Sunday, 24 September 2017

Kualiti Minyak Zaitun Olive House

CERITA BENAR PENGALAMAN SAYA

Bertalu-talu persoalan diajukan kepada saya berkaitan Kualiti Produk Minyak Zaitun yang dipasarkan oleh Olive House.
Ianya susulan video yang viral mempertikaikan kononnya Olive House tidak memaparkan Kadar Asidity pada produk Minyak Zaitun yang dipasarkan, bahkan mereka mendakwa mungkin ejen juga Usahawan Olive House sendiri tidak ada maklumat berkaitan tajuk Asidity,
Hanya tahu berniaga sahaja...

Jawapan saya sepintas lalu kepada Tuan/Puan/Cik yang bijaksana (walaupun hakikat sebenar pada permulaannya saya tidak berhasrat) melayan mana-mana individu atau company yang berusaha membangunkan biz atau perniagaan mereka juga melariskan produk mereka  dengan memijak jasad biz orang lain dgn meremehkan produk lain tanpa fakta yg betul di masa yg sama  tiada usaha  membangunkan biz dan produk mereka  dengan keistimewaan juga kehebatan yang  benar- benar mereka miliki dan perolehi.

Begini,
Olive House adalah sebuah Organisasi biz yang amat memberikan penekanan berkaitan pembangunan dan budaya ilmu dikalangan ejen-ejen.
Mereka yang tidak berminat dengan budaya  ilmu di dalam perniagaan ini, saya optimis mereka tidak akan mampu bertahan di posisi ejen dalam biz Olive House ataupun mereka tidak akan melalui proses kemajuan dan pembangunan diri / biz bahkan akan berdiri kekal di tapak sama atau mungkin akan kembali undur ke belakang  seterusnya meninggalkan tapak biz ini.
Olive House amat serius membangunkan usahawan- usahawan dengan fakta dan ilmu yang tepat dalam merungkai setiap tajuk juga persoalan berkaitan produk dan lain-lain.

Usaha ini  turut dibantu dengan kehadiran ramai doktor perubatan moden yang menjadi Penasihat Rasmi dan juga tidak  rasmi,
dimana mereka sentiasa mengiringi perjalanan indah Olive House ini.
Nama-nama yang tidak asing lagi seperti Dr Salman, Dr Zubaidi , Dr Nizam dan lain-lain lagi.
Olive House juga menjadikan Prof Dr Mohamed Faidh iaitu seorang Pakar Nutrisi yang dikenali dunia dari Morocco sebagai Penasihat Rasmi perniagaan Olive House agar kami mampu bergerak dengan Amanah Ilmu dan Ketepatan Fakta terutama ilmu melibatkan Al Quran, Hadis serta Sains Perubatan Moden.

Dr Mohamed Faidh yang juga merupakan seorang Hafiz Al Quran telah mengisi beberapa slot ketika Olive House membawa beliau ke Malaysia pada tahun lepas.
InsyaAllah beliau akan datang kembali Di masa akan datang untuk berkongsi Segunung Ilmu Nutrisi berdasarkan Al Quran, Hadis juga Sains Pemakanan moden yang Allah SWT anugerahkan kepada beliau.

Untuk makluman Tuan/Cik/Puan juga,
Olive House sentiasa menyahut cabaran melahirkan usahawan-usahawan berilmu dengan pembentukan team-team sokongan usahawan seperti,
Mubassyir - mengkaji Quranic Food melalui neraca Al Quran dan Hadis.
Dipimpin oleh Imam Muda Arrazi.
Nutrisi - Dipimpin oleh Puan Nurshamimi Zulkefely yang gigih menjalankan kajian ilmiah secara tepat supaya pelanggan-pelanggan tidak tertipu dengan gimik-gimik melampau yang semakin tular dan menjadi 'trend' biz akhir-akhir ini.

Mua' lij - Dipimpin oleh Ust Shahidan B Ahmad.
Ejen- ejen Olive House yang terlibat aktif dalam perawatan arau Aktiviti Perubatan Alternatif  akan disatukan dalam team ini. Mereka turut dibantu bimbing  dari pihak ya g berpengalaman serta berautority supaya tidak lari dari displin Ilmu perubatan dan aturan perundangan negara yang sedia ada yg berhubung kait dengan perawatan alternatif termasuk perubatan tradisional.
Banyak lagi maklumat-maklumat lain yang ada dlm perniagaan Olive House ,di mana saya tak mampu untuk menulis kesemuanya di sini.

Baik..
Ilmu dan maklumat yang dikuasai oleh ejen- ejen Olive House  bukan sahaja melibatkan kadar  Asidity,Ini hanya tajuk kecil dalam keluarga usahawan Olive House, bahkan setiap persoalan Ilmu Nutrisi dan Produk dikupas dan diolah secara amat terperinci.
Istilah-istilah yang tidak asing lagi dalam perniagaan Olive House seperti Antioksida, Polyphenol, Hydroxytyrosol, