Sunday, 1 March 2015

Testimoni Minyak Zaitun dan Sakit Lutut

Testimoni sakit lutut kronik.

1.Hj Kamarudin bin Hj Osman          

2. 560206-09-50**   
3. No 108,Jln LG 3 1/45, Tmn Langat Utama 3, Bukit Canggang,42700 Banting,Selangor   
4.Pesara Tentera   
5. 01948058**

Saya mengalamai masalah sakit lutut yang agak teruk.. sampai Dr pernah mensarankan pembedahan di lutut. Saya telah cuba dan amalkan pelbagai jenis ubat dan terus mencari  rawatan alternatif yang sesuai. Alhamdulillah. Setelah mendapat maklumat melalui blog www.oliveasli.blogspot.com saya terus hubungi us zaki untuk mendapatkan Quranic Foods ini.   
MZ saya mkn slps solat subuh, FigVinegar sblm tidur.selawat, niat n yakin. (tgk tahap penyakit).     
*Mula amal 26hb Dis 2014-Msk botol ke-3.            
  *.Berhenti terus mengambil ubat2 cemical.daflon,cataflam n panadol extend setiap biji setiap hari klu sakit sgt 2 biji.jln pling jauh 50 meter ,diri pling lama 10 minit.      
skrng ni dah blh jln 1 km diri 1/2 jam.  
* gmbr ubat/gmbr saya nnti saya whatsapp.tk.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Thursday, 29 January 2015

Apa beza Minyak Zaitun Turkey vs Olivie 30 Olive House

Pati asli minyak zaitun Olive house..
a)100% asli..

b)perahan sejuk tanpa pemanasan utk mmstikn kualiti zat utama tak terjejas.

C)tak ditapis utk dpt lebih 30% poliphenols *bhn yg penting dlm myk zaitun mmntu dari srgn penyakit.

D) Dibungkus dlm btl kaca dan kotak mmpstikn kualiti tak hilang.

Olivie30 mmpunyai smua ciri di atas bezanya pokok zaitun olivie 30 ditanam d kwsn bukit berbatu, pokok perlu bina antibodi berganda2 utk hidup.. myk hasil buahnya dikaji d makmal mmpunyai lebih 30x ganda antioksida dari hasil pokok biasa.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday, 8 December 2014

Testimoni Bausir dan Sembelit Pati Asli Minyak Zaitun.

Testimoni Bausir dan Sembelit Pati Asli Minyak Zaitun.
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Thursday, 27 November 2014

Soalan Pelanggan : Konsep Amalan Minyak Zaitun & Olivie 30

Soalan Dari Pelanggan (Konsep Amalan MZ & Olivie+30)

Assalammu'alaikum doktor. Bagi pelanggan yang baru hendak amalkan suppplement dan nak memilih pati Olivie Plus 30x atau minyak zaitun Turki, bagaimana MZ atau Olivie dapat membantu kesihatan secara menyeluruh? Pelanggan setakat hari ini tidak mempunyai masalah kesihatan lagi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi yang tiada masalah kesihatan dan amalan pemakanannya baik, memadailah mengambil pati minyak zaitun biasa(EVOO Turki) sahaja. Namun, bagi yang tidak jaga pemakanan, merokok atau ada apa-apa faktor yang berisiko ke arah penyakit, bolehlah diambil/amalkan pati minyak zaitu Olivie+30(Morocco). Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday, 12 October 2014

Pati Minyak Zaitun Dan Kanser Usus

Minyak Zaitun & Kanser Usus:

10-09-2014, Dr Hafizah binti Amanulla

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayangNya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpaling lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.

Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam al-Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun. Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan. Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.

Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bakteria baik di daalm usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan. Minyak zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan(ditambahkan) dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in carcinogenesis pathway). Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.

Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata-kata Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini. Wallahu'alam.

Sumber: Olive House. 
www.facebook.com/QuranicFoods
Whatsapp 0175750810

Monday, 15 September 2014

Minyak Zaitun ubati sakit mata

Kak zai share testimoni planggan2 dlm group kak zai ye..
.Salam semua⛅..
Sy antara yg trkena sakit mata.1 family kena.w/pun dh tahu ttg mz boleh smbuhkn sakit mata tp sy x bubuh.sampai hari ke 3 baru titik 💧olivie30 sblm tidur😴(itu pn stlh kak zai suruh bubuh..tq kak zai).agak pedih skit tp bila dh tidur tk rasa dh..
Alhamdulillah..bangun pagi mata tk bertahi..merah dh kurang byk.bila tunduk n sujud dh x rasa sakit..sy pn p bekam juga..lagi lega rasa kepala..

