EXTRA VIRGIN
Merupakan minyak paling
murni. Berasal dari hasil perahan pertama buah zaitun. Mengandung jumlah
nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan,
jernih, lembut dan sukatan acidnya kurang dari 1%. Warnanya
kehijau-hijauan dan memiliki rasa dan aroma yang lebih tajam.Sesuai utk dressing, direnjis pada salad/makanan, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai supplement kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Boleh juga sebagai sapuan pada kulit yg bermasalah.
Minyak ini tidak bagus untuk menumis atau menggoreng kerana kurang minyak.
VIRGIN
Diperoleh dari hasil
produksi dan pengolahan tahap kedua buah zaitun, memiliki tingkat
keasidan yang kurang dari 2%, dicampur sedikit minyak dari perahan
pertama. Warnanya hijau kekuningan.Minyak ini boleh digunakan untuk memasak, salad dressing, dan lainnya.
PURE
Minyak ini merupakan campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil, kandungan nutrisinya lebih rendah, melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya. Harganya pun lebih murah.
Tidak sesuai untuk salad dressing, biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
EXTRACT Dan REFINED
Walaupun dihasilkan dari
perahan pertama, namun jenis minyak zaitun ini diproses secara kimia
untuk memperbaiki kualitinya yang kurang bagus. Zat kimia ditambahkan
untuk meneutralkan rasanya yang kuat dan kadar keasidannya yang tinggi.
Untuk memperkuat rasa minyak, minyak zaitun jenis virgin ditambahkan ke
dalamnya.
FINO
Minyak jenis ini merupakan hasil campuran extra virgin dan virgin.
POMANCE
Minyak jenis ini merupakan grade paling rendah dari minyak zaitun. Dihasilkan dari minyak yang tersisa dari proses perahan kedua, tidak dibuang begitu saja tapi mampu diproses kembali. Dicampur dengan berbagai variasi jumlah virgin oil supaya boleh diterima oleh pengguna. Biasa dijadikan bahan bagi kosmetik, shampoo, sabun dan lainnya.
LITE/EXTRA LITE
Hasil dari banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti virgin oil. Rasa dari minyak ini ringan dan warnanya pun cerah. Kualitinya rendah.INFO:
Rasa minyak zaitun meloyakan bila dah masuk dalam tekak. Tips untuk mengelakkan rasa loya tu dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum sesudu Extra Virgin minyak zaitun.
Cara-cara mengekalkan khasiat minyak zaitun:
Tutup rapat dan letakkan di tempat yang terlindung daripada cahaya. Cahaya dan haba adalah musuh kepada minyak zaitun.
*https://hello-zura.blogspot.my
***************
More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
www.QuranicFoods.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
No comments:
Post a Comment