Tuesday, 26 July 2016

Soalan Pedih betis dan buah pinggang

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pedih Betis & Buah Pinggang):

Assalamu’alaikum doktor. Saya Mapuzah M.Wazir dan saya hendak bertanya kepada doctor, mengapakah betis dan pinggang saya selalu terasa pedih? Untuk pengetahuan doktor, saya tidak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh sekiranya berjalan jauh kerana betis saya akan sakit dan saya juga sering sakit pinggang. Apakah nama penyakit saya ini doctor? Saya juga tiada darah tinggi atau kencing manis, buah pinggang pun saya telah cek dan clear.  Apa rawatan dan ubat/makanan yang saya boleh amalkan? Umur saya 45 tahun dan mohon bantuan dari doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ini di namakan Sciatica yang berpunca akibat penyempitan saraf Sciatic yang berasal dari saraf tunjang di tulang belakang yang keluar dari tulang Lumbar yang seterusnya menyebabkan kepada sakit yang merebak apabila berlaku gerakan pada sendi peha. Rawatan bagi keadaan ini adalah melalui fisioterapi, kiropraktik dan juga akupuntur serta injeksi steroid bagi peringkat awal untuk mengurangkan radang pada bahagian saraf yang tersepit. Jika keadaan berterusan, rujukan kepada pakar ortopedik/tulang diperlukan bagi konsultansi dan keperluan pembedahan membuang bahagian yang menyempit pada tulang belakang (discectomy / laminectomy).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Puan Mapuzah, masalah puan mungkin berkaitan dengan salur darah atau saraf yang keluar dari tulang belakang dan membekali kedua-dua kaki. Adakah sebarang ujian telah dilakukan pada tulang belakang puan? Bagi melegakan gejala, puan boleh cuba berbekam dan amalkan Quranic Food yang mempunyai antioxidant yang tinggi. Buat permulaan, boleh cuba amalkan jus delima dan minyak zaitun extra virgin dahulu. Puan juga dinasihatkan ke klinik menjalani ujian bagi memastikan tiada masalah pada struktur tulang belakang. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan pada puan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

*Soalan ditanya dan dijawab semasa bulan Ramadhan lepas.

Sumber: Olive House Medic & Business
Layari: http://QuranicFoods.com
Blog www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!