*saya pun kena sakit mata.  Alhamdulillah.. Mata x bengkak sgt dan tekak selesa lepas minum olive30 dan titis pada mata..alhamdulillah

* Anakk2 sy yg terawal kena sakit mata. Kebetulan sy baca post kak zai & titik MZ pada mata diorg the next day  dah ok & lepas 2 hari baik sepenuhnya. Masalahnya mamanya jadi kat KPL BTS &!x ada MZ tetpaksa la menahan bengkak huhu

Monday, 21 July 2014

Minyak Zaitun Olivie30 kali ganda sesuai untuk penyakit kronik

Minyak zaitun terbaik di dunia...30x ganda dr minyak zaitun biasa..baru sampai khas dr morocco...blh kontek sy...manfaatnya sgt byk insyaAllah...harga bpatutan n mampu milik... 

Lets view www.quranicfoods.com
https://www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.Whatsapp 0175750810

Friday, 18 July 2014

Saranan Dr Salman Penyakit Thyroid dan Pati Minyak Zaitun

Soalan dari pengguna:

Assalam doktor, cdgn minum utk pesakit thyroid ada dak saranan dr ?

Jawapan Dr. Salman:

Masalah tiroid:

Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doctor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

Lets view www.quranicfoods.com
https//:www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.Whatsapp 0175750810

Wednesday, 25 June 2014

Pati Asli Minyak Zaitun ubati Panau Masalah Kulit

Soalan Dari Pengguna(Masalah Panau-Kulit):

Assalammu’alaikum doktor. Nak tanya untuk kes macam ini, apa peskipsi MZ & Teen yang sesuai? Sakit kulit, macam panau dan kelompok-kelompok putih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi masalah panau, ia adalah jangkitan kulat yang dinamakan tinea. Sapukan cuka Teen ke tempat yang bermasalah pada siang hari ataupun boleh buat mandian menggunakan cuka ditambah dengan air. Tidak perlu guna sabun sampailah panau sembuh. Yang paling penting pencegahan.
Kulit sepatutnya ada sistem pertahanannya sendiri. Apabila seseorang dijangkiti panau, ini bermakna sistem itu bermasalah dan cara atasinya:

1. Jangan gunakan sabun antibakteria kerana ini bukan sahaja membunuh bakteria baik malah sesetengah bahan seperti alcohol dan triclosan merosakkan lapisan epidermis.
2) Elakkan pakai pakaian yang sama berulang kali terutamanya bila tidak cukup kering.
3) Amalkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi  dengan sapuan yang sangat nipis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.

 more info Sms, Whatsapp 017 5750810 

www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods


Wednesday, 11 June 2014

Fahami lemak dan minyak Zaitun

MASYA ALLAH HEBATNYA!!! MARILAH KITA AMALKAN !!!!

Lemak dan Kesihatan
Oleh Dr Hafizah binti Amanulla

Lemak adalah komponen yang penting dalam kesihatan. Setiap dari dinding sel manusia terdiri daripada lemak. Disebabkan sel manusia membahagi setiap saat, jadi komponen lemak amatlah penting bagi menjamin kemandirian sel dan fungsi organ.
Lemak boleh dibahagikan kepada lemak tepu (saturated fats) dan
lemak tak tepu (unsaturated fats). Lemak tepu biasanya berbentuk pepejal pada suhu bilik. Sumber lemak tepu adalah biasanya dari lemak haiwan. 

Lemak tepu jenis ini sering di kaitkan dengan penyakit jantung, jadi pengambilan lemak tepu sepatutnya diambil lebih dari sumber tumbuh-tumbuhan berbanding sumber haiwan. Lemak tepu mengandungi trigliserida yang penting untuk kesihatan kulit. Kekurangan lemak tepu dalam diet seharian akan menyebabkan kulit menjadi kering dan masalah kelemumur pada kulit kepala.Kelapa mempunyai lemak tepu yang sangat baik untuk manusia. Komponen lemak tepu dalam minyak kelapa adalah menyerupai lemak dalam susu ibu.

Lemak tidak tepu pula adalah lemak yang berbentuk cecair pada suhu bilik dan lebih dikenali sebagai minyak. Lemak mono tidak tepu adalah jenis lemak tidak tepu yang paling banyak harus diambil. Ianya merupakan molekul yang amat mudah diserap oleh sel. Ianya juga mempunyai peranan sebagai antioksidan dalam sistem tubuh. Lemak monotaktepu ini adalah
komponen lemak yang paling utama dalam minyak zaitun. Lemak politaktepu juga penting untuk kesihatan seperti omega 3 dan omega 6,masing-masing mempunyai peranan yang kompleks dalam tubuh. Begitulah ciptaan Allah, sehingga setiap sesuatu yang diciptakanNya mempunyai peranan yang penting walaupun sehalus mana.

