assalammu'alaikum doktor. Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah ini. Kalau dilihat buah teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat buah dan biji..buah-buahan dan biji-bijian yang Allah sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.

Ia bukan sahaja makanan malah suatu ubat yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, anti fungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari? 

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda. Universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.
www.facebook.com/QuranicFoods
Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday 7 July 2014

Rawat Masalah Neofrotik Sindrom dgn Pati Asli Minyak Zaitin

Soalan dari pelanggan (Masalah Neofrotik Sindrom):

Assalamu'alaikum doktor. Saya mempunyai anak lelaki yang menghidap penyakit neofrotik sindrom. Mula dikesan sejak berumur 3 tahun dan sekarang berumur 7 tahun. Apakah cara atau alternatif lain yang boleh saya lakukan bagi mengurangkan pengambilan ubat prednisolone. Untuk makluman doktor, anak saya akan relapse apabila penurunan dos kepada 2 1/2 biji. Apakah produk makanan sunnah sesuai untuk sakit anak saya? Terima kasih.

Jawapan Dr Hafizah:

Wa'alaikumsalam.

Nephrotic syndrome: Keadaan di mana buah pinggang telah menapis keluar protein secara berlebihan menyebabkan protein rendah dalam darah dan ini mengganggu tekanan osmosis menyebabkan bengkak pada wajah dan seluruh tubuh.

Bila steroid digunakan dalam rawatan, kemungkinan besar penyebabnya adalah radang pada sel buah pinggang. Steroid diberikan untuk menghentikan radang ini. Namun, kalau kita berhentikan radang, penyembuhan takkan berlaku kerana radang berlaku biasanya bersebab. Jika radang dihentikan dan sebab tidak dihilangkan, kemusnahan sel buah pinggang akan terus berlaku.

Minyak zaitun akan membantu meningkatkan sistem imun bagi membaiki sel buah pinggang cuma, semasa proses baikpulih, sel ini mungkin akan menyebab terjadinya gejala2 seperti kenaikan tekanan darah, kencing berdarah dan pembengkakkan sementara. Namun, haruslah istiqamah dan kesan ini boleh dikurangkan dengan berbekam.

Antara lain yang boleh diamalkan adalah 1 sudu minyak habbatus sauda asli dicampur 1 sudu madu asli setiap hari. Pastikan makanan dia dimasak rapi menggunakan api kecil. Gorengan menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun. Banyakkan buah-buahan dan sayuran segar, kurma, buah teen dan lain-lain.

# Sumber: Olive House Medic & Business.

Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Saturday 5 July 2014

Khasiat Pati Minyak Zaitun Untuk Kesihatan

Klik untuk besarkan

Khasiat Minyak Zaitun untuk Kesihatan


1) Mengurangkan risiko penyakit jantung
Minyak zaitun terbukti memperlancar aliran darah, menurunkan tekanan darah, dan mengatur kolesterol dengan cara menekan jenis kolesterol berbahaya (LDL) dan mempertahankan yang baik (HDL) - menjaga kesihatan jantung dan mencegah stroke telah terbukti secara ilmiah.

2) Mencegah kanser
Para peneliti di Copenhagen University Hospital di Denmark menemukan bahawa minyak zaitun mengurangkan kerosakan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.

3) Menghilangkan radang sendi
Minyak zaitun mendorong penghasilan prostaglandin, suatu bahan pencegah pembengkakan dan keradangan/inflamasi.

4) Mencegah osteoporosis
Berdasarkan kajian di dalam The British Journal of Nutrition, minyak zaitun membantu mencegah osteoporosis, meskipun tidak memulihkan berat tulang yang hilang secara keseluruhannya.

5) Menurunkan kadar gula darah
Minyak zaitun dapat merendahkan kadar kolesterol berbahaya sekaligus membantu menurunkan risiko berkembangnya penyakit diabetis dan menurunkan kadar gula dalam darah.

6) Mengurangkan radikal bebas
Minyak zaitun mengandung aktioksidan-polifenol. Zat ini dapat membantu tubuh dalam detoksifikasi molekul yang tidak seimbang sekaligus mengurangkan pembentukan radikal bebas.

7) Mengawal penyakit kulit
Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis. 


Untuk tempahan pati MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kamihttps://www.facebook.com/messages/QuranicFoods atau
hubungi kami di 017 5750810 (sms,whatsapp)

Khasiat dan manafaat buah tin / teen dr salman

Kenapa mesti kita amal Buah Teen Separa Segar?-Doktor Salman Amiruddin.


Khasiat dan Manfaat Buah Teen:


1. Kandungan Kalium, Omega-3 dan Omega-6 pada buah teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.


2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti). 


3. Daun dari tanaman teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.


4. Kandungan Coumarin pada buah teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.


5. Tryptophan, dalam buah teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.


6. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.


7. Serat larut yang terdapat pada buah teen disebut Pektin, dalam buah teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.


8. Bila diterapkan pada kulit, teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.


9. Kadar air yang tinggi di dalam buah teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.


10. Buah teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.


11. Buah teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.

www.facebook.com/QuranicFoods

www.quranicfoods.com

Sms.whatsapp 0175750810

Marilah Amalkan Sebiji Sehari Buah Teen!

