Sunday, 8 May 2016

Olive House dan Syria

OLIVE HOUSE & SYRIA
1. Saya ke bumi Syria beberapa kali. Penduduk Syria bangga bila dipanggil Ahli Syam berbanding rakyat Syria. Kemungkinan kerana pujian-pujian yang terdapat di dalam Hadis Nabi dan tulisan para Ulama menjadikan mereka senang dipanggil Ahli Syam berbanding Syria.

2. Jika nak dikatakan buminya terlalu cantik, ada negara yang lebih cantik. Nak dikatakan punyai tinggalan sejarah hebat, negara lain juga ada. Nak dikatakan dipenuhi para kekasih Allah dan Ulama-ulama, negara lain juga tidak terkecuali. Tapi bumi Syam ini lain dari mana-mana bumi bagi yang pernah menjejakinya. Saya teringat seorang kenalan tokoh korporat bertanya kepada saya: Ustaz, aku pelik barat bersungguh nak mendapatkan bumi Syria dengan pelbagai cubaan dan dicetuskan banyak konflik, sedangkan negara mereka sendiri lebih cantik!!! kenapa ya? Saya tidak menjawab 
persoalannya tetapi berkata: Abang, saya nak kena pergi Syria, jom join sekali? Dia bersetuju.

3. Semasa di sana, ketika kami minum teh di tepi jalan di perkampungan Nawa (perkampungan Imam Nawawi dan tempat beliau dimaqamkan). Dia berkata: Ustaz Aidil, saya tak tau nak "describe" camna tapi ada satu perasaan yang istimewa bumi Syam ni sama perasaan apabila kita di Mekah dan Madinah. Tapi perasaan ini agak lain dan perasaannya yang tersendiri. Saya rasa inilah istimewanya bumi ini yang tidak ada di mana-mana bumi. Saya diam dan hanya membalas dengan senyuman.

4. Saya anak didik Al-Azhar dan berbangga dengan kehebatan Ulama Al-Azhar serta kebijaksanaan Al-Azhar. 10 tahun saya di bumi Al-Azhar mengutip kepingan hidangan ilmu dibumi tersebut tetapi apabila tiba di bumi Syria kali pertama, entah bagaimana perasaan kagum dan hebat itu beralih kepada Syria secara spontan. Manakan tidak, pernahkah tuan cik puan melihat kuliah pengajian hadis sahih Al-Bukhari yang dibuat satu jam sebelum subuh tetapi kehadiran seumpama rakyat Malaysia di shopping komplek di hari cuti dan baru mendapat gaji. Pandangan sebegini biasa di bumi Syam. Terdapat banyak kenangan dengan Ahli Syam yang saya nak kongsikan di sini;

5. Kisah pertama: ketika sampai kali pertama bersama rombongan kerajaan negeri kedah bersama exco-exco kerajaan negeri. Saya tidak ada pakaian kemeja lengan panjang rasmi untuk majlis yang bakal diadakan. Saya mohon teman saya Ustaz Izzam Khazar (ketika itu pelajar Master di Universiti Dimasy, sekarang top Banker di Bank Islam Dubai) untuk pergi ke kedai pakaian. Entah bagaimana di kedai  pakaian milikan pemuda Syria dalam lingkungan umur 30an, saya menjadi sedikit cerewet yang hakikatnya bukan sifat saya. Berpuluh kotak pakaian dibuka hanya untuk mencari pakaian yang saya inginkan. Tiada tanda wajah kurang senang dari pekedai bahkan terus dilayan dengan bersungguh-sungguh. Setelah selesai saya ingin membayar, pekedai itu tidak mahu menerima wang. Jenaka tidak mahu menerima wang biasa dilakukan oleh pekedai Mesir tetapi jika tidak dibayar nescaya akan dikejar. Saya sambut jenaka pekedai Syria itu dengan kata: baiklah lalu mengacah mahu keluar kedai. Dia mempersilakan untuk saya keluar dengan dibungkus rapi barang yang dibeli. 

Saya terdiam. Saya kembali untuk memberikan wang. Dia katakan pada saya: "Engkau ahli ilmu kan? Pelajar jurusan agama? Saya seorang peniaga dan hanya tahu meniaga dan kurang masa untuk ilmu. Saya tidak mahu wang kamu tetapi doakanlah saya di dalam majlis- majlis ilmu yang engkau sertai". Demi Allah, sepanjang di Mesir bahkan di Malaysia, setiap kali saya bersila di dalam majlis ilmu atau menyampaikan ilmu wajah lelaki itu datang dalam memori umpama "notification" smart phone kita. Saya begitu percaya lelaki ini begitu Ikhlas walaupun hanya sekadar menghadiahkan sehelai baju, dia mendapat perhatian saya sepanjang hidup saya. Ini ahli Syam.