Minyak zaitun telah Allah sebut kan 7 kali di dalam Al Quran, maka ini menunjukkan zaitun bukanlah tumbuhan biasa.
Dalam surah Al-Mukminoon ayat 20, Allah telah menyatakan yang pohon zaitun itu tumbuh dari minyak. Benar lah Al Quran itu suatu mukjizat kerana hasil dari penelitian khasiat minyak zaitun,komposisi jenis-jenis lemak yang terkandung di dalamnya adalah sangat sesuai untuk keperluan tubuh badan manusia. Nisbah lemak tepu dan lemak tidak tepu yang terkandung dalam minyak zaitun adalah memenuhi keperluan lemak harian tubuh. 

Pada zaman ini kebanyakan sumber lemak yang diambil tubuh adalah dari minyak yang telah ditapis dan juga asid lemak trans dalam marjerin dan pelbagai lagi makanan proses. Apabila lemak yang mempunyai struktur berbeza ini memasuki tubuh, maka tubuh akan mempunyai masalah untuk mencerna dan memanfaatkannya untuk tubuh.

Jadi majoriti manusia pada hari ini mempunyai pelbagai penyakit akibat kekurangan sumber lemak yang baik. Jadi dengan pengambilan sekurang -kurang nya 23g minyak zaitun yang tidak
ditapis setiap hari, akan memberikan nafas lega kepada setiap sel dalam tubuh dan mereka akan mendapat jaminan bekalan yang mereka perlukan untuk bekerja.

Percaya lah, tubuh manusia yang Allah ciptakan ini sentiasa berusaha untuk membaiki setiap kerosakan dan mengekalkan fungsinya setiap hari asalkan mereka menerima sumber nutrien yang baik dari makanan harian kita. Insya Allah makanan sunnah adalah penyelesaian masalah kesihatan manusia abad ini. Selamat beramal!

TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Tuesday, 10 June 2014

Testimoni telinga bernanah Minyak Zaitun



Salam semua. Sy ingin kongsi testimoni. Patient saya sakit telinga gatal, ada nanah dan bila korek dgn putik kapas ada kesan darah padanya. Doktor chk dan dapat keluarkn kapas yg tertinggal dlm telinga. Selepas dua hari... telinganya masih berbau... dan ada darah pd putik kapas. 

Saya beri dia minum 1 sudu minyak zaitun dan titikkan kepada telinga kanan n kiri. Sambil saya beri ubat homeopati (utk resdung n cuci nanah). setelah 3 hari beramal begitu, alhmdulillah telinga dah hampir tak bau busuk n tiada kesan darah. 

Syukur bykbyk kpd Allah. Trimakasih olive house.

Telah terbukti! Dengan kajian Makmal. Serta testimoni yg pelbagai..

Perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut di dalam al Quran.. sarjana dan saintis barat mengkajinya dengan teliti dan menamakannya SUPER FOODS dan FOODS AS MEDICINE.. kita amalkannya sebagai www.QuranicFoods.com makanan disebut didalam al Quran..juga makanan penghuni syurga..
ia dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Saturday, 7 June 2014

Rawat Kanser Usus dengan Pati Minyak Zaitun dan Sari Cuka Teen

Soalan dari pelanggan(pesakit usus):

Salam..ada persoalan dr customer..tentang cara pemakanan olive yg terbaik.. Akak dah buat operation usus pd Jan 2012 dah buat kimo 2x cycle dah..skrg ni jumpa dr 2 bln sekali..dah buat colonscopy clear....result darah 2 minggu lepas naik dri 1.6 kpd 4.2..Mohon pencerahan dr yg pakar..

Jawapan Dr. Salman:

Salam..berkenaan kanser usus(colorectal carcinoma,rawatan utamanya ialah pemb edahan bagi membuang ketulan kanser utama(primary)di ikuti kemoterapi untuk membunuh sel2 kanser yg tidak dapat di lihat mata kasar(micrometastasis). Selepas itu,proses pemantauan (surveillance) samada kanser tersebut berulang (recurrence) bergantung kepada tumour marker (contoh bagi colorectal carcinoma ialah carcinoembryonic antigen).Fasa selepas kemo/radioterapi ini sangat2 bergantung kepada pesakit samada dari segi psikologi dan pemakanan kerana tiada rawatan khusus dari doktor bagi mengelakkan ianya berulang.Fokus kepada pemakanan yg mengandungi antioksidan yg tinggi seperti olive oil dan fig vinegar kerana secara kajian secara makmal membuktikan proses mutasi sel dapat direncatkan dengan kedua2 pemakanan tersebut.Ubah pemakanan harian kepada 100% organik.Elakkan ayam yg di suntik hormon dan sayuran yg di racun kerana sesetengah kanser akan hidup semula dengan hormon berlebihan dan racun.Amalkan puasa 2 kali seminggu dan senaman 3 kali seminggu untuk mengeluarkan toksin dari sel.Semua di atas adalah panduan umum bagi pesakit kanser berdasarkan bukti akademik dan pengalaman peribadi saya berhadapan dengan ahli keluarga yg turut menghadapi kanser usus dan tidak berulang selepas 10 tahun pembedahan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Telah terbukti! Dengan kajian Makmal. Serta testimoni yg pelbagai..
Perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut di dalam al Quran.. sarjana dan saintis barat mengkajinya dengan teliti dan menamakannya SUPER FOODS dan FOODS AS MEDICINE.. kita amalkannya sebagai www.QuranicFoods.com makanan disebut didalam al Quran..juga makanan penghuni syurga..
Olive Oil Asli dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak..
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Monday, 2 June 2014

