*Soalan 125*
*Abdominal Aortic Aneurysm (AAA), Tekanan Darah Tinggi, Sembelit & Hematuria*
*Assalmualaikum untuk pesakit yang ada penyakit di atas, pemakanan bagaimanakah yang perlu dicadangkan dan bagaimana caranya?*
*Jawapan :*
*Aneurysm* ialah pembengkakan. *Abdominal Aortic Aneurysm ialah *Pembengkakan yang berlaku pada Aorta (iaitu Salur Darah Utama yang membawa Darah Beroksigen keluar daripada Jantung Manusia turun melalui Abdomen ke Seluruh bahagian badan yang lain)*.
Abdominal Aorta adalah Salur Darah Terbesar dalam tubuh badan dan saiznya pada kebiasaan ialah selebar 2cm iaitu lebih kurang saiz paip getah, tetapi ia boleh membengkak menjadi 5.5cm bagi kes AAA ini.
Jika Pembengkakan ini pecah, ia boleh mengakibatkan Pendarah Dalaman yang serius dan membahayakan termasuk Hematuria (air kencing berdarah).
Antara *Punca* berlakunya AAA ini tidak diketahui dengan jelas, tetapi antara Risiko yang harus berjaga-jaga ialah kepada *Perokok, Pesakit yang Bertekanan Darah Tinggi, Atherosclerosis iaitu Keradangan yang berlaku di Salur Darah Arteri akibat Penyumbatan Kolestrol, Kemalangan, Apa-apa Keradangan yang berlaku pada salur darah.
*Lifestyle & Natural Foods*
1. Elakkan dan kurangkan mengangkat benda-benda berat serta beraktiviti agak lasak.
2. Cuba tangani Stress dengan belajar kawal emosi agar tidak mengganggu Tekanan Darah anda.
3. *Tidak ada ubat khusus* untuk atasi AAA ini, hanya pesanan kepada pesakit : *Belajar menjaga salur darah anda agar sihat dengan Pemakanan Yang Sihat serta Emosi Terkawal.*
Pemakanan yang sihat, insyaAllah dapat bantu rawat & cegah situasi ini, dengan erti kata lain, makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan tubuh badan seharian.
Kurangkan makanan berdaging, tetapi boleh diganti dengan sumber ikan
Lebihkan pengambilan Buah-buahan dan Pelbagaikan Menu Sayur-sayuran untuk menggalakkan rasa ingin & suka menjamahnya
*Quranic Food*
*Minyak Zaitun*
1. *Hydroxytyrosol* bertindak sebagai Antioksida TerBAIK setakat hari ini dan *Anti Keradangan* juga, akan bantu rawat dan atasi Keradangan yang berlaku di salur darah.
2. *Oleocanthal* sebagai *Anti Keradangan*, bantu rawat & cegah keradangan di salur sarah akibat plak yang melekat, berlaku keradangan serta pecah.
3. *Omega 3 & 6* sebagai *Anti Keradangan* dan juga Lemak Yang Sihat sangat berperanan pada situasi ini.
Omega 3 & 6 juga berperanan kepada Kestabilan Hormon dan Emosi untuk atasi Stress.
4. *Steroid Organik* yang pelbagai sebagai rawat dan cegah keradangan di salur darah.
5. Melancarkan pembuangan najis dengan Serat dan Lambakan Lemak yang baik serta Mineral di dalamnya. Risiko kepada Sembelit berpanjangan ialah mengganggu Kestabilan Tekanan Darah.
*Jus & Pati Delima*
1. *Antioksida & Anti Keradangan* yang pelbagai akan bantu dalam situasi ini (Punicalagin, Asi Elagik, Flavonoids, Anthocyanin, Beta Carotene)
2. *Vitamin C & E* juga sangat berperanan kepada situasi ini dengan kajian yang dibuat mampu mengurangkan 54% risiko Penyumbatan & keradangan di Salur Darah.
3. *Tryptophan* dan *Mangan* akan bantu atasi Stress serta beri ketenangan.
4. *Lambakan Mineral dan Vitamin* juga turut membantu dalam situasi ini.
*Sari Cuka Teen*
1. *Lambakan Mineral* di dalmnya akan turut bantu dalam situasi ini (Kalsium, Magnesium, Potassium, Mangan, Zink)
2. *Asid Asetik Organik* akan bantu rawat dan atasi keradangan yang berlaku di salur darah serta Hematuria yang berlaku.
3. Kandungan Serat di dalamnya turut bantu kelancaran pembuangan najis.
Kurma, Serbuk Kayu Manis dan Madu akan melengkapkan lagi pemakanan yang sihat dengan kelebihan nutrisi yang pelbagai.
Rawatan luaran, boleh dibuat Bekam, Akupuntur.
*PALING UTAMA,*
*RAWATAN YANG TIADA BAYARAN ialah SOLAT DENGAN CARA TERBAIK.*
Berdiri tegak dan lakukan Rukun Fi'li (perbuatan) dengan posisi PALING CEMERLANG, samada ketika Ruku', Sujud & dalam keadaan Duduk.
*Solat adalah TERAPI TERBAIK* untuk Ujian Kesihatan yang Dia Datangkan ini.
Khusyu' dalam Solat serta mohonlah kesembuhan DariNya.
Dia Maha Menyembuh.
0 comments:
Post a Comment