6. Kisah kedua: saya memulakan business Olive House apabila mendapat aspirasi dari Dr Faid berhubung pemakanan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Aspirasi bukan ala-ala jual ayam jampi atau kismis jampi dan seumpamanya yang lebih kepada memperkuda Agama untuk kepentingan perniagaan tetapi aspirasi bagaimana kajian Santifik hari ini berkenaan Nutrisi & kesihatan telah diterangkan Al-Quran dalam bahasa yang jelas. Bersungguh-sungguh saya ingin menjayakan perkara ini sehingga Allah hadirkan pembantu-pembantu yang hebat untuk membawa perjuangan yang sama. Rasulullah itu Ahli Nutrisi yang Agung.

7. Untuk memulakan langkah pertama diperingkat awal seorang lelaki bernama Samir Jazzar dari Aleppo (Halab), Syria membantu saya walaupun dengan modal kecil dan beliau berusaha memastikan business ini dapat dimulakan. Teringat kata-kata beliau bila saya menulis email panjang kepada beliau dan berkongsi sedikit kegusaran jika saya gagal sedangkan beliau seolah-olah begitu yakin saya akan berjaya. Terlalu banyak bantuan beliau berikan kepada saya agar melangkah berani. Ganjil bukan, kepercayaan dari orang lain lebih tinggi dari diri sendiri? Beliau membalas email saya dengan balasan pendek, ringkas, padat dan menyentap. : "Adikku Aidil, apa yang engkau cuba perjuangkan ini adalah makanan yang kekasih kita Rasulullah sebut sebagai pokok yang barakah. Semestinya gerak kerja engkau penuh keberkatan, fikiran engkau dengan keberkatan dan pasti berjayanya engkau dengan keberkatan". Mendidih semangat muda saya dengan ucapan tersebut dari seorang pemuda Syria.

8. Banyak kisah jika saya nak kongsikan berkenaan Ahli Syam ini. Mereka bangsa istimewa sebagaimana bangsa Palestin dan kerana itu mereka diuji dengan ujian istimewa. Jika tuan cik puan perasan, logo Olive House dahulu ada tulisan Aleppo, Syria. Sengaja diabadikan kenangan bermulanya di situ. Tetapi dibuang Aleppo, Syria selepas registrasi logo di "myIpo" tidak membenarkan nama tempat diletakkan pada logo.

9. Ketika saat saya mulakan Olive House, masih ingat dijual sebotol rm 35.90 bagi Pati Minyak Zaitun. Dimulakan dengan apa yang ada, mengesot, merangkak, menderita dan pelbagai kenangan yang dilalui sewaktu ia dimulakan. Setelah beberapa bulan harga ditukar RM 39.90 atas faktor salah kaedah meletakkan harga produk. Waktu itu pelbagai suara mengatakan mahal produk kerana dibandingkan produk Olive House dengan produk kebanyakan di pasaran...lama kelamaan baru disedari oleh cerdik pandai, harga produk lain yang terlalu murah dan agak tidak logik untuk menunjukkan ianya asli dengan kualiti yang digemburkan. Sama tetapi tidak serupa.

10. Hari ini Olive House berkembang dengan perjuangan yang jelas. Dr Faid yang sering saya sebut dan canang ilmu dan namanya datang bertemu kita bahkan beliau bersemangat untuk membantu mengembangkan Quranic Food kepada dunia secara khusus di Asia. Tidak pernah beliau memberikan kuliah dalam bahasa Inggeris, kini banyak kuliah beliau dalam bahasa Inggeris. Tidak pernah beliau memberikan tulisan-tulisan beliau yang berharga kepada sesiapa. Hari ini diberi kepada saya 5 tulisan berkaitan makanan dari Al-Quran; Zaitun, Teen, Kurma, Delima dan Anggur untuk diterjemahkan. Beliau meminta dirakam sebanyaknya kuliah beliau berhubung Nutrisi dari Al-Quran untuk disebarkan. Semua ini menunjukkan perjalanan Olive House semakin baik untuk kita semua. Ini tidak termasuk dengan tenaga-tenaga hebat yang bersama kita, kemantapan proses dan kematangan kita semua untuk terus belajar dari satu tahap ke satu tahap. Semua ini menunjukkan kita semakin membesar.

11. Hari ini syarikat membuat keputusan sukar tetapi perlu. Iaitu menaikkan harga seluruh produk teras yang tidak pernah kita naikkan (kecuali Sari Cuka Teen pernah dinaikkan) bermula dari 1/6/2016. Bertahun lamanya kekal dengan harga asal. Adakah kenaikan ini wajar? Jika ditanya pelanggan tidak akan ada yang akan kata wajar jika dilihat kepada pandangan peribadi masing-masing.