Pati Asli Minyak Zaitun Rawat Sendi Gout

Soalan dari pelanggan:

Sahabat saya ghout/radang sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tak boleh jalan. Amalan yg sepatutnya macam mana dengan MZ?

Jawapan Dr Hafizah:

Radang sendi/gout:

Secara asas nya ianya adalah penyakit di mana terdapat nya inflamasi pada sendi...inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yg berterusan)...
Dalam kes gout...asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi..bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout ..menurut kajian hanya 10% dari mereka yg mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout  ...menurut kajian..90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini..hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan...

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang. ..disebabkan pemakanan kita yg terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas..maka lebih banyak sel yang akan musnah..Dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah..paras elektrolit dan pelbagai lagi..lalu ini juga mengganggu ekskresi  asid urik..

Remedi:

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi..kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel.. inflamasi memelihara sel kita...

Jadi apa yg patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi  itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yg sedia ada..agar ia selesai dan proses baikpulih akan berlaku..

Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas..Sapu kan juga minyak zaitun di sendi yang terlibat...

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa2 inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan..

Antara Remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga  500 ml 3 kali sehari.

Juga boleh di cuba bijan (sesame seed) sebanyak 40g sehari (4 sudu besar)..
Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya...semuanya telah tersedia. ..just search and try...We don't need invention...

Di samping itu...cuka tin juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45)....Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi..malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk. ..

Selain meminum cuka...sendi yang terlibat boleh di rendam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh di sapu terus pada sendi yang terlibat..

Sumber: Olive House Medic & Business

Sms.whatsapp 0175750810
Like www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
^_^

Friday, 30 May 2014

Minyak Zaitun rawat pesakit buah pinggang dialisis

Berikut adalah ulasan dari dua orang Dr Perubatan.. boleh dijadikan panduan untuk info amalan dan perkongsian.

Ada 2 soalan dr pesakit buah pinggang,
Yg pertama, umur 41 thn, perempuan, kedua2 buah pinggang telah rosak, dia buat pemindahan b.pinggang dgn adiknya dan letak di bahagian depan sudah hampir 2 thn, dia dah mkn m.z ,cuma dia nk tahu berapa dos?

Yg kedua, sehari berapa kali yg septutnya dia kena mkn?

Jawapan Dr. Hafizah:
Biasanya org yg ada pemindahan buah pinggang ni akan makan steroid..Dia ada makan tak?
Yg lelaki umur 38 tahun tu..elok makan mz lepas cuci buah pinggang...dalam 2 jam lepas cuci...amik 2 sudu besar..hari biasa amik pagi dan malam sama dos.
Boleh suggest bekam..so that dyalisis boleh jarakkan.

Jawapan Dr. Salman juga:
Sedikit tambahan..berkenaan isu menggabungkan ubatan syntetik dan quranic food dalam journal2 berkaitan..kesimpulan yg dapat di ambil,tiada bahaya menggabungkan kedua2 unsur tersebut.. quranic food menyediakan persekitaran dalaman yg kondusif dgn mengurangkan inflammatory reaction dan meningkatkan cell healing seterusnya mampu mengurangkan kebergantungan tubuh kpd ubatan sintetik..

Kedua..isu dos yg sesuai utk setiap penyakit..saya tak pasti ada kajian meta-analysis yg khusus bagi quranic food utk setiap penyakit..mungkin ramai yg bercakap berdasarkan pengalaman dan testimoni..kesimpulan ke2 berdasarkan journal archieve of medicine yg membuat kajian kepada pesakit ischemic heart disease dan hypertension,dos asas bagi mereka yg tiada penyakit dan bertujuan utk penjagaan kesihatan asas ialah 20 mg@2 sudu besar setiap hari..jika sudah menghidapi penyakit,minimum yg perlu di ambil ialah 40 mg@4 sudu besar sehari..mungkin itu pendapat saya buat masa ini untuk semua penyakit..

