Friday 27 May 2016

Cemerlang Ceylon Cinnamon Olive House dan Madu Gunung Terbaik Kyrgystan

Bersama CEO OLIVE HOUSE:
Perkongsian dari cikgu shamimi

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19080170

Case study 👆🏻 tentang Ceylon Cinnamon dengan Nutrisi Essential Cinnamon Oil iaitu *Cinnamaldehyde* lebih cemerlang *peranan* nya berbanding Metformin (ubat kencing manis yang diberi kepada pesakit diabetes) pada peringkat awal.

Dan, jika ➕ dengan 🍯 Multiflora lagi sangat Cemerlang kesannya kerana dalam Madu ada Antioksida namanya *Pinocembrin*. Akan berperanan pada *mitochondria* sel, hasilkan / repair Beta cell (iaitu Sel yang terlibat pada pankreas, rembeskan Insulin) yang cukup & cekap untuk cerna gula.

Juga dalam madu rendah nilai *Glycemix Index* berbanding Gula Putih.
Kandungan Sukros (iaitu Disaccharide @ Gula Kompleks) yang rendah berbanding Fruktos & Glukos (Monosaccaride @ Gula Ringkas) ialah kelebihan kepada pesakit Diabetes.

Walaubagaimanapun, *bersederhana*lah dalam apa-apa jua makanan.
Dicadangkan kepada pesakit Diabetes, sukatan *Maksimum* utk Ceylon Cinnamon ialah 6g = 1.25 sudu teh.

Scientific Studies suggest 2 sudu besar daily berperanan sangat baik pada diabetes patient.
Wallahua'lam

www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

Thursday 26 May 2016

Minyak Zaitun Berkualiti Tinggi Serta Kelebihan Meminum Minyak Zaitun Olive House


 
Anda Perlukan Minyak Zaitun Berkualiti Tinggi Serta Ingin Tahu Kelebihan Meminum Minyak Zaitun”?
.
Minyak Zaitun Olive House adalah 100% Organik, extra virgin dan Halal, mempunyai khasiat semulajadi yang sangat tinggi dan sangat mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dan keluarga yang tersayang.
.
Tidak seperti minyak zaitun yang lain, minyak zaitun olive house dijamin asli dan mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Cukup hanya 2 sudu sehari untuk mencetus senyuman semulajadi anda

__________________________________________________

Dengan meningkatnya masaalah kesihatan yang kronik di Malaysia dan kos rawatan yang sangat tinggi, Minyak zaitun yang penuh dengan khasiat semula jadi sangat mampu membantu membebaskan diri anda daripada dibelenggu oleh penyakit yang merbahaya ini.
.
Sebagai langkah pencegahan agar diri anda tidak dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang merbahaya ini, ayuh amalkan meminum Minyak Zaitun Olive House 2 sudu besar sehari , pencetus senyuman semulajadi anda.
.
Minyak zaitun Olive House sangat baik untuk:
.
Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
Sistem penghadaman (Digestive System)
Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
Sistem Pernafasan (Respiratory System)
Organ dan sistem mata
Sistem imunisasi
Menghalang pembentukan tumor
Mengurangkan kesakitan kanser
Menghalang pembentukan kanser
Menyerap kalsium
Mengelakkan keradangan (Inflammation)
.
Cukup Hanya 2 Sudu Makan Sehari, Pencetus Senyuman Semulajadi Anda. 
 
.
 
Berminat Nak Order Minyak Zaitun Olive House
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Wednesday 25 May 2016

Kelebihan dan cara penggunaan Ceylon Cinnamon

Tahukah anda?

👉🏿Kayu manis atau CINNAMON mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.

👉🏿Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.

👉🏿Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.

👉🏿Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.

👉🏿Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.

👉🏿Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

💁🏻Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.

💁🏻Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.

💁🏻Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.

🍯Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.

👉🏿Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.

💁🏻Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.

💃🏻Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.

📝Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.

👉🏿Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.

📝Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.

👉🏿Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.

👍Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan.

☝🏻Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi.

💁🏻Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.

👉🏿Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.

🕵Penyelidik di Universiti
*Kredit : Kak Hani

More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Tuesday 24 May 2016

Minyak zaitun Olive House ; Soalan Dari Pelanggan 📖 (Masalah Penyakit Hemophilia)

📚 Soalan Dari Pelanggan 📖 (Masalah Penyakit Hemophilia):

Assalammu'alaikum doktor. Anak sahabat saya berumur 12 tahun adalah Pesakit Hemophilia A (1.0 peratus). Adakah boleh amalkan Pati Minyak Zaitun(PMZ) dan Sari Cuka Teen(SCT) dan bagaimana cara penggunaanya serta kesannya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ianya berpunca dari kekurangan Faktor 8 di dalam darah yang menyebabkan darah lambat membeku dan ianya berpunca dari genetik ibubapa. Rawatannya ialah penggantian Faktor 8 ke dalam darah. Elakkan dari aktiviti lasak yang mungkin menyebabkan pendarahan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pesakit hemofilia boleh mengamalkan PMZ dan SCT seperti biasa. Cara amalannya, dimulakan dengan dos kecil dan kemudian dinaikkan berperingkat. InsyaAllah keadaan anak akan bertambah baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More Info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Friday 20 May 2016

