Sunday, 12 October 2014

Pati Minyak Zaitun Dan Kanser Usus

Minyak Zaitun & Kanser Usus:

10-09-2014, Dr Hafizah binti Amanulla

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayangNya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpaling lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.

Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam al-Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun. Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan. Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.

Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bakteria baik di daalm usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan. Minyak zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan(ditambahkan) dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in carcinogenesis pathway). Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.

Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata-kata Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini. Wallahu'alam.

Sumber: Olive House. 
www.facebook.com/QuranicFoods
Whatsapp 0175750810

Wednesday, 8 October 2014

CUKA BUAH ; Sakit Jantung Angiography Bypass Ramuan Organic

Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?

Tunggu dulu…..Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini.
In sya Allah, anda akan sembuh. In sha Allah.
Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh). Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu. Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography keatas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass keatas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan. Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti dibawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan d jlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti. Selepas memeriksa keputusan sebelum dan semasa saluran injap jantung saya, Doktor doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani.  Saya katakan kpd nya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini. Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu d jalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.

En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk ku dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:
1 cawan jus lemon (1 Cup Fresh      Lemon Juice)
1 cawan jus halia (1 Cup Fresh Ginger Juice)
1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)
1 cawan Cuka Buah Organic (1 Cup Vinegar)
3 cawan madu (3 Cups Honey)
Bancuh kesemua ramuan tadi -jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan lahan selama setengah jam sehingga kirakira 1cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja. Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkn 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi. Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.  In sha Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)
Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.
Mohon dibuat salinan dan di edarkan kpd warga tua dan kepada mereka yg tiada talian perkhidmatan email
Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaat nya, anda akan di anugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini.
Mohon dipnjangkn pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih.
Diterjemahkan oleh:
ismailchedin, melaka. Oktober 2014. 

More info : Sari Cuka Buah Teen Organic
Sms.whatsapp 0175750810

Tuesday, 7 October 2014

PATI MINYAK ZAITUN Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata-Keratoconus)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata-Keratoconus)

Assalammu'alaikum doktor. Mata sebelah kanan saya telah didiagnos keratoconus, 3 tahun yang lepas dan sekarang, telah ada scar dekat kornea saya. Vision saya sebelah kanan telah teruk. Mengikut pakar mata, hanya cornea transplan sahaja yang boleh rawat mata saya itu. Bagaimanakah MZ atau mungkin ada kaedah lain yang boleh membantu?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ini berlaku akibat perubahan bentuk kornea mata kepada bentuk kon menyebabkan pandangan berbalam. Puncanya tidak di ketahui. Rawatan peringkat awalnya ialah contact lens bagi mengembalikan bentuk asal kornea dan bagi kes yang sudah di tahap scar/parut, penggantian kornea melalui transplan diperlukan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Keratoconus adalah penyakit degenerative dan minyak zaitun boleh membantu menyekat perkembangan penyakit ini dan nutrisi yang baik akan menolong membaik pulih. Sabar adalah kuncinya dan tolong elakkan sebarang bahan kimia dalam makanan.

Sumber: Olive House Medic & Business. 
More info www.oliveasli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

Monday, 6 October 2014

Makan Minyak Zaitun Sari Cuka Teen jd gatal2.. healing crisis

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ambil Sari Cuka Teen Jadi Gatal-Gatal)

Assalammu'alaikum doktor. Saya baru sahaja mengamalkan Cuka Teen Olive House dan badan jadi gatal-gatal. Adakah ini healing crisis? Semasa saya ambil Olive Oil baik sahaja tetapi bila add on Cuka Teen jadi gatal-gatal pula. Kenapa ya doktor?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Saya tidak pasti apa yang berlaku di dalam tubuh anda, namun ianya pasti tindakbalas dalaman yang mengeluarkan toksin ke kulit. Sebagaimana kita tahu, kulit juga adalah organ perkumuhan.