Jawapan tambahan Dr. Hafizah:
Maka saya suka elakkan pertembungan agar tidak berlaku konflik di kemudian hari.
Ubatan kimia sintetik merencat homeostasis sdgkan ubatan alami enhance homeostasis....maka ianya akan terjadi by chance ...sekiranya individu lebih mengamalkan pemakanan yg baik..persekitaran positif...maka bagi nya mungkin tidak akan berlaku efek negative. ..sebaik2 ya berlaku jika pemakanan bermasalah..sikap bermasalah... Main medicine is our thought...In form of released neurotransmitter and hormones.
Sumber: Olive House Medic & Business.

Sms.whatsapp 0175750810
^_^

Tuesday, 29 April 2014

Testimoni minyak zaitun rawat Sembelit Kanak kanak

Kesan menggunakan minyak xaitun baru percubaan 1 botol.

Alhamdulillah anak2 sy dpa x sembelit,mudah buang,selera mkn,tidoq pun senyap ja,lega saya.dpa suka minyak tu kata rasa mcm oren.xtau la....
Tksh byk ustaz.

Dapatkan segera Pati Asli Minyak Zaitun sms whatsapp 0175750810
Like us www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com

Friday, 11 April 2014

Iklan Pati Minyak Zaitun Olive House di akhbar Sinar Harian

Dapatkan segera Pati Asli Minyak Zaitun sms whatsapp 0175750810
Like us www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com

Tuesday, 8 April 2014

Cara membuang batu karang atau batu hempedu dengan Minyak Zaitun

Info lengkap di Harian Metro oleh
Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.
Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan.
Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) Dr Mohd Faisal Jabar berkata, tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.

Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.
“Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan.
“Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang,” katanya.
Hati menghasilkan air hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain.
Cecair pekat ini disimpan dalam pundi hempedu hingga ia diperlukan untuk mencerna lemak dalam usus kecil.

Organ terbabit mengeluarkan satu liter air hempedu setiap hari. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini membawa hempedu ke bahagian atas atau pangkal usus kecil (duodenum) dengan ia mula memecahkan lemak makanan yang diambil itu.
Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu.
Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.
“Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang.
“Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit,” katanya.
Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif.
Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.
“Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya.
“Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera,” katanya.
Selain itu, jika batu hempedu ini terjatuh dalam saluran hempedu, ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.
Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.

Terdapat beberapa pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:
Kolik hempedu
Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan.
Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang.
Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).
Kronik Cholecyctitis
Keradangan kelenjar pankreas.
Gejala batu karang dalam hempedu:
Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas.

Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Jenis batu karang hempedu:
Batu karang hempedu berkolesterol.
Batu karang hempedu berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mung­kin mengandungi komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). 

Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
Batu karang hempedu berpigmen.
Batuan kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin.
Ia boleh dihidapi mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

Kaedah atau rawatan boleh digunakan untuk menangani batu karang hempedu:
PENGAMALAN AYAT2 RUQYAH juga dapat mengeluarkan batu hempedu ini..
Apakah rawatan Al-Quran untuk penyakit batu karang?
Ayat-ayat al-Quran turut memiliki mukjizat dan kelebihan untuk membantu dalam penyembuhan masalah batu karang ini. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dalam merawat pesakit-pesakit yang menderita dengan sakit batu karang, ramai yang sudah mengalami perubahan yang sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kehidupan seharian mereka.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah terlebih dahulu, akan memeriksa setiap pesakit yang datang berubat, jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah al-Anbiyaa’ ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75 hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah al-Anbiyaa’ sebanyak tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah al-Qasas tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan.
Ayat-ayat dari surah al-Anbiyaa’ dan ayat-ayat di atas berfungsi untuk memecahkan atau menghancurkan batu-batu karang di dalam buah pinggang atau di dalam pundi kencing.  Bila batu-batu ini hancur dan jadi halus seperti pasir, maka senang ia dapat dikeluarkan daripada tubuh pesakit melalui proses buang air kecil.
Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah swt berfirman;
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Penutup
Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Di dalam ayat suci al-Quran di atas, Allah SWT telah menerangkan kepada kita bahawa setiap musibah atau dugaan yang dihadapi oleh setiap insan di dunia ini hanya boleh berlaku apabila diizinkan oleh Allah SWT. Dan Allah turut berjanji akan memberi petunjuk ke dalam hati sesiapa yang beriman kepadaNya, yakni mereka yang bersabar dan redha akan musibah yang telah menimpa diri mereka. Sesungguhnya ada kemungkinan sesuatu yang buruk pada fikiran kita, merupakan sesuatu yang sangat baik untuk diri kita tanpa kita sedari. Dan ada kemungkinan sesuatu yang baik pada fikiran kita, akan menjadi sesuatu yang membawa keburukan kepada diri kita dan insan yang kita sayangi. Maka, kita harus yakin bahawa Allah SWT itu adalah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita sebagai hamba-hambaNya.
Kesimpulannya, setiap sakit yang dideritai oleh kita merupakan satu bentuk ujian daripada Allah; ujian yang harus ditempuhi dengan kesabaran dan usaha yang penuh keyakinan dengan janji Allah yang pasti akan ada ganjaran buat hamba-hambaNya yang bersabar di atas musibah yang diturunkan. InsyaAllah, setiap usaha, doa dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Maka, janganlah kita melatah atau banyak merungut apabila dilanda masalah atau sakit. Hendaklah kita banyakan berselawat, berzikir, bersolat, berdoa dan membaca al-Quran apabila dilanda penyakit atau musibah.