Masalah Pemakanan Madu Lebah. Dr Hafizah

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pemakanan Madu Lebah):

Assalamualaikum para doktor. Di sini saya ada satu soalan berkenaan dengan madu lebah asli. Adakah madu lebah asli sesuai dengan semua orang termasuk orang yang pernah ada penyakit atau sedang alami penyakit. Maksud saya, sekiranya seseorang yang pernah menjalani pembedahan besar, bius sana sini, kemudian dia mengamalkan minum madu setiap hari. Adakah kesan atau akibat atau apa-apa tindak balas ke atas badannya? Sekiranya ada, perlukah dia berhenti minum madu atau teruskan kerana itu mungkin tindakbalas awal. Jawapan yang doktor berikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Menurut Al-Quran madu sememangnya penawar untuk semua manusia dan untuk menerimanya, terdapat keadaan manusia atau penyakit di mana madu tidak boleh digunakan adalah bercanggah dengan fakta Al-Quran. Cuma mungkin cara pengambilannya dan waktu pengambilannya harus diubah. Madu lebah mempunyai cara-cara tertentu untuk diambil sama ada secara terus, dibancuh air sejuk atau dibancuh dengan air suam atau air suhu bilik. Satu lagi yang harus diingat adalah kesan yang dirasai setelah kita mengambil satu zat atau ubatan alami adalah efek penyembuhan kerana bahan-bahan yang terdapat dalam bahan alami bertindak merangsang fungsi tubuh sedangkan bahan kimia bertindak merencat sistem tubuh dan apabila fungsi tubuh direncat, ini yang dinamakan kesan sampingan ubatan. Diharap dapat terus istiqamah. Wallahu A'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business

Whatsapp 0175750810 us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

Thursday 19 May 2016

Dr Salman: Mengapa Memilih Olive House

MENGAPA OLIVE HOUSE MENJADI PILIHAN? - Dr Salman Amirudin

Sebagai pengamal perubatan,saya sering di tanya oleh pesakit yang menghidapi penyakit kronik tentang 1 soalan yang sukar untuk di jawab oleh saya sendiri dan rakan-rakan.

"Doktor, apa yang perlu saya makan dan yang perlu saya elakkan?"
tanya seorang pesakit yang di diagnos menghadapi kanser lidah dengan bersungguh-sungguh menanti jawapan. Saya seperti biasa menjawap sambil berseloroh" Semua boleh makan tuan,asalkan halal" sambil di dalam hati berfikir-fikir " Adakah aku pernah di ajar tentang perkara tersebut semasa belajar perubatan selama 6 tahun?"

Topik berkenaan bagaimana makanan tertentu di sekeliling kita mampu menjadi ubat jika di ambil dalam kadar yang betul tidak pernah di bincangkan dalam silibus ilmu perubatan. Jika ia di bincangkan sekalipun, fokusnya hanyalah pada untuk mengelakkan beberapa jenis makanan yang berpotensi menjadi punca kepada penyakit tertentu.

Akhirnya pesakit di timbunkan dengan senarai makanan yang perlu mereka berpantang setelah mendapat penyakit dan bukanlah bagaimana untuk makan bagi mengelakkan penyakit atau merawat penyakit yang sedia ada.

FUNCTIONAL MEDICINE/NUTRITIONAL MEDICINE

Silibus perubatan itu sendiri menjuruskan minda pelajarnya ke arah perubatan merawat (curative medicine) dan hanya sedikit menyentuh tentang perubatan pencegahan (preventive medicine) apatah lagi perbincangan tentang bagaimana setiap makanan itu mampu merawat penyakit (functional/nutritional medicine).

Berada di dalam Olive House menemukan saya dengan beberapa orang pengamal perubatan seperti Dr.Norman dan Dr.Saifuzzaman, yang masih mengamalkan disiplin perubatan moden tetapi melihat kaedah perawatan itu dalam skop yang lebih meluas. Pesakit di ajar menganalisa setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh mereka seterusnya mengubah tabiat pemakanan dan seluruh aspek kehidupan secara holistik bagi mencapai kesihatan yang seimbang, selama mana ianya terbukti berkesan melalui kajian saintifik.

Inilah yang menjadi gagasan pengasas Olive House iaitu menonjolkan aspek saintifik dalam setiap produk yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, bukan semata-mata mencanangkan ianya di sebut oleh Allah Taala dan di makan oleh Nabi seperti produk-produk yang lain. Malah setiap produk itu di ambil dari tempat terbaik bagi setiap kelasnya, juga di buktikan dengan analisa makmal yang bertaraf antarabangsa.

