Wednesday, 25 June 2014

Pati Asli Minyak Zaitun ubati Panau Masalah Kulit

Soalan Dari Pengguna(Masalah Panau-Kulit):

Assalammu’alaikum doktor. Nak tanya untuk kes macam ini, apa peskipsi MZ & Teen yang sesuai? Sakit kulit, macam panau dan kelompok-kelompok putih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi masalah panau, ia adalah jangkitan kulat yang dinamakan tinea. Sapukan cuka Teen ke tempat yang bermasalah pada siang hari ataupun boleh buat mandian menggunakan cuka ditambah dengan air. Tidak perlu guna sabun sampailah panau sembuh. Yang paling penting pencegahan.
Kulit sepatutnya ada sistem pertahanannya sendiri. Apabila seseorang dijangkiti panau, ini bermakna sistem itu bermasalah dan cara atasinya:

1. Jangan gunakan sabun antibakteria kerana ini bukan sahaja membunuh bakteria baik malah sesetengah bahan seperti alcohol dan triclosan merosakkan lapisan epidermis.
2) Elakkan pakai pakaian yang sama berulang kali terutamanya bila tidak cukup kering.
3) Amalkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi  dengan sapuan yang sangat nipis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.

 more info Sms, Whatsapp 017 5750810 

www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods


Tuesday, 10 June 2014

Perbezaan Cuka Buah dan Cuka Buatan

Apakah perbezaan di antara cuka buatan & cuka buah-buahan?

Cuka buah-buahan seperti cuka epal mengandungi banyak nutrisi atau khasiat makanan yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Ianya banyak digunakan bagi tujuan menjaga kesihatan tubuh badan dan selalunya diminum dengan menambahkan madu kedalamnya bagi mengurangkan rasa masam.
Manakala cuka buatan digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan masakan. 

Walaubagaimanapun, tidak semua orang sesuai mengambil cuka ini terutamanya bagi yang mengalami masalah gastrik kerana ianya bersifat asid dan kekal berasid setelah dimakan.
Cuka buah bukan seperti cuka buatan atau tiruan. Ia tidak membahayakan atau tajam. Anda perlu melarutkan cuka buah di dalam air atau tambahkan madu asli untuk mengurangkan kepedihan perut. Jika perut anda ada ulcer, madu akan merawatnya.

Selain itu, Minyak Zaitun juga sangat bagus untuk merawat ulcer perut bahkan kanser usus sekalipun. InsyaAllah..
Sumber: FB Asy-Syakirin Enterprise

TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or  

Pesakit Gastrik dan Buah Pinggang tak boleh makan cuka buah?

Soalan dari pengguna:
Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak blh mgamalkan cuka buah Teen? Mengapakah?

Jawapan Dr Hafizah: 

Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida..inilah asid asetik yg digunakan sebagai pelarut dalam industri...ianya juga lah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (konon nya tidak memudaratkan) Beza yang paling besar adalah...ia berasal bukan dari sumber makanan.. (ia sangat2 berbeza dgn cuka buah yg sgt byk manafaat)

Badan kita bukan macam tong kosong..masuk potassium bukan semua dok dalam darah..Badan kita ni sistem..umpama kilang kimia..yg sangat kompleks... Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yg spesifik untuk nya sahaja...sel kita hanya akan utilise makanan...Dan akan buang non - food material...buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu utk dikumuhkan...bekam will help with it... (buang toksin n bahan2 yg badan tak mampu atau tak sempat buang)

Dos...ikut kesesuaian...mula kan dengan dos rendah dahulu...kemudian naikkan berkala.
Sumber: Olive House Medic & Business.

more info Sms, Whatsapp 017 5750810 


Wednesday, 4 June 2014

Dr Hafizah Amanulla MD (UKM) MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA




SUBHANALLAH!!! HEBATNYA!! Buah yang disebut di dalam Al-Quran...

Hasil Nukilan : Dr Hafizah Amanulla MD (UKM)

MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA

Berabad lamanya manusia menggunakan cuka sebagai satu bahan yang mesti ada dalam setiap rumah. Cuka bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah cuka juga digunakan sebagai bahan pembersihan diri, bahan cucian pakaian dan tempat kediaman, bahan untuk kecantikan dan juga sebagai perubatan dan pembuangan bisa gigitan serangga merbahaya.

Namun sayangnya dalam 100 tahun ini penggunaannya sudah semakin tidak popular , malah sering dikaitkan dengan implikasi negatif kepada kesihatan terutamanya pada penghidap penyakit ‘gastritis’ atau radang pada mukosa perut. Sedarkah kita bahawa manusia pada abad terdahulu menggunakan cuka semulajadi hasil buah-buahan atau bahan berkanji yang diperam tanpa menggunakan bahan kimia .

Amat menyedihkan apabila cuka yang digantikan kepada manusia zaman moden ini adalah cuka buatan iaitu cuka yang dihasilkan secara kimia di mana methanol (kebanyakan berasal dari petroleum) ditindakbalas dengan gas karbon monoksida. Asid asetik ataupun cuka buatan yang terhasil ini dicairkan pada tahap tertentu untuk dijadikan cuka makanan. Namun sifat bahaya yang terdapat dalam cuka buatan ini iaitu sifat menghakis dan melukakan mukosa tubuh tetap berlaku pada tahap yang sedikit . Sekiranya penggunaannya berterusan, maka pastilah ulser akan terbentuk pada usus manusia.