Sekian. ( http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/batu-karang-kidney-stones)

Manakala secara praktik pula anda boleh mengikuti langkah yg dicadangkan oleh pakar pemakanan ini Lai Chiu-Nan, Ph.D.
Terdapat ramai pesakit yg berjaya dengan kaedah ini.
 Cara-caranya:
Untuk 5 hari pertama, minum 4 gelas jus epal setiap hari atau makan 4-5 biji epal setiap hari (pilih mana-mana yang anda suka). Jus epal berfungsi untuk melembutkan batu karang.
Pada hari ke-5 makan seperti biasa tetapi pada hari ke-6 elakkan pengambilan makan malam.
Pada pukul 6 petang, makan 1 sudu teh garam Epsom (magnesium sulphate) bersama-sama segelas air suam.
Pada pukul 8 malam, ulangi perkara yang sama dilakukan pada jam 6 petang.  Magnesium sulphate berfungsi untuk membuka saluran pundi hempedu.
Pada pukul 10 malam, ambil separuh cawan minyak zaitun bersama separuh cawan jus lemon yang segar. Campurkan hingga sebati dan minum. Minyak berfungsi sebagai pelincir untuk memudahkan batu karang keluar melalui laluannya.
Pada keesokkan paginya anda akan menjumpai batu berwarna hijau di dalam najis anda.
“Pada kebiasaannya, batu-batu tersebut akan timbul,” kata Chiu Nan. “Anda mungkin mahu mengiranya. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang telah berjaya mengeluarkan 40, 50 atau 100 biji batu. Ianya sangat banyak!.

BAGI KAMI di www.QuranicFoods.com
Mencadangkan agar digabungkan kedua2 kaedah diatas untuk kejayaan fan keberkatan inShaAllah...
Jangan terlepas peluang menjaga kesihatan dengan pemakan sunnah bersama kami di OliveHouse.. Jom dapatkan segera Pati Minyak Zaitun Asli Unfiltered

Assalamualaikum..sekadar perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut keistimewaanya di dalam alQuran dan hadis.. Extra Virgin Olive Oil dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek..dari penyakit biasa sampailah ke tahap kanser! TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak..

View more www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
more info Sms, Whatsapp 017 5750810

Friday, 4 April 2014

Jualan borong  dan runcit Pati Asli Minyak Zaitun Olive House dan Sari Cuka Teen

Alhamdulillah jualan borong  dan runcit Pti Asli Minyak Zaitun Olive House dan Sari Cuka Teen ..
Jangan terlepas peluang menjaga kesihatan dengan pemakan sunnah bersama kami di OliveHouse.. Jom dapatkan segera Pati Minyak Zaitun Asli Unfiltered
Assalamualaikum..sekadar perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut keistimewaanya di dalam alQuran dan hadis.. Extra Virgin Olive Oil dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek..dari penyakit biasa sampailah ke tahap kanser! TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak..
View more www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
more info Sms, Whatsapp 017 5750810

Runcit RM39.9 sebotol
Borong RM 34 sebotol x 1 dozen (12btl) *minima 1 dozen

Thursday, 20 March 2014

Minyak Zaitun : Cara pantas RAWAT PENYAKIT KRONIK

Cara pantas rawat penyakit KRITIKAL.
Amalkan Bekam Sunnah.. amalkan Quranic Foods seperti MINYAK ZAITUN.. dan Sapu di Kawasan Sakit.
Tukar makanan anda ke bahan organic SPT gula perang,garam bukit,unbleach n organic wheat flour,
ELAKKAN makanan2 yg diProses KIMIA SINTETIK spt fast food.