Friday 4 July 2014

Kehebatan Pati Minyak Zaitun Asli

Minyak Zaitun: Bukan sekadar minyak biasa

Oleh: MOHAMAD FIKRI ROSLY

Khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.

Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.

Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia.

Pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.

Khasiat minyak zaitun
Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.

Kandungan minyak zaitun
Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.

Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.
#

Telah terbukti! Dengan kajian Makmal. Serta testimoni yg pelbagai..
Perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut di dalam al Quran.. sarjana dan saintis barat mengkajinya dengan teliti dan menamakannya SUPER FOODS dan FOODS AS MEDICINE.. kita amalkannya sebagai www.QuranicFoods.com makanan disebut didalam al Quran..juga makanan penghuni syurga..
ia dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Thursday 3 July 2014

Testimoni / Perkongsian turunkan 15 kg dgn amalan Pemakanan Sunnah. www.QuranicFoods.com

Testimoni / Perkongsian turunkan 15 kg dgn amalan Pemakanan Sunnah.
www.QuranicFoods.com

Azizah Cust Olive: kak nah ..boleh share cara mana kak nah boleh less 15kg..& berapa lama masa tu

Kak Dinah cust Olive: k nah minum cuka lpas mkn berat 30ml +mz 30ml shri. mkn berat skali shari siang hari.  mlm xmkn berat. rasa lapar mkn buah@ sup sayur je. pg minum madu + air suam. kmudian blen kurma + susu kmbing skit telan dgn myk hbatusauda. bykkan air kosong biar ckup 8 gelas shari. gula putih pantang masa nk kurus

Kak Dinah: makanan berlemak
goreng berkrim manis2 kurang@ tinggalkan msa diet lbhkan sayur n buah. k nah ambk.msa sthn jgk sbb lemak dah jd tepu bawah kulit. kena konsisten n sabar sbb jd gemuk dlu ambil masa. nk kurus pn ambil msa jgk. tp Alhmdulillah mmg mz madu n cuka  n makanan sunnah lain dia blh atur masa kuantiti n cara mkn kita. jd kurang selera pd mkn2 lemak goreng manis bkrim kek. cuma skali skala ada nk rasa.  tp bila mkn skit saje dah kenyang. betul mknan sunnah sgt baik. lisan Rasulullullah wahyu Allah.nabi kita xbohong

Kak Dinah: sdikit perkongsian dt pengalaman.

More info; sms.whatsapp 0175750810
www.quranicfoods.com

FACIAL MUKA DGN CUKA BUAH TIN OLIVE HOUSE

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Facial-Muka & SCT):

Assalamu’alaikum doktor. Nak tanya, cuka teen boleh dijadikan bahan untuk facial tak?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cuka teen untuk facial. Biasanya cuka buah-buahan digunakan sebagai toner atau penyegar selepas mencuci muka. Campurkan 1 bahagian cuka teen dan 2 bahagian air sejuk. Sapukan di muka dan biarkan kering. Amalan ini sangat elok untuk kulit berminyak.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. SCT sangat berkesan bagi facial. Sifat asidnya mampu memecahkan peluh yang berkumpul di dalam liang roma dan sifat antibakteria mampu membunuh kuman yang berkumpul di dalam peluh tersebut.
www.facebook.com/QuranicFoods
Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 2 July 2014

Minyak Zaitun dan Migrain Dr Hafizah

Soalan Dari Pengguna (Masalah Migrain & MZ):

Assalam’ualaikum doktor. Ada yang boleh share tak? Bagaimanakah MZ boleh mengurang dan merawat migrain. Minta penjelasan sebab nak bagi pesakit maklumat betul dan sentiasa amalkan MZ.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Migraine adalah sakit kepala biasanya pada sebelah bahagian sahaja. Ia biasanya dimulai dengan 'aura' atau 'deja vu' di mana ianya adalah perasaan yang pesakit seolah2 tahu migraine akan menyerang. Penyakit ini sangat banyak pada zaman ini akibat kesan bahan kimia dan logam berat pada otak. Bahan2 antioksidan yang banyak dalam MZ menolong membuang sisa2 buangan dan halang lambakannya pada organ. Namun, tabiat pemakanan yang buruk haruslah dihentikan dan aktiviti menghadap skrin sama ada tv, komputer atau gadget lain haruslah sangat dikurangkan. Bila solat, hendaklah rukuk dan sujud dengan lama, minyak habbatus sauda 2g sehari juga boleh membantu. InsyaAllah.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Masalah Alergik Vitamin C & Minyak Zaitun

Soalan Dari Pengguna (Masalah Alergik Vitamin C & MZ):

Assalammu’alaikum doktor. Saya ingin penjelasan mengenai kandungan dalam Olive Oil yang ada Vitamin C dalam bentuk apa kerana saya allergic dengan limau, cuka, nenas & kandungan yang masam seperti jeruk @ buah-buahan. Seperti yang saya nyatakan kebanyakan Olive Oil boleh digunakan untuk minyak masakan & yang Olive Oil ini hanya untuk diminum dan apa perbezaannya?

