Assalamu'alaikum doktor.
.
1) Ibu saya 74 tahun baru didiagnos diabetes. Bacaan fasting blood sugar antara 7 - 7.7 mmol/L. Doktor sarankan kawal pemakanan dahulu, tidak perlu ubat. Adakah sesuai untuk ibu saya makan pati Olive Oil (Olivie Plus 30x) yang high dose itu? Sebab, ibu saya tiada dapat hendak menelan pati minyak zaitun biasa(Turki). Berapa kali perlu ibu saya makan?
.
2) Umur saya 47 tahun. Fasting blood sugar saya jika 8 jam berpuasa antara 6.3 - 6.8 mmol/L. Jika 12 jam pula, 5.7 mmol/L. Kali terakhir saya cek pada bulan Februari 2016 lepas, bacaan 5 mmol/L sahaja. Bacaan HbA1c juga 5. Kenapa tiba-tiba, bacaan saya naik. Adakah ini disebabkan saya banyak makan makanan manis seperti coklat dalam sebulan dua ini? Adakah ini condition prediabetic? Produk Olive House yang manakah sesuai untuk saya doktor?
.
3) Dimanakah saya boleh mendapatkan diet plan yang bersesuaian untuk ibu saya dan juga untuk saya?
.
Sekian, terima kasih doktor. Mohon penjelasan.
.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
.
Wa’alaikumsalam.
.
1) Boleh amalkan Olivie Plus 30x sesudu kecil pagi dan malam. Amalkan juga ulam-ulaman pahit, jus kunyit dan jus peria.
.
2) Bacaan fasting blood glucose adalah tinggi sedikit namun bacaan HbA1c adalah normal. Tuan bolehlah elakkan pengambilan gula ringkas yang menyebabkan gula tuan naik dengan cepat. Coklat tentunya salah satu sebab. Sebab lain adalah nasi putih, gandum putih, minuman 3 in 1 dan pelbagai lagi makanan proses. Tuan boleh sembuh dengan mengubah amalan pemakanan seharian, insya Allah. Boleh amalkan minyak zaitun dan jus delima sebagai amalan harian dan buah teen atau kurma bagi menggantikan coklat.
.
3) Tuan boleh cuba baca mengenai paleo diet dan boleh cuba amalkan kerana ianya sangat sesuai untuk pesakit diabetes mahupun orang normal.
.
Sumber: Olive House Medic & Business.
More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810
www.QuranicFoods.com
0 comments:
Post a Comment