Wednesday, 12 July 2017

Minyak Zaitun Terbaik kerana Lima 5 faktor

Tahukah anda kenapa Minyak Zaitun Olive House menjadi Minyak Zaitun Terbaik?

Minyak Zaitun adalah minyak terbaik dunia hal ini telah terbukti sejak ribuan tahun dahulu, bahkan ada tamadun yang sampai memuja atau mendewakan pokok dan minyak zaitun ini. Pasti Tak lain dan tak bukan adalah kerana khasiat Minyak Zaitun atau kebaikan minyak zaitun itu sendiri.

U.S.Food and Drug Administration (FDA) mengiktiraf bahawa mengamalkan 23 gram minyak zaitun setiap hari akan secara efektif dapat mengurangkan insiden penyakit jantung, dapat mengatur metabolisme tubuh, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko berlakunya kanser/tumor.
Pelbagai kajian dan laporan jurnal telah dibuat untuk membuktikan Khasiat Minyak Zaitun Terbaik antaranya boleh didapati di web oliveoiltimes ini https://www.oliveoiltimes.com/olive-oil-health-benefits.

Walaupun dunia telah mengiktiraf tentag kebaikan minyak zaitun atau khasiat minyak zaitun tapi yang paling utama adalah bagaimana untuk mendapatkan Minyak Zaitun Terbaik dan Apakah ciri atau faktor yang menjadikan Minyak Zaitun itu Minyak Zaitun TERBAIK??



Sebenarnya banyak faktor yang menjadikan sesuatu Minyak Zaitun itu terbaik, ia bermula dari awal lagi sebelum ia ditanam seperti BAKA yang baik, proses penanaman, penjagaan sehinggalah kepada proses memetik, memerah, menyimpan dan membotolkan. bahkan bukan terhenti disitu sahaja.

Selepas siap di botol dengan sempurna pun PENJAGAAN KUALITI MINYAK ZAITUN ini mesti diambil berat sebagai contoh tidak didedahkan kepada cahaya matahari.. tidak dibiarkan di tempat suhu panas seperti di dalam kereta yang terjemur dan banyak lagi.
Oleh itu, untuk mendapatkan Minyak Zaitun yang terbaik dan berkualiti mestilah melalui syarikat yang betul dan melalui wakil jualan yang tahu betul tentang minyak zaitun ini.

Tahukah anda lima (5) faktor utama menjadikan minyak zaitun itu adalah Minyak Zaitun terbaik dan mempunyai khasiat yang maksima.

1- Perahan Pertama dan Perahan Sejuk
Proses perahan sejuk/ cold pressed  akan melahirkan extra virgin
Minyak zaitun Extra Virgin ialah pati yang mempunyai kualiti yang paling baik. Pati minyak zaitun hanya akan dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan pati minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia atau pemanasan dan ia mestilah perahan pertama bukan dari perahan kedua atau ketiga dari buah yang sama.

2- Minyak Zaitun tidak ditapis (unfiltered)
Minyak Zaitun tidak ditapis mengandungi lebih 30% "polyphenols" berbanding minyak zaitun yang ditapis. polyphonels adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pohon zaitun. apabila manusia meminum polyphonels, ia akan melindungi sel manusia dari radikel bebas, virus dan bakteria.
Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti polyphenels, carotens, chlorophylls dan anthocyanin.

3- Minyak Zaitun dalam bentuk Asli tidak dalam bentuk kapsul, gel dan pil
Pati Minyak Zaitun amat sensitif kepada cahaya atau kepanasan. untuk menghasilkan sofgel, perlu melalui proses pemanasan. Apabila minyak zaitun dijadikan dalam bentuk kapsul atau pil, akan hilang sebahagian khasiat yang sepatutnya diperolehinya. 

4. Minyak zaitun Terbaik mestilah dibotolkan dalam botol kaca bukan botol plastik
Kenapa botol kaca,bukan botol plastik? ini adalah kerana untuk mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia terhadap minyak zaitun. Hakikatnya botol plastik mampu mengakibatkan berlakunya tindak balas kimia yang akan merosakkan kualiti Minyak Zaitun dan menghasilkan bahan kimia lain yang merbahaya berbanding botol kaca dan kualiti minyak zaitun akan terjejas.

5. Minyak zaitun terhasil  melalui gabungan buah zaitun hijau dan hitam
Kombinasi atau gabungan buah hijau dan hitam (masak) akan menghasilkan Pati Minyak zaitun yang kaya dengan Polyphenels (buah zaitun hijau) dan kaya dengan Lipid (buah zaitun Hitam). Gabungan ini menyebabkan rasa yang lebih sedap dan berlemak. Khasiat Beta-Caroten(-B) inilah yang memberikan warna ungu/oren buah zaitun dan merupakan sumber vitamin A yang mana khasiatnya memberikan rasa enak kepada minyak zaitun.

