Soalan Dari Pelanggan (Masalah Tapak Kaki Lebam):
Assalamualaikum doktor. Soalan ini berkaitan masalah pada tapak kaki di mana, tapak kaki pesakit mengalami lebam-lebam(tanda berbentuk bulat warna hitam) & ada terasa sedikit senak semasa berjalan. Apakah petanda akan masalah ini & bagaimana cara merawatnya? Terima kasih doktor.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Masalah lebam pada tapak kaki menunjukkan terdapat gangguan bekalan darah ke kawasan berkenaan. Mungkin juga terdapat ketumbuhan lebihan tulang di tulang kaki yang dipanggil 'bone spur'. Pengambilan jus delima boleh membantu pembentukan sel darah yang baik begitu juga pengambilan minyak zaitun akan membaiki kerosakan pada dinding salur darah akibat penghasilan radikal bebas hasil pemakanan yang tidak baik. Ambil juga makanan yang tinggi kalsium bagi pembaikan tulang yang mengalami keradangan. Elakkan pengambilan air RO sahaja tanpa ditambah sedikit garam bukit. Boleh juga amalkan rendaman kaki di dalam air garam bukit atau garam Epsom(Epsom Salts). Sesungguhnya kesembuhan dari Allah. Wallahu a'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
0 comments:
Post a Comment