Kesimpulannya, bidang functional/nutritional medicine merupakan bidang yang tidak bercanggah dengan ilmu perubatan moden, malah mengukuhkan lagi pengamalan disiplin ilmu perubatan dalam memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit tanpa berkompromi dari sudut evident based medicine. Selain daripada itu, ia begitu kaya dengan ruang dan peluang untuk menerokai kajian-kajian baru yang bersifat akademik dan praktis perubatan.

Nantikan Slot Aafiyat Lifestyle di TVHIJRAH anjuran Olive House yang bakal menampilkan doktor-doktor berbicara tentang functional medicine dalam pengamalan kesihatan dan pemakanan sihat.

---------####---------####-------
Untuk tempahan dan pertanyaan
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

Thursday 12 May 2016

Olivie30x Panduan KHAS KEPADA YANG SEDANG MENJALANI CHEMOTHERAPY

[[ KHAS KEPADA YANG SEDANG MENJALANI CHEMOTHERAPY ]]
.
.
.

"Bagi pesakit yang sedang menjalani chemotherapy & radiotherapy, dicadangkan untuk mengambil Olivie30x kerana Minyak Zaitun ini mempunyai ciri-ciri " chemo-protective " iaitu perlindungan daripada kesan sampingan chemotherapy."
- Prof Dr Mohamed Faid, Lecturer & Researcher at Universiti Hassan II, Rabat, Morocco. Pakar Nutrisi Antarabangsa.

"Saya akan menggunakan Olivie30x secara meluas tanpa preskripsi, lebih-lebih lagi dalam bidang oncologist saya"
- Prof Henry Joyeux; Pakar Nutrisi Antarabangsa, Pakar Bedah Kanser, Hospital Universiti Montpellier, Perancis

Olivie30x adalah Minyak Zaitun Extra Virgin terbaik pernah ditemui. Kajian mendapati Olivie30x kaya dengan Hydroxytyrosol iaitu antara 25 hingga 30 kali lebih tinggi dari Minyak Zaitun biasa. Hydroxytyrosol mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak (blood brain barrier) kerana ia adalah molekul antioksida yang paling kecil & unik.

🌿Manfaat Olivie30x Terhadap Kesihatan

① Antioksidan - melindungi daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas

② Anti-kanser - barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neu dan Herceptine), barah prostat, barah usus dan leukimia.

③ Anti-Keradangan atau Anti-inflamasi - Arthritis sendi & myositis.
👉 Mencegah atherosclerosis dan tindakbalas Inflamasi/radang

④ Perlindungan Jantung
✔ Meningkatkan kewujudan nitric oxide (meluaskan salur darah-vasodilator)
✔ Menahan penggumpalan platlet (mengurangkan sel pencantuman molekul: ADP, thrombin, kolagen, ICAM-1 & VCAM-1)
✔ Melindungi kolestrol LDL yang tidak baik terhadap pengoksidaan.

⑤ Anti-Kolestrol - keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2bulan)
✔ Penurunan kadar Kolestrol sebanyak 20% dari 2.75g/L kepada 2.27g/L selepas 2bulan.
✔ Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% dari 2.78g/L kepada 1.98g/L selepas 2bulan

⑥ Melawan Hiperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetis.

⑦ Anti-Penuaan
✔ Meningkatkan biognesis mitokondria (Penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mitokondria)
✔ Menggalakkan ekspresi protein-protein yang berkaitan dengan sel kardiak Jantung (PBEF, SIRTs, FOXOs)
👉 Melambatkan Penuaan sel-sel dan tisu dalam tubuh

⑧ Mencegah Alzheimer - Hydroxytyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil & satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Hydroxytyrosol juga mampu memberi perlindungan lebih baik terhadap sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer & Parkinson.

⑨ Psoriasis - Keputusan positif yang pertama bagi 5 orang pesakit (hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut). Kajian klinikal dilakukan ke atas 40 orang pesakit. Dos: 2sudu makan sehari diikuti dengan penggunaan luaran 2-3kali sehari.

⑩ Anti-mikrobial - Bertindak sebagai bahan Anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus Influenza, Moraxella catarrhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylococcus aureus)

👍 Olivie30x juga terbukti secara klinikal mampu mengatasi masalah SEMBELIT. Bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2sudu makan sebelum sarapan ketika perut kosong untuk memudahkan proses perserakan di dalam usus.

