Saturday, 21 January 2017

Bebas EXFORGE dengan amal Minyak Zaitun 30x ganda antioxidant

Alhamdulillah, masuk harini, sudah 85 hari bebas dari EXFORGE (10mg/160mg).

Apa itu EXFORGE? EXFORGE ni merupakan satu medication yang aku ambil sejak Februari 2016 sehingga 25 Oktober 2016. Merupakan kombinasi dua jenis ubat kedalam satu tablet iaitu amlodipine (10mg) dan valsartan (160mg). Ubat ini digunakan bagi merawat penyakit tekanan darah tinggi (hypertension). Side effect ubat ni tak yah cerita la. Nak tau boleh google sendiri.

Ya, diusia seawal 23 tahun aku sudah diserang penyakit darah tinggi yang kronik. Tanpa ubatan, tekanan darah aku pernah mencecah 240 systolic dan 180 diastolic. Pernah di-wad-kan 3 kali akibat degil tak nak makan ubat. Selepas itu akur dan menerima kenyataan.

Jangan nak kondem aku kata tak jaga makan, tak jaga badan, tak usaha kawal stress semua. BMI aku ideal. Tak boroi extreme (ada la sikit, tak layak disebut boroi lagi), lengan ada muscle lagi beb. Bersukan maintain sekurangnya 7 jam seminggu. Hensem lagi tu. Memang jejaka ideal. Pernah satu masa tu, aku jadi vegetarian lebih sebulan. Tetap tak menjadi. Full scan, beribu duit habis sebab nak detect punca tekanan darah yang tinggi. Doktor pun hairan tengok kes aku. Sampai akhirnya doktor pun surrender, dia bagi conclusion, Essential Hypertension. Maksudnya, hypertensi yang berpunca dari genetik. No cure.

Bermula dari 1 jenis ubat dos rendah, sehingga lah pada umur 24 tahun, doktor terpaksa prescribe dua jenis ubat adalat LA (30mg) dan micardis (80mg). Penghujung tahun 2015, ubat sedia ada yang diambil, tak dapat lagi mengawal tekanan darah. Putus harapan ketika tu dimana doktor terpaksa naikkan dose dan diberitahu, kemungkinan dalam masa 10 tahun, akan ada kesan sampingan kepada organ badan. Berkemungkinan akan ada kidney failure. 3 hari hidup tak tentu arah. Macam tak ada tujuan. Tapi selepas tu, muhasabah diri, dan Alhamdulillah, jumpa tujuan hidup. Aku nekadkan diri ini, dalam masa 10 tahun, aku mesti capai apa yang aku nak dalam hidup.

Langkah pertama aku ambil, berhenti dari kerja kerajaan. Seorang Pegawai Tadbir N41, tetap dan berpencen. Walaupun banyak konflik dalam diri, namun keputusan ni tetap diambil. Jawatan kerajaan ini lebih kepada menjaminkan kestabilan hidup dan income security. Kedua-dua ni bagi aku pada masa tu, adalah bukan prioriti. Aku bukan expect nak hidup lama pun. Hati ni dah sedia nak mati bila-bila masa. Kebetulan pula dapat offer dari luar.

Kemudian apa yang jadi seterusnya adalah sejarah. Malas nak tulis.

Sehinggalah bulan Oktober 2016, aku mula amalkan Minyak Zaitun Olivie (boleh rujuk gambar), katanya ada 30 kali lebih hydroxytyrosol & oleocanthal berbanding minyak zaitun lain. Tak tau la betul ke tak. Tapi tengok reference paper dalam booklet dia, agak saintifk dan meyakinkan. Aku ambil dua kali sehari, pagi dan malam. Beserta dengan bawang putih 2 ulas. Kunyah bawang putih tu. Mula-mula serius rasa nak muntah beb. Bau dengan rasa pedas dia, aku rasa kambing pun tak boleh tahan.

Sampai lah satu tahap, badan ni rasa semacam. Macam terlebih power. Ehem. Jadi beranikan diri, sehari stop ubat. Periksa tekanan darah, fuh, MashaAllah, normal wei. Tapi masa tu tak yakin lagi, mungkin lebihan EXFORGE ada dalam darah yang bagi kesan. Hari kedua, periksa lagi, memang normal wei. Sampai lah ke harini, aku stop terus ubat. Jimat duit dan keyakinan diri bertambah. Tak perlu ambil Dnars pun.

Begitulah perkongsiannya. Sememangnya kalau search pun khasiat Minyak Zaitun dan bawang putih ni memang dah terbukti. Clinical trial ja belum ada. Puluhan juta nak buat clinical trial ni. Kapitalis farmasi ja yang sanggup, itu pun dia akan patentkan dulu. Minyak zaitun nak patent apa jadah.

Jadi saranan kepada pesakit-pesakit tak yang tak tahu apa punca duk sakit tu, sebelum nak salahkan setan mahupun saka, cuba dulu pemakanan alami ni. Usaha kena ada. Dan yakin, setiap apa yang melanda ada rahsianya. Sabar dan berdoa. InshaAllah.

Di pengakhirannya, belanja sikit gambar minyak zaitun yang aku amalkan. Kedua-duanya dari Olive House. Nak beli yang kat supermarket tu, kurang confident. Biasala kapitalis nak buat duit, dia claim pure, cold press apa bala. Hakikatnya tak pun. Jadi berbelanjalah keatas apa yang kamu yakini. Yang penting buat study dulu, jangan membeli mengkhinzir blind.

Sekian coretan dari seorang jejaka tertawan yang punya harapan kembali.

p/s: Alhamdulillah stok minyak zaitun bulan februari ni disponsor ikhlas oleh Ustaz Rozi dan zaujah tercinta beliau. :D
.
More info atau tempahan produk Olive House
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!