Dlm minyak zaitun ada pelbagai NUTRIEN PENTING spt -》 hydroxytyrosol,tyrosol,oleuropein (iaitu kndungn polyphenols) yg mana kesemua ini akan membntu tubuh badan berfungsi dgn baik,memaksimakan metabolisma bdn..
Allahuakbar
Cntiknya..hebatnya ciptaan Dia Yg Maha Esa!

*Perkongsian dari Group PASAK!

Jom kembali kepada perubatan semulajadi.. rawat tubuh dan kawal kesihatan serta suburkan kesihatan dengan amalkan www.QuranicFoods.com ia kini digelar saintis sebagai Super Foods. Mereka sudah kembali kita jgn terlewat memilih benda yg paling dekat dgn kita iaitu al Quran... jom like www.facebook.com/QuranicFoods

Tuesday, 18 March 2014

Pati Asli Minyak Zaitun rawat Masalah Usus dan Kanser Usus

images kanser usus

Antara makanan yang disebut sebgai Quranic Foods ialah Pati Asli Minyak Zaitun..

Makanan Quranic Foods ini kini saintis dan sarjana barat sebut sebagai SUPER FOODS kerana kandungan Nutrisi didalamnya sangat baik untuk badan dalam merawat dan memelihara kesihatan badan..
Apabila Minyak Zaitun ini masuk ke dalam badan bersama Nutrisi2 terhebat didalamnya ia akan melakukan 3 proses utama :
1- Membantu badan dalam proses DETOX (penyingkiran radikal bebas serta bahan kimia sintetik yang tidak baik dari badan)
2-Membantu badan dalam menyerap zat2 baik serta sebagai pembekal zat2 baik ini kerana Nutrisi didalamnya.
3-Membantu badan merawat system serta organ.
4-Membantu badan membina antibody melawat penyakit dalaman dan luaran.

Kembalilah kepada perubatan semulajadi.. rawat tubuh dan kawal kesihatan serta suburkan kesihatan dengan amalkan www.QuranicFoods.com ia kini digelar saintis sebagai Super Foods. Mereka sudah kembali kita jgn terlewat memilih benda yg paling dekat dgn kita iaitu al Quran… jom like www.facebook.com/QuranicFoods

Kanser usus meningkat

Anggapan diri masih lagi muda dan mustahil akan mendapat penyakit kronik seperti kanser usus harus dibuang kerana ia boleh menyerang sesiapa saja daripada umur 18 tahun dan ke atas.
Bahkan, ada juga di antara kita yang menghidapnya ketika berusia 16 tahun. Pesakit kanser usus juga pada mulanya berasa dirinya sihat, malah gejala kerap sakit perut, tetapi tidak boleh buang air besar juga dianggap satu perkara normal.
Oleh kerana ia dianggap normal, maka akan wujudlah orang yang menjadi doktor kepada diri sendiri dengan mengagak sakit perut itu disebabkan salah makan, alahan, keracunan makanan, gastrik dan banyak lagi.
Pernah atau tidak anda terfikir bahawa sakit perut yang dianggap biasa itu mungkin akan disebabkan penyakit lain yang lebih besar dan serius sehingga boleh mengancam nyawa iaitu kanser usus?
Untuk pengetahuan, kita tidak boleh bersikap sambil lewa apabila berhadapan dengan situasi seperti itu. Sekali dua ia berlaku tidak mengapa, namun jika anda selalu mengalami masalah berkenaan, dapatkan pemeriksaan secepat mungkin untuk memastikan puncanya sebelum ia semakin melarat.
Kanser usus atau turut dikenali sebagai kolorektal merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (1.5 meter) atau rektum (bahagian paling hujung usus berdekatan dengan dubur bersaiz 15 sentimeter).
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas menyerap air dan mengasingkan nutrien daripada makanan serta menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.
Ia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum. Tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum manakala tahap ketiga, kanser akan merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.

Di negara kita, sehingga 2002, sebanyak 2,778 kes dicatatkan dengan 59.6 peratus daripada jumlah itu membabitkan pesakit keturunan Cina.
Kita tidak perlu membiarkan diri menderita manakala orang tersayang pula berasa sedih dengan penyakit ini kerana ia boleh dihindarkan jika dikesan pada peringkat awal.
Perunding Pakar Bedah Am Damai Service Hospital (DSH) Dr Tan Liam Chwee berkata, peningkatan jumlah pesakit kanser usus ada kaitan rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup kita hari ini yang banyak mengambil daging, makanan ringan dan kurang serat serta tidak disusuli dengan senaman.
“Walaupun tidak dilarang makan daging, namun biarlah pengambilannya secara sederhana. Kena perhatikan juga cara memasak daging. Kurangkan daging yang dipanggang, goreng dan daging proses seperti sate, burger dan sosej.

