Tuesday, 8 April 2014

Cara membuang batu karang atau batu hempedu dengan Minyak Zaitun

Info lengkap di Harian Metro oleh
Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.
Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan.
Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) Dr Mohd Faisal Jabar berkata, tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.

Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.
“Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan.
“Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang,” katanya.
Hati menghasilkan air hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain.
Cecair pekat ini disimpan dalam pundi hempedu hingga ia diperlukan untuk mencerna lemak dalam usus kecil.

Organ terbabit mengeluarkan satu liter air hempedu setiap hari. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini membawa hempedu ke bahagian atas atau pangkal usus kecil (duodenum) dengan ia mula memecahkan lemak makanan yang diambil itu.
Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu.
Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.
“Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang.
“Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit,” katanya.
Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif.
Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.
“Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya.
“Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera,” katanya.
Selain itu, jika batu hempedu ini terjatuh dalam saluran hempedu, ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.
Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.

Terdapat beberapa pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:
Kolik hempedu
Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan.
Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang.
Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).
Kronik Cholecyctitis
Keradangan kelenjar pankreas.
Gejala batu karang dalam hempedu:
Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas.

Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Jenis batu karang hempedu:
Batu karang hempedu berkolesterol.
Batu karang hempedu berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mung­kin mengandungi komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). 

Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
Batu karang hempedu berpigmen.
Batuan kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin.
Ia boleh dihidapi mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

Kaedah atau rawatan boleh digunakan untuk menangani batu karang hempedu:
PENGAMALAN AYAT2 RUQYAH juga dapat mengeluarkan batu hempedu ini..
Apakah rawatan Al-Quran untuk penyakit batu karang?
Ayat-ayat al-Quran turut memiliki mukjizat dan kelebihan untuk membantu dalam penyembuhan masalah batu karang ini. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dalam merawat pesakit-pesakit yang menderita dengan sakit batu karang, ramai yang sudah mengalami perubahan yang sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kehidupan seharian mereka.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah terlebih dahulu, akan memeriksa setiap pesakit yang datang berubat, jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah al-Anbiyaa’ ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75 hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah al-Anbiyaa’ sebanyak tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah al-Qasas tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan.
Ayat-ayat dari surah al-Anbiyaa’ dan ayat-ayat di atas berfungsi untuk memecahkan atau menghancurkan batu-batu karang di dalam buah pinggang atau di dalam pundi kencing.  Bila batu-batu ini hancur dan jadi halus seperti pasir, maka senang ia dapat dikeluarkan daripada tubuh pesakit melalui proses buang air kecil.
Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah swt berfirman;
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Penutup
Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Di dalam ayat suci al-Quran di atas, Allah SWT telah menerangkan kepada kita bahawa setiap musibah atau dugaan yang dihadapi oleh setiap insan di dunia ini hanya boleh berlaku apabila diizinkan oleh Allah SWT. Dan Allah turut berjanji akan memberi petunjuk ke dalam hati sesiapa yang beriman kepadaNya, yakni mereka yang bersabar dan redha akan musibah yang telah menimpa diri mereka. Sesungguhnya ada kemungkinan sesuatu yang buruk pada fikiran kita, merupakan sesuatu yang sangat baik untuk diri kita tanpa kita sedari. Dan ada kemungkinan sesuatu yang baik pada fikiran kita, akan menjadi sesuatu yang membawa keburukan kepada diri kita dan insan yang kita sayangi. Maka, kita harus yakin bahawa Allah SWT itu adalah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita sebagai hamba-hambaNya.
Kesimpulannya, setiap sakit yang dideritai oleh kita merupakan satu bentuk ujian daripada Allah; ujian yang harus ditempuhi dengan kesabaran dan usaha yang penuh keyakinan dengan janji Allah yang pasti akan ada ganjaran buat hamba-hambaNya yang bersabar di atas musibah yang diturunkan. InsyaAllah, setiap usaha, doa dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Maka, janganlah kita melatah atau banyak merungut apabila dilanda masalah atau sakit. Hendaklah kita banyakan berselawat, berzikir, bersolat, berdoa dan membaca al-Quran apabila dilanda penyakit atau musibah.