Uollss boleh menemui kesemua rujukan saintifik mengenai Olivie30x di dalam buku Olive Oil Anti-Oxydants, a treasure for your Health! ISBN 978-2-87211-117-6

=================================

More Info www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Ustaz Zaki

Wednesday 11 May 2016

Dr Hafizah : MINYAK ZAITUN ADALAH NIKMAT UNTUK MANUSIA SEJAGAT



MINYAK ZAITUN ADALAH NIKMAT UNTUK MANUSIA SEJAGAT 🍃
01-03-2016 | Dr Hafizah Binti Amanulla

http://oliveasli.blogspot.com

Bukankah Allah itu sifatnya Maha Penyayang?Maka sifat itu sebenarnya pada Allah adalah sesuatu yang infiniti iaitu tanpa sempadan dan limitasi. Atas sebab inilah Allah sentiasa membuka peluang kepada manusia untuk belajar dan membuat kesilapan, kemudian menyesalinya dan memohon kemaafan lalu membaiki diri. Bukan satu kesalahan, malah beribu-ribu kesalahan yang telah dilakukan dalam hidup kita. Dengan kesalahan itulah kita mencari kebenaran dan keyakinan dalam hati kita. Kerana kebenaran itu akan kuat bila datang dengan keyakinan dan keyakinan itu hanya akan kuat hasil dari pengalaman.

Bayangkanlah dengan sifat sayang terlampau yang ada pada Allah itu kepada setiap makhluk ciptaanNya, maka dinyatakan dengan jelas sebanyak 7 kali di dalam Quran berkenaan dengan zaitun. Allah yang maha Kuasa telah bersumpah dengannya. Maka tidakkah kita merasakan getaran kebaikan dan keberkatan zaitun ini dan masih ingin mengkaji dahulu sebelum menerimanya? Adakah kita bertindak seumpama puak jahiliyyah dahulu kala yang meminta didatangkan bukti sebanyak-banyaknya sebelum mereka beriman dengan Al- Quran?

Tentulah tidak. Namun, kita adalah generasi yang terlalu jauh dengan Rasulullah s.a.w dan dengan sebab itu keimanan kita amat lemah akarnya dan fikiran kita amat tumpul analisisnya. Rugilah kita, rugilah kita, rugilah kita membiarkan ‘soalan bocor beserta jawapan’ ini berlalu begitu sahaja. Lihatlah di sekeliling kita. Berapa banyak bangunan hospital sudah didirikan? Berapa ramai manusia yang sedang dilanda penyakit? Tahukah kita pada tamadun terdahulu, tiada bangunan yang digunakan sebagai tempat merawat orang sakit? Yang ada hanyalah kuil-kuil atau rumah ibadat yang dipanjangkan fungsinya sebagai tempat untuk berbakti kepada orang sakit.

Bila mana kemodenan menjenguk pandangan mata duniawi kita dan dengan kemodenan itu makanan kita juga turut menjadi moden. Sejak dunia ini diciptakan, manusia sentiasa bersimbiosis dengan benda hidup yang lain. Tetapi dengan majunya zaman moden yang aneh ini, manusia juga turut bersimbiosis dengan benda bukan hidup dimana benda bukan hidup yang terdiri dari galian dan petroleum turut menjadi sumber makanan manusia dengan olahan kimia. Maka dengan penerimaan kemodenan ini disebabkan pemahaman yang amat tipis, sakitlah tubuh badan yang dizalimi ini. Manusia dan kezalimannya sendiri. Tidakkah kita terfikir bahwa Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, maka mana mungkin Allah menjadikan khalifahnya sakit? Inilah bentuk kekeliruan yang berlaku dan menyebabkan sangka-sangka buruk terhadap Allah. Umat Islam adalah umat yang paling redha menerima penyakit dan menyandarkannya sebagai ujian Allah. Tetapi sudahkah kita umat Islam mentadabbur Al-Quran dan memahami apa pesanan Allah kepada kita mengenai makanan? Cuba anda fikirkan, antara berjuta-juta spesis tumbuhan yang Allah ciptakan di muka bumi ini, mengapa Allah menyatakan beberapa sahaja ?Apakah keistimewaan tumbuhan-tumbuhan yang Allah pilih untuk dinyatakan dalam kitabNya kepada manusia sejagat? Walaupun mungkin kita tidak tahu khasiatnya, tapi apa yang pasti dan jelas, ianya haruslah memberi kebaikan tanpa mudarat kepada tubuh badan manusia. Ini adalah aqidah sejati sebagai insan yang beriman kepada kekuasaan Allah.