Atas kekeliruan inilah manusia pada abad ke 21 ini amat janggal menggunakan cuka sebagai minuman atau makanan harian. Amatlah rugi manusia hari ini. Buah-buahan yang diperam selama berbulan-bulan menjadi cuka adalah merupakan suatu sumber mineral dan elektrolit penting kepada tubuh. Mengambil cuka buah-buahan sebagai minuman harian adalah umpama membekalkan setiap sel kita dengan mineral yang sangat diperlukan mereka.

Apatah lagi sekiranya cuka tersebut dihasilkan dari buah yang disebut di dalam Al-Quran? Atas sebab inilah Olive House Resources mengambil inisiatif mengeluarkan produk cuka teen yang mana ianya adalah cuka asli yang dihasilkan dari peraman semulajadi buah teen organik di dalam tong kayu tanpa menggunakan bahan pemangkin yang akan mempercepatkan proses penapaian tersebut.

Buah teen adalah buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang sangat banyak dan lengkap komposisinya menurut adunan Allah yang maha Esa. Mineral dan vitamin ini disampaikan kepada tubuh dalam cecair asid asetik semulajadi yang manan tubuh kita sangat memerlukan ia bagi penghasilan neurotransmitter contohnya asetilkolin.

Asetilkolin ini adalah neurotransmitter yang sangat penting bagi meningkatkan daya tumpuan, keupayaan berfikir dan juga keupayaan bersabar.
Bagi atlet-atlet dan juga mereka yang gemar bersukan , eloklah andainya cuka tin ini dibawa bersama dan diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman bagi menggantikan elektrolit-elektrolit yang hilang dalam tubuh. Minuman elektrolit yang ada di pasaran hari ini rata-rata mempunyai kandungan gula yang terlampau tinggi dan membawa kepada kemudaratan lain.

Pencemaran air minuman kita hari ini menyebabkan ramai terpaksa membeli mesin penapis yang kebanyakannya menggunakan teknologi ‘reverse osmosis’ (RO). Hanya RO sahaja yang boleh menapis sisa logam berat dan mineral sintetik merbahaya dalam air. Air RO adalah air yang kosong yang tidak ada mempunyai sebarang unsur mineral di dalamnya. Maka eloklah sekiranya air RO ini dicampurkan dengan cuka teen bagi minuman seharian agar air dapat disampaikan kepada sel dengan lebih efisyien.

Meminum air RO semata adalah umpama mencurahkan air ke daun keladi di mana sel kita mempunyai masalah untuk menyerap molekul air yang tidak sempurna itu. Badan kita sebenarnya diciptakan untuk meminum air tulen atau air yang mempunyai mineral semulajadi di dalamnya.

Pasti menghairankan ramai antara pengguna kami yang menghidap ‘gastritis’ menjadi sembuh dengan pengambilan cuka teen ini. Subhanallah , sains itu memang hebat. Sains selalu menghasilkan hasil yang tidak selari dengan pemikiran logik akal manusia. Walaupun cuka teen bersifat asid, namun ianya adalah bahan yang menolong mengalkalikan darah manusia.

Ini adalah kerana badan manusia bukanlah umpama tong kosong yang tidakmengandungi apa-apa. Tubuh manusia, daripada lidah sampai ke usus,mengandungi pelbagai enzim penghadaman yang menukarkan secara kimia pelbagai bahan makanan kepada bentuk yang sukar kita jangkakan. Setiap saat berjuta proses kimia yang berlaku dalam setiap inci tubuh manusia. Hebatnya tubuh badan ciptaan Allah.

Dengan itu marilah kita sama-sama menjadikan cuka asli sebagai bahan yang wajib ada dalam rumah kita terutamanya cuka buah-buahan sunnah yang tentunya mempunyai khasiat yang sangat superior berbanding buah-buahan lain yang tidak termaktub dalam Al-Quran. Wallahu A’lam.
 


Untuk tempahan pati MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/QuranicFoods atau
hubungi kami di 017 5750810 (sms,whatsapp)


Friday, 4 April 2014

Jualan borong  dan runcit Pati Asli Minyak Zaitun Olive House dan Sari Cuka Teen

Alhamdulillah jualan borong  dan runcit Pti Asli Minyak Zaitun Olive House dan Sari Cuka Teen ..
Jangan terlepas peluang menjaga kesihatan dengan pemakan sunnah bersama kami di OliveHouse.. Jom dapatkan segera Pati Minyak Zaitun Asli Unfiltered
Assalamualaikum..sekadar perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut keistimewaanya di dalam alQuran dan hadis.. Extra Virgin Olive Oil dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek..dari penyakit biasa sampailah ke tahap kanser! TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak..
View more www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
more info Sms, Whatsapp 017 5750810

Runcit RM39.9 sebotol
Borong RM 34 sebotol x 1 dozen (12btl) *minima 1 dozen

Wednesday, 2 April 2014

penerangan detail pasal cuka tin dan cara pengambilannya

Alhamdulillah...saya nak minta penerangan detail sket pasal cuka tin dan cara pengambilannya...😀
Ada sapa2 bleh kongsi crita ka?

Cara pengambilan stkt ini belum ada satu sukatan yg jelas sbyk mana seseorg itu boleh/perlu ambil cuka teen..
Walaubgaimana pun..kita perlu bsederhana dlm khidupan harian..

Sekadar ambil 1 ke 2 sudu dan dicampur dgn air putih@perasa ikut selera msg2..
Ambil dgn madu asli pun amat baik
Utk pghadaman dan metabolisma bdn..

View more www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
more info Sms, Whatsapp 017 5750810

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!