Eh kenapa sejak dua menjak ni.. Kulit jadi kering..rambut selalu gugur, sakit kepala, sakit2 sendi..yang paling teruk..OH!! TIDAK..Dr kata hati saya bengkak
Back to study 90% penyakit tu datangnya daripada makanan.
Nak rawat penyakit perlu lihat kepada punca dan sebaik-baik cara merawat penyakit ialah melalui makanan juga.
Allah turut berfirman dalam surah Abasa ayat 24. Maka manusia itu perlu perhatikan apa yg dia makan.
Mungkin ada yg terambil lebih atau kurang. Emm樂樂
Bila di diagnos rupa-rupanya ini simtom terlebih *vitamin A* ni.
Flash back balik 5 tahun lepas, apa yg aku selalu makan ye..rasa-rasanya aku suka sangat makan telur, hati lembu, susu, cheese dan produk tenusu lain ditambah sayur dan buah.
*Tahukah anda?*
Selain sumber haiwan, vit A juga boleh diambil daripada sumber tumbuhan iaitu sayur dan buah-buahan yang kaya dengan beta kerotin. Cth: Lobak merah ,tomato, zaitun, delima.
Banyak manfaat Vit A ni sebenarnya, tapi kalau terlebih ambil ia akan memudaratkan semula tubuh badan kita. Pastikan ambil dengan kadar jumlah yang cukup.
Apa *fungsi vit A* ni tuk badan kita ya?
Vit A ni bersifat larut dalam lemak dan berfungsi sebagai:
antioksida
baik untuk penglihatan
baik untuk kulit
baik untuk sistem imuniti badan
*BE AWARE!!* jika diambil lebih, akan mengakibatkan toksin. Kalau terlalu kurang pula akan menyebabkan tanda-tanda seperti dibawah:
kulit menjadi kering
mata kabur, kering
selalu rasa sejuk
ulser dalam mulut
*Cadangan pemakanan*:
Daripada ambil sumber Vitamin A berlebihan, terutama dari sumber haiwan seperti telur kuning, hati, cheese, susu haiwan, lebih baik gantikan dengan sumber Beta Carotene daripada sayur dan buah-buahan.
Boleh juga diambil daripada *Pati Minyak Zaitun*. Minyak zaitun sangat kaya dengan Beta carotene (pro-vitamin A) membantu mencegah pembentukan katarak disamping kaya dengan antioksida , hydroxytyrosol, omega 3 dan 6, vit A, D, E, K yang mampu mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Bersederhanalah dalam setiap perkara. Nak sihat kena pelbagaikan pengambilan makanan seharian meliputi semua elemen dalam piramid makanan. Adanya karbohidrat, protein, lemak, bijirin kekacang, buah dan sayur, air yang cukup serta serat. InsyaAllah badan kita akan
"sama-sama amalkan gaya hidup Aafiyat "
0 comments:
Post a Comment