Tahukah kita bahawa tubuh badan kita terdiri dari lebih 37 trillion sel? Setiap sel ini dibentuk oleh dinding sel yang terdiri dari minyak dan lemak. Jadi cubalah kita bertanya kepada diri kita sendiri bagaimanakah kita membekalkan tubuh kita dengan sumber minyak dan lemak yang baik setiap hari? Lemak tepu, lemak tak tepu dan kolesterol semuanya baik untuk tubuh badan kita pada nisbah yang berpatutan. Tetapi amatlah mengejutkan hari ini di mana kita gagal membekalkan tubuh kita dengan minyak yang baik walaupun kita suka makanan yang berminyak. Ini adalah kerana kehidupan zaman moden ini telah meletakkan pergantungan perolehan sumber makanan dari industri. Industri pula melakukan proses ‘refining’sama ada secara kimia dan haba atau mekanikal kepada sesuatu bahan makanan semulajadi sehingga struktur asas dan khasiat asli yang Allah letakkan pada sumber tersebut musnah dan terubah. Molekul inilah yang masuk ke dalam tubuh kita sebagai minyak yang kita nampak pada mata kasar. Tetapi pada struktur molekulnya ia adalah suatu molekul yang tidak dapat memberikan manfaat malah memudaratkan tubuh badan manusia.

Jadi, bantulah tubuh badan anda mendapatkan minyak yang diperlukan oleh setiap inci sel untuk memperbaharui dan membaiki diri mereka setiap saat. Usaha Syarikat Olive House Resources mengeluarkan minyak zaitun paling asli tanpa pemprosesan melampau patutlah dipuji dan digalakkan. Sesungguhnya usaha ini adalah sangat bernilai di sisi Allah kerana di zaman ini manusia sangatlah mendambakan suatu khasiat yang asli dan berkat hasil dari formulasi ciptaan Allah. Jikalau hendak dibandingkan harga dengan nilai khasiat yang ada dalam sebotol 250ml minyak zaitun olive house ini, maka ianya menjadi sesuatu yang sangat murah dan langsung tidak merugikan.

Setiap rumah manusia yang ingin sihat, haruslah ada minyak zaitun yang memberikan khasiat yang sangat tinggi ini. Kandungan polyphenolnya yang berkualiti paling baik dalam kumpulan phenol iaitu hydroxytyrosol, tyrosol dan oleoropein merupakan khazanah yang diimpikan oleh sel tubuh kita. Molekul polyphenol yang bertindak sebagai penghambat radikal bebas ini akan melancarkan aliran darah seterusnya memudahkan pertukaran bahan ke dalam sel terutamanya kepada otak dan saluran koronari jantung yang merupakan cabang pertama yang keluar dari salur darah aorta. Selain itu, nisbah lemak yang sangat seimbang membekalkan tubuh dengan lemak yang diperlukan. Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Dia jualah yang membentuk nisbah-nisbah khasiat dalam tumbuhan ciptaanNya berpadanan dengan keperluan tubuh manusia yang kompleks. Minyak zaitun juga mempunyai bahan yang bertindak menjaga permukaan vilus usus dan merangsang rembesan salur hempedu dan merangsang fungsi pankreas.

Bertuahlah kita, bertuahlah kita, bertuahlah kita yang berjaya mengamalkan setiap dari ayat Al-Quran dalam kehidupan. Sesungguhnya dunia bukanlah matlamat kita bahkan akhiratlah yang kita cita-citakan. Maka kesihatan adalah senjata untuk kita beramal di dunia demi menjadikan cita-cita akhirat dapat direalisasikan. Jika saya dapat memilih suatu senjata buat umat Islam di akhir zaman , maka saya akan pilih makanan sunnah sebagai senjata yang sebenarnya dapat merangsang otak dan tubuh badan manusia menjadi positif, beriman dan hebat secara keseluruhan dan akhirnya dapat membangkitkan kegemilangan Islam di akhir zaman.
Dr Hafizah Amanulla 📝
MD (UKM)






Tempahan produk/pertanyaan
WhatsApp 0175750810 (Ustaz Zaki)
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

Sunday 8 May 2016

Olive House dan Syria

OLIVE HOUSE & SYRIA
1. Saya ke bumi Syria beberapa kali. Penduduk Syria bangga bila dipanggil Ahli Syam berbanding rakyat Syria. Kemungkinan kerana pujian-pujian yang terdapat di dalam Hadis Nabi dan tulisan para Ulama menjadikan mereka senang dipanggil Ahli Syam berbanding Syria.

2. Jika nak dikatakan buminya terlalu cantik, ada negara yang lebih cantik. Nak dikatakan punyai tinggalan sejarah hebat, negara lain juga ada. Nak dikatakan dipenuhi para kekasih Allah dan Ulama-ulama, negara lain juga tidak terkecuali. Tapi bumi Syam ini lain dari mana-mana bumi bagi yang pernah menjejakinya. Saya teringat seorang kenalan tokoh korporat bertanya kepada saya: Ustaz, aku pelik barat bersungguh nak mendapatkan bumi Syria dengan pelbagai cubaan dan dicetuskan banyak konflik, sedangkan negara mereka sendiri lebih cantik!!! kenapa ya? Saya tidak menjawab 
persoalannya tetapi berkata: Abang, saya nak kena pergi Syria, jom join sekali? Dia bersetuju.