12. Tuan cik puan bayangkan setahun setelah GST dilaksanakan kita berpendirian untuk menanggung segala GST dan kita akan terus kekal sebegitu. Ini kita bercakap soal kenaikan harga bukan disebabkan faktor GST kita tidak naikkan harga kerana GST TETAPI soal pengukuhan organisasi kita bersama. Janji untuk menanggung GST kekal sehingga kini. Tempoh setahun ini, tiada kenaikan harga walaupun semua perkara disekeliling kita berlaku kenaikan harga melebihi 30%. Waktu itu, apabila pihak pengurusan HQ mengusulkan kepada saya untuk dinaikkan harga disebabkan pelbagai faktor antaranya nilai matawang Malaysia yang teruk menyusut...saya katakan pada mereka, jika menjadi pemimpin semudah naikkan harga nescaya siapapun boleh jadi pemimpin. Cari jalan lain! Waktu itu diusulkan untuk membuka syarikat di dubai untuk merancang cukai, dinaikkan jualan dan pelbagai usaha lain. Alhamdulillah setahun kita harungi dengan baik dan berkembang dengan maju dalam keadaan kita akui kepayahan itu ada tapi bagi usahawan itu candu dalam mencipta kejayaan.

13. Jika keadaan ini boleh diharungi selama setahun, kenapa hari ini perlu dinaikkan harga? Ini kerana, banyak faktor yang tidak lagi berada di dalam ruang kuasa Olive House; seumpama harga produk dunia meningkat, mata wang menggila jatuh, kenaikan harga semua service di Malaysia. Keadaan ini akan mengganggu syarikat berkembang secara khusus kepada ejen-ejen yang perlu bergerak untuk memberi service kepada pelanggan. Bagi Usahawan Opportunis yang berniaga tanpa masa depan mungkin tidak nampak, tetapi yang ingin membina legasi dan mengurus dengan baik agar produk yang baik ini terus kekal diberikan kepada masyarakat...maka soal ini soal besar.

14. Seolah-seolah hari ini Syarikat merayu kepada pelanggan mohon beri kepercayaan untuk menambah sedikit keuntungan yang hilang kesan krisis ekonomi yang melanda agar produk yang baik ini kekal terus dibekalkan, pakar-pakar nutirisi boleh terus membantu kita, ahli-ahli pemakanan dan para Doktor boleh bergerak dan membantu kita, kita semua boleh terus belajar dan belajar dengan kursus yang pelbagai untuk terus berkembang memberi service yang baik lalu membantu masyarakat dengan pengetahuan yang betul. Pelanggan-pelanggan kita hakikatnya yang menyumbang ke arah perkembangan kita semua dan hasilnya dikembalikan kepada mereka dalam pelbagai cara.

15. Harga baru ini akan berkuat kuasa 1/6/2016. Walaupun harga bakal dinaikkan, pihak syarikat akan berusaha dengan melakukan pelbagai pakej, promosi, aktiviti dan service agar kenaikan ini kurang dirasakan dan dirasakan wajar oleh pelanggan kita semua. Perkongsian ilmu berhubung diet dari Al-Quran yg akan ke udara di tv Al-Hijrah sebanyak 13 siri, dengan iklan pendek bertubi-tubi berhubung kesihatan di Tv Al-Hijrah selama 30 saat untuk memasyarakatkan seluruh rakyat malaysia dengan pemakanan dari Al-Quran yang menunjukkan kehebatan Rasulullah itu sendiri dan pelbagai lagi aktiviti pemasaran dan keilmuan yang akan dirasakan.
16. Segala sumbangan kita dinilai oleh Allah. Ada yang menyumbang dengan tenaga, ada dengan wang, ada dengan kepercayaan...dimanapun kita berada, para Malaikat tidak pernah terlepas pandang menghitung amalan kita semua. Semakin kukuh organisasi semakin banyak kebaikan boleh disumbangkan.

17. Terima kasih dan saya amat menghargai kepercayaan anda. Kejayaan hari ini adalah bangunan yang disusun batu-batanya oleh tuan cik puan semua sama ada pelanggan, ejen, Senior Ejen, Pengurus Ejen, Penyelaras Ejen, Staff masing-masing dan pihak HQ. Gandingan ini yang menjadikan binaan organisasi ini semakin megah. Jika bangunan ini mampu kita bina, sudah tidak menjadi kepayahan untuk membina bangunan yang lebih tinggi di masa hadapan.

Yang Benar
CEO OLIVE HOUSE
MUHAMMAD AIDIL AZWAL ZAINUDIN


Tempahan produk/pertanyaan
WhatsApp 0175750810 (Ustaz Zaki)
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!