Selain itu, sila semak makanan anda, adakah bebas bahan kimia? Sebenarnya, itulah punca utama sedangkan Quranic Food hanya bekerja melindungi sel-sel anda sahaja. Teruskan bersangka baik dan bolehlah di sapu minyak zaitun ke seluruh kulit anda kerana itu juga amalan tuntutan Nabi S.A.W. tercinta.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Healing crisis (Proses Penyembuhan). Wallahua’lam.

Sumber: Olive House Medic & Business. 
www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.Whatsapp 0175750810

Thursday, 2 October 2014

Panduan Minyak Zaitun & Cryst Ovari

Minyak Zaitun & Cryst Ovari:

09-10-2014, Dr Hafizah binti Amanulla;

Bagi mereka yang mempunyai masalah cyst di ovary, kebanyakan cyts (kecuali dermoid cycst/teratoma) adalah akibat ketidakseimbangan paras hormon. Hormon wanita bukanlah berada pada paras yang tetap setiap masa. Mengikut kitaran haid, paras hormon-hormon seperti estrogen, progestrogen, follicular stimulating hormone(FSH), luteinizing hormone (LH) juga berubah-ubah. Paras hormone ini sepatutnya berada dalam keseimbangan yang dikawal oleh otak (central control). Ketidakseimbangan hormone terjadi hari ini terutamanya akibat kehadiran xenoestrogen dari persekitaran kita. Bahan dari racun rumpai, racun perosak, bahan kimia dalam shampoo seperti phalates, BPA and pelbagai bahan dalam kosmetik bertindak umpama estrogen apabila memasuki badan kita. Estrogen palsu ini akan menyebabkan otak menyangka paras estrogen sudah tinggi dan menghalang ovari merembeskan estrogen. Namun di peringkat sel, estrogen palsu ini walaupun mengikat di reseptor estrogen namun gagal bertindak umpama estrogen. Ini akan merangsang tisu lemak untuk menghasilkan estrogen setempat dan seterusnya lapisan lemak akan menebal dan menyebabkan kegemukan dan pelbagai masalah lain.

Minyak zaitun membantu menyeimbangkan paras hormon dan membantu menyingkirkan xenoestrogen ini. Pada masa yang sama, kemasukan xenoestrogen hendaklah dihentikan. Amalkan aktiviti menanam sayur sendiri tanpa menggunakan racun dan baja kimia, dan amalkan buah-buahan organik. Bagi menggantikan shampoo yang toksik, anda bolehlah belajar membuat shampoo dan juga sabun sendiri dari bahan2 alami melalui pelbagai blog di internet terutamanya blog2 masyarakat Australia, Amerika dan Canada yang sedang sangat aktif melakukan revolusi menukarkan bahan kimia kepada bahan semulajadi demi kesihatan yang lebih sempurna. Selain itu elakkan penggunaan plastik untuk meletakkan bahan makanan yang panas kerana ia boleh menyebabkan bahan kimia berbahaya terbebas ke dalam makanan.

Apabila paras hormon mula stabil, maka anda akan dapati berat badan menurun, cyst akan hilang dan kesuburan pun meningkat. InsyaAllah.

Sumber: Olive House. 
more info www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.whatsapp 0175750810

Wednesday, 1 October 2014

TESTIMONI KENCING MANIS+DARAH TINGGI+BUAH PINGGANG

TESTIMONI AsySyakirin(KENCING MANIS+DARAH TINGGI+BUAH PINGGANG):

Nama saya Che Su Bt. Murad, umur saya 49 tahun. Sekarang menetap di Taman Impian, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kerja saya sebagai pengawal keselamatan perumahan di sini. Saya mengenali produk Olive House ini melalui rakaman di radio mutiara.fm pada setiap hari khamis jam 2.15 petang. Produk ini diperkenalkan oleh AsySyakirin dan saya mengamalkan MZ+SCT+BT.

