Minyak Zaitun & Cryst Ovari
- 09-10-2014
- Dr Hafizah binti Amanulla
Bagi mereka yang mempunyai masalah
cyst di ovary, kebanyakan cyts (kecuali dermoid cycst/teratoma) adalah
akibat ketidakseimbangan paras hormon. Hormon wanita bukanlah berada
pada paras yang tetap setiap masa. Mengikut kitaran haid, paras
hormon-hormon seperti estrogen, progestrogen, follicular stimulating
hormon(FSH), luteinizing hormon (LH) juga berubah-ubah. Paras hormon ini
sepatutnya berada dalam keseimbangan yang dikawal oleh otak (central
control).
Ketidakseimbangan hormon terjadi hari ini terutamanya akibat
kehadiran xenoestrogen dari persekitaran kita. Bahan dari racun rumpai,
racun perosak, bahan kimia dalam shampo seperti phalates, BPA and
pelbagai bahan dalam kosmetik bertindak umpama estrogen apabila memasuki
badan kita. Estrogen palsu ini akan menyebabkan otak menyangka paras
estrogen sudah tinggi dan menghalang ovari merembeskan estrogen. Namun
di peringkat sel, estrogen palsu ini walaupun mengikat di reseptor
estrogen namun gagal bertindak umpama estrogen. Ini akan merangsang tisu
lemak untuk menghasilkan estrogen setempat dan seterusnya lapisan lemak
akan menebal dan menyebabkan kegemukan dan pelbagai masalah lain.
Minyak zaitun membantu menyeimbangkan paras hormon dan membantu
menyingkirkan xenoestrogen ini. Pada masa yang sama, kemasukan
xenoestrogen hendaklah dihentikan. Amalkan aktiviti menanam sayur
sendiri tanpa menggunakan racun dan baja kimia, dan amalkan buah-buahan
organik.
Bagi menggantikan shampo yang toksik, anda bolehlah belajar
membuat shampo dan juga sabun sendiri dari bahan-bahan alami melalui
pelbagai blog di internet terutamanya blog-blog masyarakat Australia,
Amerika dan Canada yang sedang sangat aktif melakukan revolusi
menukarkan bahan kimia kepada bahan semulajadi demi kesihatan yang lebih
sempurna. Selain itu elakkan penggunaan plastik untuk meletakkan bahan
makanan yang panas kerana ia boleh menyebabkan bahan kimia berbahaya
terbebas ke dalam makanan.Apabila paras hormon mula stabil, maka anda
akan dapati berat badan menurun, cyst akan hilang dan kesuburan pun
meningkat.Insya Allah.
Untuk maklumat lanjut sila
SMS/WhatsApp ->>
|
Ustaz Zaki : 017-5750810
|
Boleh Like dan mesej kami di facebook : https://www.facebook.com/QuranicFoodsatau lawati kami di :
www.QuranicFoods.com
0 comments:
Post a Comment