Sekian. ( http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/batu-karang-kidney-stones)

Manakala secara praktik pula anda boleh mengikuti langkah yg dicadangkan oleh pakar pemakanan ini Lai Chiu-Nan, Ph.D.
Terdapat ramai pesakit yg berjaya dengan kaedah ini.
 Cara-caranya:
Untuk 5 hari pertama, minum 4 gelas jus epal setiap hari atau makan 4-5 biji epal setiap hari (pilih mana-mana yang anda suka). Jus epal berfungsi untuk melembutkan batu karang.
Pada hari ke-5 makan seperti biasa tetapi pada hari ke-6 elakkan pengambilan makan malam.
Pada pukul 6 petang, makan 1 sudu teh garam Epsom (magnesium sulphate) bersama-sama segelas air suam.
Pada pukul 8 malam, ulangi perkara yang sama dilakukan pada jam 6 petang.  Magnesium sulphate berfungsi untuk membuka saluran pundi hempedu.
Pada pukul 10 malam, ambil separuh cawan minyak zaitun bersama separuh cawan jus lemon yang segar. Campurkan hingga sebati dan minum. Minyak berfungsi sebagai pelincir untuk memudahkan batu karang keluar melalui laluannya.
Pada keesokkan paginya anda akan menjumpai batu berwarna hijau di dalam najis anda.
“Pada kebiasaannya, batu-batu tersebut akan timbul,” kata Chiu Nan. “Anda mungkin mahu mengiranya. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang telah berjaya mengeluarkan 40, 50 atau 100 biji batu. Ianya sangat banyak!.

BAGI KAMI di www.QuranicFoods.com
Mencadangkan agar digabungkan kedua2 kaedah diatas untuk kejayaan fan keberkatan inShaAllah...
Jangan terlepas peluang menjaga kesihatan dengan pemakan sunnah bersama kami di OliveHouse.. Jom dapatkan segera Pati Minyak Zaitun Asli Unfiltered

Assalamualaikum..sekadar perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut keistimewaanya di dalam alQuran dan hadis.. Extra Virgin Olive Oil dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek..dari penyakit biasa sampailah ke tahap kanser! TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak..

View more www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
more info Sms, Whatsapp 017 5750810

15 comments:

  1. Memang sengsara kalau kena Batu Karang.... Gout dan Arthritis pun saling berkait dengan Batu Karang....

    ReplyDelete
  2. slm..epal tu epal merah ke hijau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apple hijau , lemon , minyak zaiton dan lobak putih diadok menjadi 1 APPLE PLE
      Asskum..
      Pada sesiapa yg ingin membuang batu karang dlm hempedu , buah pinggang ,pundi kecing tanpa pembadahan blh dapatkan apple ple
      *Memujarap hanya dlm masa 3minggu
      *mehilangkan rasa skit yg teramat sgt
      *menghancurkan batu karang
      *mwngeluarkan batu karang melalui pundi kencing dan saluran najis
      *menghilangkan rasa loyer /muntah /
      *menghilangkan rasa lesu ,lengoh2 ,lemah
      *mengurangkan dan membuang lemak2/kolestrol berlebihan dlm
      badan
      Pm -APPLE PLE health&care
      Ramuan tradisional
      017-7626850

      Delete
  3. Pd 5 hr prtama hanya mkn buah shj k tnpa mkn nasi spjg hr?

    ReplyDelete
  4. Pd 5 hr prtama hanya mkn buah shj k tnpa mkn nasi spjg hr?

    ReplyDelete
  5. Nk tny.sy br lps ceaser 2mggu lps.boleh ke sy minum jus lemon tu?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Benar2 berkesan ke bro..kenapa lepas pasang stente utk bkk saluran usus demam n muntah langsung x recover..mohon penjelasan bro

    ReplyDelete
  8. Hope sgt bro bleh bagi penjelasan tentang permasalahan yg sedang saya hadapi

    ReplyDelete
  9. jaga paras kolestrol, jaga kesihatan hati, minum banyak air kosong

    ReplyDelete
  10. Asskum..
    Pada sesuai yg ingin membuang batu karang dlm hempedu , buah pinggang ,pundi kecing tanpa pembadahan blh dapatkan apple ple
    *Memujarap hanya dlm masa 3minggu
    *mehilangkan rasa skit yg teramat sgt
    *menghancurkan batu karang
    *mwngeluarkan batu karang melalui pundi kencing dan saluran najis
    *menghilangkan rasa loyer /muntah /
    *menghilangkan rasa lesu ,lengoh2 ,lemah
    *mengurangkan dan membuang lemak2/kolestrol berlebihan dlm
    badan
    Pm -APPLE PLE health&care
    Ramuan tradisional
    017-7626850

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan. Saya dah buat operation bung hempedu kerana ada batu.. Dh hampir 4 tahun. . Hari ini saya sakit semula. .Smlm dah buat ct scn di hospital dn nampk ada batu melekat pada bekas hempedu yg telah dibuang..sakit nya sama seperti sebelum operation bung hempedu dulu.. Boleh ke masaalah saya ini di selesaikn. .Sbb saya tak snggup nk operation lagi..risiko nya tinggi

      Delete

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!