3. Semasa di sana, ketika kami minum teh di tepi jalan di perkampungan Nawa (perkampungan Imam Nawawi dan tempat beliau dimaqamkan). Dia berkata: Ustaz Aidil, saya tak tau nak "describe" camna tapi ada satu perasaan yang istimewa bumi Syam ni sama perasaan apabila kita di Mekah dan Madinah. Tapi perasaan ini agak lain dan perasaannya yang tersendiri. Saya rasa inilah istimewanya bumi ini yang tidak ada di mana-mana bumi. Saya diam dan hanya membalas dengan senyuman.

4. Saya anak didik Al-Azhar dan berbangga dengan kehebatan Ulama Al-Azhar serta kebijaksanaan Al-Azhar. 10 tahun saya di bumi Al-Azhar mengutip kepingan hidangan ilmu dibumi tersebut tetapi apabila tiba di bumi Syria kali pertama, entah bagaimana perasaan kagum dan hebat itu beralih kepada Syria secara spontan. Manakan tidak, pernahkah tuan cik puan melihat kuliah pengajian hadis sahih Al-Bukhari yang dibuat satu jam sebelum subuh tetapi kehadiran seumpama rakyat Malaysia di shopping komplek di hari cuti dan baru mendapat gaji. Pandangan sebegini biasa di bumi Syam. Terdapat banyak kenangan dengan Ahli Syam yang saya nak kongsikan di sini;

5. Kisah pertama: ketika sampai kali pertama bersama rombongan kerajaan negeri kedah bersama exco-exco kerajaan negeri. Saya tidak ada pakaian kemeja lengan panjang rasmi untuk majlis yang bakal diadakan. Saya mohon teman saya Ustaz Izzam Khazar (ketika itu pelajar Master di Universiti Dimasy, sekarang top Banker di Bank Islam Dubai) untuk pergi ke kedai pakaian. Entah bagaimana di kedai  pakaian milikan pemuda Syria dalam lingkungan umur 30an, saya menjadi sedikit cerewet yang hakikatnya bukan sifat saya. Berpuluh kotak pakaian dibuka hanya untuk mencari pakaian yang saya inginkan. Tiada tanda wajah kurang senang dari pekedai bahkan terus dilayan dengan bersungguh-sungguh. Setelah selesai saya ingin membayar, pekedai itu tidak mahu menerima wang. Jenaka tidak mahu menerima wang biasa dilakukan oleh pekedai Mesir tetapi jika tidak dibayar nescaya akan dikejar. Saya sambut jenaka pekedai Syria itu dengan kata: baiklah lalu mengacah mahu keluar kedai. Dia mempersilakan untuk saya keluar dengan dibungkus rapi barang yang dibeli. 

Saya terdiam. Saya kembali untuk memberikan wang. Dia katakan pada saya: "Engkau ahli ilmu kan? Pelajar jurusan agama? Saya seorang peniaga dan hanya tahu meniaga dan kurang masa untuk ilmu. Saya tidak mahu wang kamu tetapi doakanlah saya di dalam majlis- majlis ilmu yang engkau sertai". Demi Allah, sepanjang di Mesir bahkan di Malaysia, setiap kali saya bersila di dalam majlis ilmu atau menyampaikan ilmu wajah lelaki itu datang dalam memori umpama "notification" smart phone kita. Saya begitu percaya lelaki ini begitu Ikhlas walaupun hanya sekadar menghadiahkan sehelai baju, dia mendapat perhatian saya sepanjang hidup saya. Ini ahli Syam.

6. Kisah kedua: saya memulakan business Olive House apabila mendapat aspirasi dari Dr Faid berhubung pemakanan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Aspirasi bukan ala-ala jual ayam jampi atau kismis jampi dan seumpamanya yang lebih kepada memperkuda Agama untuk kepentingan perniagaan tetapi aspirasi bagaimana kajian Santifik hari ini berkenaan Nutrisi & kesihatan telah diterangkan Al-Quran dalam bahasa yang jelas. Bersungguh-sungguh saya ingin menjayakan perkara ini sehingga Allah hadirkan pembantu-pembantu yang hebat untuk membawa perjuangan yang sama. Rasulullah itu Ahli Nutrisi yang Agung.

7. Untuk memulakan langkah pertama diperingkat awal seorang lelaki bernama Samir Jazzar dari Aleppo (Halab), Syria membantu saya walaupun dengan modal kecil dan beliau berusaha memastikan business ini dapat dimulakan. Teringat kata-kata beliau bila saya menulis email panjang kepada beliau dan berkongsi sedikit kegusaran jika saya gagal sedangkan beliau seolah-olah begitu yakin saya akan berjaya. Terlalu banyak bantuan beliau berikan kepada saya agar melangkah berani. Ganjil bukan, kepercayaan dari orang lain lebih tinggi dari diri sendiri? Beliau membalas email saya dengan balasan pendek, ringkas, padat dan menyentap. : "Adikku Aidil, apa yang engkau cuba perjuangkan ini adalah makanan yang kekasih kita Rasulullah sebut sebagai pokok yang barakah. Semestinya gerak kerja engkau penuh keberkatan, fikiran engkau dengan keberkatan dan pasti berjayanya engkau dengan keberkatan". Mendidih semangat muda saya dengan ucapan tersebut dari seorang pemuda Syria.