Bacaan kencing manis saya sebelum mengamalkan produk ini, 20.6 mmol/l. Doktor cakap amat bahaya. Alhamdulillah, setelah saya amal sebotol MZ, 2 botol SCT & sebungkus BT selama 2 minggu berturut-turut sehingga 2 bulan, subhanallah, bacaan menurun kepada 6.8 mmol/l. Tekanan darah tinggi dan buah pinggang saya juga kembali normal. Doktor amat terkejut dengan keputusan ini sehingga 2,3 kali melakukan semula ujian terhadap saya.

Alhamdulillah, ternyata pemakanan sunnah tin dan zaitun ini amat berkesan dan amat baik untuk kita semua. Semoga kita terus istiqamah mengamalkannya dan saya amat gembira dan seronok untuk sihat sunnah organik bersama Olive House.

Che Su Binti Murad
650711-02-5664
01X-5889625

Sumber: FB: Asy-Syakirin Enterprise 
More info view www.facebook.com/QuranicFoods
Sms.whatsapp 0175750810 Ustaz Zaki

Ekzema dan perawatan neutral alami

EKZEMA BUKAN PENYAKIT KULIT SAHAJA!

Ekzema bukan penyakit kulit semata-mata. Ia adalah penyakit berkaitan autoimun disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Ia menyebabkan keradangan kulit juga kegatalan pada kulit dan mengelupas. Setiap individu mempunyai alahan yang berbeza, jadi pengurusan ekzema juga berbeza bagi setiap individu.

Biasanya jika menjalankan rawatan di klinik, pesakit akan dibekalkan dengan krim steroid atau krim yang mengandungi bahan tidak semalajdi, ini bukanlah cara yang terbaik merawat Eczema untuk jangkamasa panjang, kerana penyakit ini akan sentiasa berulang setelah steroid dihentikan dan tidak akan berkesudahan kerana penggunaan steroid akan menyebabkan tindakbalas negatif badan.

Selain daripada itu, jika pesakit menerima vaksin, ianya juga penyumbang besar masalah ekzema yang mana akan mengubah DNA semulajadi badan. jadi, GNRAM menyarankan pesakit ekzema perlu mengelakkan pengambilan vaksin. Bagi pesakit ekzema atau masalah alergi kulit, adalah disarankan berjumpa dengan pakar imun atau immunologist.

Rawatan secara natural merupakan kaedah yang berkesan merawat ekzema walaupun mengambil masa yang mungkin lama untuk pulih. Jika pesakit pernah menggunakan steroid, maka proses penyembuhan akan lebih mencaba dan memakan masa yang mana ia dinamakan proses TSW (Topical Steroid Withdrawal). Walaubagaimanapun, perlu diingat, ekzema sama seperti penyakit alergi atau autoimun yang lainnya, tidak boleh pulih 100% tetapi mampu dikawal selagi kita kawal apa yang perlu.

Beberapa tips akan diberikan di sini berpandukan pengalaman admin dan juga ahli daripada grup lama dahulu yang berjaya merawat ekzema, psoriosis anak juga diri sendiri setelah puas menggunakan rawatan moden, steroid serta bermacam-macam jenis krim digunakan sebelum membuat pilihan menggunakan kaedah semualajadi. Panduan yang diberi juga berlandaskan info pakar-pakar immunologi dan doktor-doktor pro semulajadi yang menjadi rujukan, juga pembacaan jurnal juga artikel yang dijadikan panduan merawat ekzema. Di sini, kita cuma menyarankan 100% remedi alami. Sabar dan tekun adalah kunci utama untuk memastikan proses pemulihan berjaya kerana ianya memang mencabar.

Sumber: Group Nutrisi Alami Malaysia (GNRAM) 
*Pati Asli Minyak Zaitun Unfiltered
Atau
OLIVIE30x Ganda antioksidan dpt membantu perawatan ekzema dgn berkesan..
More info sms.whatsapp 0175750810 Ustaz Zaki.

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!