Nota kecil: Pesakit ini sekarang dalam pantang dan rawatan.Tidak boleh ambil mkanan seperti di atas. Dia ingin mencuba MZ tetapi ada vitamin C. Boleh bagi pencerahan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Alergik kepada vitamin C:

Alergik merupakan reaksi tubuh kepada bendasing luaran di sebabkan ketidakstabilan sistem imun yang terlampau sensitif. Simptomnya ialah kegatalan, bengkak dan yang berbahaya ialah sesak nafas (anaphylactic shock). MZ & SCT dengan fungsi immuno-modulator boleh menstabilkan kembali sistem imun. Ambil dalam jumlah yang sedikit, kemudian perhatikan simptom. Sekiranya tidak timbul simptom2 di atas, boleh diambil seperti biasa.

www.facebook.com/QuranicFoods
Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 1 July 2014

masalah sakit belakang  dan kencing berdarah

Assalamualaikum. Mohon  pencerahan  . Ada  pelanggan  saya ada  masalah sakit belakang  dan kencing berdarah.  Apa punca  masalahnya. Kaedah rawatan awalan yg sesuai dan terapi yg sesuai.

Dr Asnawati Bt Mohd Rafii Akupuntur :  - simptom kencing berdarah ada kemungkinan patient ada batu karang dan berlaku kesumbatan pada salur kencing. Kalau nk kepastian yg nyata (ainul yakin), cdgkan pada patient gi buat ultra sound dan minta pihak klinik bkenaan print out (simpan dlm file pesakit kita sebagai bukti penyakit).
Rawatan awalan - minum jus karot putih (radish) selama 2 hari (1 litre sehari - setiap kali minum 1 gelas).
Rawatan akp - AKP GRID di pinggang + poin blood flow ; dalam masa sebulan buat akp ni 5 kali. InsyaAllah sda kesembuhan.

Dalam bulan kedua ; bekam overhaul bhg belakang (bagi melengkapkan rawatan sakit batu karang)

Bagi penyakit batu karang..nasihatkan pesakit buat senaman duduk tahyat akhir (tukar2 kiri dan kanan).

Bagi pengidap migrain.. senaman pergerakan solat sujud (lama2 sehingga rasa darah pergi ke kepala).
Sakit belakang ...duduk bersila dgn temukab kedua2 tapak kaki san tundukkan dahi hingga menyentuh lantai (setakat yg blh jer)

Apapun sakit...pergerakan solat banyak membantu melegakan. Kesimpulannya kena byk solat utk dpt bdn yg sihat.

Ada pesakit batu karang yg saya rawat tak lalu nk minum jus karot putih (muntah hijau dia). So saya sarankan ambil sesudu minyak zaitun cold pressing setiap 2 jam selama 3 hari. Dalam masa yg sama buat akp blood flow setiap hari (selama 3 hari juga). Alhamdulillah kencing dh normal dan tiada lagi simptom batu karang. Bila gi buat ultrasiund, salur kencing dh clear.

Us Zahir Kassim Olive: Boleh ganti karot putih dgn epal hijau tak doktor untuk lembutkan batu...

Dr Asnawati Bt Mohd Rafii Akupuntur:
Org malaysia sebenarnya tak berapa sesuai dgn epal hijau (klu masalah batu karang - kolestrol blh). Tapi blh diganti dgn buah delima yang diblend bersekali dgn kulitnya. Tapi dan minum (jgn campur gula atau apa2pun). W/bmanapun karot putih ni tindakbals dia SEGERA. Air kencing terus jadi warna susu @ berkilat2 - menunjukkan batu karang dah KELUAR (pengalaman peribadi ni)

*semoga perkongsian ini bermanafaat utk semua

Masalah Migrain dan Pati Minyak Zaitun Asli Olive House

Soalan Dari Pengguna (Masalah Migrain & MZ):

Assalam’ualaikum doktor. Ada yang boleh share tak? Bagaimanakah MZ boleh mengurang dan merawat migrain. Minta penjelasan sebab nak bagi pesakit maklumat betul dan sentiasa amalkan MZ.

Jawapan Dari Dr. Salman:

MZ bagi pesakit migrain:

Migrain di diagnos bagi pesakit yang mengalami sakit kepala tanpa bukti pathology seperti ketumbuhan, kematian otak, strok di dalam CT scan dan MRI otak.

Pesakit biasanya bergantung kepada ubat tahan sakit sepanjang masa tanpa rawatan khusus.

MZ membantu dengan ;
1- tindakan anti-inflammatory (mengurangkan bahan2 yang menyebabkan keradangan salur darah kepala)
2-analgesic (tindakan penahan sakit) dan
3- vasodilator (mengembangkan salur darah di bahagian kepala)
yang mana ketiga2 tindakan tersebut mampu mengurangkan simptom sakit kepala pesakit migrain.

www.facebook.com/QuranicFoods
Sumber: Olive House Medic & Business.

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!