8. Banyak kisah jika saya nak kongsikan berkenaan Ahli Syam ini. Mereka bangsa istimewa sebagaimana bangsa Palestin dan kerana itu mereka diuji dengan ujian istimewa. Jika tuan cik puan perasan, logo Olive House dahulu ada tulisan Aleppo, Syria. Sengaja diabadikan kenangan bermulanya di situ. Tetapi dibuang Aleppo, Syria selepas registrasi logo di "myIpo" tidak membenarkan nama tempat diletakkan pada logo.

9. Ketika saat saya mulakan Olive House, masih ingat dijual sebotol rm 35.90 bagi Pati Minyak Zaitun. Dimulakan dengan apa yang ada, mengesot, merangkak, menderita dan pelbagai kenangan yang dilalui sewaktu ia dimulakan. Setelah beberapa bulan harga ditukar RM 39.90 atas faktor salah kaedah meletakkan harga produk. Waktu itu pelbagai suara mengatakan mahal produk kerana dibandingkan produk Olive House dengan produk kebanyakan di pasaran...lama kelamaan baru disedari oleh cerdik pandai, harga produk lain yang terlalu murah dan agak tidak logik untuk menunjukkan ianya asli dengan kualiti yang digemburkan. Sama tetapi tidak serupa.

10. Hari ini Olive House berkembang dengan perjuangan yang jelas. Dr Faid yang sering saya sebut dan canang ilmu dan namanya datang bertemu kita bahkan beliau bersemangat untuk membantu mengembangkan Quranic Food kepada dunia secara khusus di Asia. Tidak pernah beliau memberikan kuliah dalam bahasa Inggeris, kini banyak kuliah beliau dalam bahasa Inggeris. Tidak pernah beliau memberikan tulisan-tulisan beliau yang berharga kepada sesiapa. Hari ini diberi kepada saya 5 tulisan berkaitan makanan dari Al-Quran; Zaitun, Teen, Kurma, Delima dan Anggur untuk diterjemahkan. Beliau meminta dirakam sebanyaknya kuliah beliau berhubung Nutrisi dari Al-Quran untuk disebarkan. Semua ini menunjukkan perjalanan Olive House semakin baik untuk kita semua. Ini tidak termasuk dengan tenaga-tenaga hebat yang bersama kita, kemantapan proses dan kematangan kita semua untuk terus belajar dari satu tahap ke satu tahap. Semua ini menunjukkan kita semakin membesar.

11. Hari ini syarikat membuat keputusan sukar tetapi perlu. Iaitu menaikkan harga seluruh produk teras yang tidak pernah kita naikkan (kecuali Sari Cuka Teen pernah dinaikkan) bermula dari 1/6/2016. Bertahun lamanya kekal dengan harga asal. Adakah kenaikan ini wajar? Jika ditanya pelanggan tidak akan ada yang akan kata wajar jika dilihat kepada pandangan peribadi masing-masing.

12. Tuan cik puan bayangkan setahun setelah GST dilaksanakan kita berpendirian untuk menanggung segala GST dan kita akan terus kekal sebegitu. Ini kita bercakap soal kenaikan harga bukan disebabkan faktor GST kita tidak naikkan harga kerana GST TETAPI soal pengukuhan organisasi kita bersama. Janji untuk menanggung GST kekal sehingga kini. Tempoh setahun ini, tiada kenaikan harga walaupun semua perkara disekeliling kita berlaku kenaikan harga melebihi 30%. Waktu itu, apabila pihak pengurusan HQ mengusulkan kepada saya untuk dinaikkan harga disebabkan pelbagai faktor antaranya nilai matawang Malaysia yang teruk menyusut...saya katakan pada mereka, jika menjadi pemimpin semudah naikkan harga nescaya siapapun boleh jadi pemimpin. Cari jalan lain! Waktu itu diusulkan untuk membuka syarikat di dubai untuk merancang cukai, dinaikkan jualan dan pelbagai usaha lain. Alhamdulillah setahun kita harungi dengan baik dan berkembang dengan maju dalam keadaan kita akui kepayahan itu ada tapi bagi usahawan itu candu dalam mencipta kejayaan.