Untuk mempastikan Minyak Zaitun yang kita beli adalah Minyak Zaitun Terbaik bagi memastikan kita mendapat manafaat atau khasiat minyak zaitun yang optimum.
Pastikan sekurang kurangnya 5 ciri ini dipatuhi. Dapatkan dari Syarikat yang terbukti dipercayai dan melalui mereka yang arif dalam hal minyak zaitun ini.
Maklumat lengkap atau kelebihan minyak zaitun olive house anda dijemput melawat entry berikut 


 
Pilihlah secara bijak! 👍
Olive House Rakan Kesihatan Anda

Thursday, 29 January 2015

Apa beza Minyak Zaitun Turkey vs Olivie 30 Olive House

Pati asli minyak zaitun Olive house..
a)100% asli..

b)perahan sejuk tanpa pemanasan utk mmstikn kualiti zat utama tak terjejas.

C)tak ditapis utk dpt lebih 30% poliphenols *bhn yg penting dlm myk zaitun mmntu dari srgn penyakit.

D) Dibungkus dlm btl kaca dan kotak mmpstikn kualiti tak hilang.

Olivie30 mmpunyai smua ciri di atas bezanya pokok zaitun olivie 30 ditanam d kwsn bukit berbatu, pokok perlu bina antibodi berganda2 utk hidup.. myk hasil buahnya dikaji d makmal mmpunyai lebih 30x ganda antioksida dari hasil pokok biasa.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Saturday, 7 June 2014

Rawat Kanser Usus dengan Pati Minyak Zaitun dan Sari Cuka Teen

Soalan dari pelanggan(pesakit usus):

Salam..ada persoalan dr customer..tentang cara pemakanan olive yg terbaik.. Akak dah buat operation usus pd Jan 2012 dah buat kimo 2x cycle dah..skrg ni jumpa dr 2 bln sekali..dah buat colonscopy clear....result darah 2 minggu lepas naik dri 1.6 kpd 4.2..Mohon pencerahan dr yg pakar..

Jawapan Dr. Salman:

Salam..berkenaan kanser usus(colorectal carcinoma,rawatan utamanya ialah pemb edahan bagi membuang ketulan kanser utama(primary)di ikuti kemoterapi untuk membunuh sel2 kanser yg tidak dapat di lihat mata kasar(micrometastasis). Selepas itu,proses pemantauan (surveillance) samada kanser tersebut berulang (recurrence) bergantung kepada tumour marker (contoh bagi colorectal carcinoma ialah carcinoembryonic antigen).Fasa selepas kemo/radioterapi ini sangat2 bergantung kepada pesakit samada dari segi psikologi dan pemakanan kerana tiada rawatan khusus dari doktor bagi mengelakkan ianya berulang.Fokus kepada pemakanan yg mengandungi antioksidan yg tinggi seperti olive oil dan fig vinegar kerana secara kajian secara makmal membuktikan proses mutasi sel dapat direncatkan dengan kedua2 pemakanan tersebut.Ubah pemakanan harian kepada 100% organik.Elakkan ayam yg di suntik hormon dan sayuran yg di racun kerana sesetengah kanser akan hidup semula dengan hormon berlebihan dan racun.Amalkan puasa 2 kali seminggu dan senaman 3 kali seminggu untuk mengeluarkan toksin dari sel.Semua di atas adalah panduan umum bagi pesakit kanser berdasarkan bukti akademik dan pengalaman peribadi saya berhadapan dengan ahli keluarga yg turut menghadapi kanser usus dan tidak berulang selepas 10 tahun pembedahan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Telah terbukti! Dengan kajian Makmal. Serta testimoni yg pelbagai..
Perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut di dalam al Quran.. sarjana dan saintis barat mengkajinya dengan teliti dan menamakannya SUPER FOODS dan FOODS AS MEDICINE.. kita amalkannya sebagai www.QuranicFoods.com makanan disebut didalam al Quran..juga makanan penghuni syurga..
Olive Oil Asli dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak..
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Thursday, 27 March 2014

Buah Teen separa segar Olive House Resources

Nantikan kemunculan Buah Teen separa segar Olive House Resources.
KHASIAT TERBAIK!
DI IMPORT KHAS BUAT ANDA!
View more www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
more info Sms, Whatsapp 017 5750810

Friday, 20 December 2013

5 Pemakanan Sunnah Dalam Al-Quran Quranic Food : Makanan Terbaik Dunia

Delima (Pomegranate):
Adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser. Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."

Buah Tiin (Fig):
Buah yang mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin. Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Kurma (Dates):
Sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Anggur (Grape):
Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman: "Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yang satu dari yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yangg mengerti" Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.

Zaitun (Olive):
Adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik. Polifenol semulajadi dalam Zaitun membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak. Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, dan salah satu daripadanya adalah kusta."

Waallahu'alam.

Olive Oil Asli dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg UNFILTERED dan DIMAKAN SECARA TERUS tidak dimasak.. more 




 More Info :

Blog : http://oliveasli.blogspot.com/

Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli

https://www.facebook.com/oliveoilasli


Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS

Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau

hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!