“Ini kerana proses pembuatan dan memasak boleh mengubah struktur kimia dalam daging yang menyebabkan ia menjadi karsinogenik iaitu bahan yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan alkohol dan tabiat suka merokok juga menyebabkan risiko untuk mendapat kanser usus lebih tinggi.
“Apa juga jenis kanser, ia sukar dikesan pada peringkat awal dan ketika tanda-tanda berkaitan mula dikesan, penyakit mungkin sudah sampai ke tahap yang serius. Tahap serius penyakit pula berbeza bagi setiap pesakit, bergantung pada saiz dan kedudukan sel kanser di dalam usus.
“Dalam sesetengah kes, tanda yang muncul mungkin disebabkan situasi lain yang bukan kanser seperti yang disangka contohnya masalah keradangan usus,” katanya.

Antara tanda penting kanser usus adalah apabila terdapat perubahan jadual (kekerapan dalam sehari atau seminggu) ke tandas, kerap ke tandas, tetapi masih rasa tidak puas, masalah sembelit dan cirit-birit saling berganti serta najis pula bercampur darah atau berwarna kehitaman.
Ujar Dr Tan, usah bandingkan jadual ke tandas anda dengan orang lain kerana setiap orang ada keperluan berbeza. Walaupun kebanyakan orang ada jadual ke tandas setiap hari, ada juga yang hanya buang air besar seminggu sekali dan ia perkara normal bagi individu berkenaan.

Oleh itu, apabila jadual ini mula berubah dan anda kerap mengalami masalah buang air, itu tanda penting yang tidak boleh diabaikan.
Selain itu, kanser usus bermula dengan pembentukan polip (ketulan daging kecil berbentuk seakan tiub diselaputi lendir) pada dinding usus dan polip ini biasanya mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih untuk berubah menjadi kanser.
Dalam tempoh ini (ketika masih dalam bentuk polip), pendarahan tidak berlaku sehinggalah ia membesar menjadi tumor yang boleh menyekat laluan usus seterusnya menyebabkan kanser.
“Kanser usus peringkat pertama tidak mempunyai sebarang tanda dan kebiasaannya, tanda itu hanya akan muncul apabila kanser sudah memasuki ke peringkat kedua. Justeru, jika mengalami sebarang tanda atau gejala kanser usus seperti yang dinyatakan, ambillah tindakan segera.

“Saya suka menyatakan polip bukan kanser, tetapi ia boleh berubah menjadi kanser selepas satu jangka masa tertentu. Biasanya polip mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berubah menjadi kanser.
“Inilah sebabnya bagi individu yang ada sejarah kanser usus disarankan menjalani ujian kolonoskopi yang boleh mengesan kehadiran polip dan membuangnya,” jelas Dr Tan.

Nasihatnya, jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi, lakukan sesuatu untuk mengubah faktor risiko berkenaan. Perkara utama ialah mengubah tabiat pemakanan dengan melebihkan pengambilan serat. Cara paling senang ialah makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Belum terlewat untuk kita memulakan tabiat pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan makanan banyak lemak. Bagi individu yang mengalami masalah obesiti, mulakan langkah menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Lakukan sesuatu demi menjaga kesihatan diri sendiri.

Tanda kanser usus
1) Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.
2) Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
3) Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.
4) Perut rasa tidak selesa, memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
5) Muntah, hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.
6) Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Faktor risiko
1) Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
2) Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan mencegah pertumbuhan sel kanser.
3) Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.
5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
6) Merokok dan obesiti.
7) Alkohol.
8) Kurang bersenam.

Cara saringan atau diagnos
1) Barium enema – pemeriksaan saluran pencernaan bawah.
2) X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema.
3) Tidak boleh melakukan biopsi.
4) CT kolonografi.

Rawatan
1) Pembedahan – barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.
2) Kolonoskopi – memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.
3) Kolostomi – pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.
4) Kimoterapi
5) Radioterapi

Peringkat perkembangan kanser usus dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun
A) Ketumbuhan cuma di dinding usus – 80 hingga 100 peratus.
B) Ketumbuhan menembusi dinding usus – 66 peratus.
C) Merebak sehingga bahagian limfa – 33 peratus.
D) Merebak ke bahagian lain – kurang lima peratus.

Kembalilah kepada perubatan semulajadi.. rawat tubuh dan kawal kesihatan serta suburkan kesihatan dengan amalkan www.QuranicFoods.com ia kini digelar saintis sebagai Super Foods. Mereka sudah kembali kita jgn terlewat memilih benda yg paling dekat dgn kita iaitu al Quran… jom like www.facebook.com/QuranicFoods
psakit-kanser_n2-190312

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!