13. Jika keadaan ini boleh diharungi selama setahun, kenapa hari ini perlu dinaikkan harga? Ini kerana, banyak faktor yang tidak lagi berada di dalam ruang kuasa Olive House; seumpama harga produk dunia meningkat, mata wang menggila jatuh, kenaikan harga semua service di Malaysia. Keadaan ini akan mengganggu syarikat berkembang secara khusus kepada ejen-ejen yang perlu bergerak untuk memberi service kepada pelanggan. Bagi Usahawan Opportunis yang berniaga tanpa masa depan mungkin tidak nampak, tetapi yang ingin membina legasi dan mengurus dengan baik agar produk yang baik ini terus kekal diberikan kepada masyarakat...maka soal ini soal besar.

14. Seolah-seolah hari ini Syarikat merayu kepada pelanggan mohon beri kepercayaan untuk menambah sedikit keuntungan yang hilang kesan krisis ekonomi yang melanda agar produk yang baik ini kekal terus dibekalkan, pakar-pakar nutirisi boleh terus membantu kita, ahli-ahli pemakanan dan para Doktor boleh bergerak dan membantu kita, kita semua boleh terus belajar dan belajar dengan kursus yang pelbagai untuk terus berkembang memberi service yang baik lalu membantu masyarakat dengan pengetahuan yang betul. Pelanggan-pelanggan kita hakikatnya yang menyumbang ke arah perkembangan kita semua dan hasilnya dikembalikan kepada mereka dalam pelbagai cara.

15. Harga baru ini akan berkuat kuasa 1/6/2016. Walaupun harga bakal dinaikkan, pihak syarikat akan berusaha dengan melakukan pelbagai pakej, promosi, aktiviti dan service agar kenaikan ini kurang dirasakan dan dirasakan wajar oleh pelanggan kita semua. Perkongsian ilmu berhubung diet dari Al-Quran yg akan ke udara di tv Al-Hijrah sebanyak 13 siri, dengan iklan pendek bertubi-tubi berhubung kesihatan di Tv Al-Hijrah selama 30 saat untuk memasyarakatkan seluruh rakyat malaysia dengan pemakanan dari Al-Quran yang menunjukkan kehebatan Rasulullah itu sendiri dan pelbagai lagi aktiviti pemasaran dan keilmuan yang akan dirasakan.
16. Segala sumbangan kita dinilai oleh Allah. Ada yang menyumbang dengan tenaga, ada dengan wang, ada dengan kepercayaan...dimanapun kita berada, para Malaikat tidak pernah terlepas pandang menghitung amalan kita semua. Semakin kukuh organisasi semakin banyak kebaikan boleh disumbangkan.

17. Terima kasih dan saya amat menghargai kepercayaan anda. Kejayaan hari ini adalah bangunan yang disusun batu-batanya oleh tuan cik puan semua sama ada pelanggan, ejen, Senior Ejen, Pengurus Ejen, Penyelaras Ejen, Staff masing-masing dan pihak HQ. Gandingan ini yang menjadikan binaan organisasi ini semakin megah. Jika bangunan ini mampu kita bina, sudah tidak menjadi kepayahan untuk membina bangunan yang lebih tinggi di masa hadapan.

Yang Benar
CEO OLIVE HOUSE
MUHAMMAD AIDIL AZWAL ZAINUDIN


Tempahan produk/pertanyaan
WhatsApp 0175750810 (Ustaz Zaki)
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

Wednesday 4 May 2016

Apa itu makanan Proses

Ramai yang menganggap makanan yang diproses adalah burger dan kentang goreng yang dihidang di restoran makanan segera. Tetapi tahukah anda, setiap makanan yang terdapat dalam kabinet dapur anda merupakan makanan yang diproses?

Jadi persoalannya, apakah sebenarnya maksud makanan yang diproses?
Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau baling kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.
Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu, hampir 90 peratus wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat Amerika Syarikat ialah untuk membeli makanan yang diproses. 

Persoalannya, mengapakah kita perlu memproses makanan?
Sebab yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna. Adalah lebih senang untuk menyediakan kek dengan membuka kotak tepung membuat kek, campurkan telur dan tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada sifar. Dengan hanya menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera, makan tengahari anda mampu disiapkan dalam hanya beberapa minit.
Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Antaranya ialah:
·         Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.
·         Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
·         Peluntur – menyahjangkitan bakteria.
·         Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
·         Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
·         Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.
·         Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.
·         Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.

Masalahnya, kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan yang menyerupai setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon dalam adunan skon. Cuba anda perhatikan senarai bahan berikut bermula daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:

[Amil asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut].

Adakah ini yang dikatakan sedap? Namun percayalah, ini hanya sebahagian. Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.

Penyakit Akibat Makanan Diproses
Kanser – Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.
Obesiti – Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.

Penyakit Jantung – Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.
Sumber: Majalah iSIHAT


Tempahan produk/pertanyaan
WhatsApp 0175750810 (Ustaz Zaki)
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods


Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!