*Salam ini soalan Dr customer..
Sy sdang hamil 6bln. .mg tgh berusaha mengelakkan jaundis sbb sy berdarah O yg mg berisiko melahirkan bayi yg kn jaundis. Anak sulong sy dulu pn prolonge jaundice. Jd yg kedua ni cuba lah utk elakkan kn lagi. ..sekurangnya dpt kurangkn risiko.
Sy ade buat pembacaan sket mengenai cara mengelakkn jaundis kpd bayi sejak hamil. ..antaranya dgn cara pengambilan minyak zaitun. Btl ker?
Jawapan Doktor Hafizah.
* typo: Mengganggu sistem badan bayi
Betul...jaundice disebabkan pemecahan sel darah merah pada bayi...sel darah yg pecah tu adalah sel darah ibu nya yg dah rosak...proses ini mesti berlaku agar sel darah rosak ini tidak menganggapnya sistem bayi...Allah kan nak pelihara ahli syurga comel ini...jadi lebih banyak ibu makan mknn proses dan tabiat mknn yg buruk spt makan banyak dan pelbagai dalam satu hidang an. ..maka akan lebih banyak lah radikal bebas di hasilkan dalam salur darah nya dan merosakkan sel darah merah...ini lah sebabnya minyak zaitun boleh membantu di mana minyak zaitun ada polyphenol yg tinggi yang menolong me neutralkan radikal bebas seterusnya mengelakkan kerosakan pada sel darah merah...
* typo: Mengganggu sistem badan bayi
Jom dapatkan info QURANIC FOODS & Makanan Sunnah.. Jom like www.facebook.com/QuranicFoods
More info www.QuranicFoods.com
Sms.whatsapp 0175750810
Punca bayi jadi kuning
Masalah
penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku.
Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama
selepas kelahiran. Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang
digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan
ubat tabib Cina.
**Kami Syorkan amal Quranic Foods semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.
Apakah
penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?
Penyakit
kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel
darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi
kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing
jernih.
Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi
seperti:
- Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu
'subaponeurotic haemorrhage'
- Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku
pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
- Jenis
darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya
salah seorang mempunyai darah jenis O.
Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas
lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter.
Mengenali
Jaundis
Bayi jaundis boleh dikenali dengan warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya
bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudiannya ke kaki. Untuk mengenal
pasti sama ada bayi anda mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa
saat dan kemudian lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan
akan kelihatan kuning.
Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripada salah satu sebab di
atas, air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning.
Rawatan
Jaundis
Doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis
jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan
membantu mengurangkan tahap jaundis. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju
dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas
untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan
lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.
Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan
pertukaran darah.
Rawatan tradisional?
Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti
saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif
kerana ia bergantung pada cuaca. Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh
menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan
membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia
tidak ada lagi.
Risiko
tahap kuning yang tinggi
Tahap kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pendengaran serta 'choreoathetoid
cerebral palsy' akibat dari bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) melekat
pada bahagian otak.
Sekiranya jaundis berpanjangan?
Jaundis fisiologikal biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan
cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu diteliti seperti
adakah warna najis dan air kencing normal?
Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap, ia menandakan masalah
pada hati atau salur hempedu. Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin
mengalami jaundis lebih lama. Bagaimanapun, warna najis dan air kencing tetap
normal dan jaundis tidak tinggi. Jaundis yang disebabkan susu ibu tidak
membahayakan bayi.
Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu,
bayi akan dihantar untuk pemeriksaan ultrasound. Ini mungkin diikuti dengan
pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca kuning. Masalah seperti biliary
atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat,
memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
**Kami Syorkan amal Quranic Foods semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.
0 comments:
Post a Comment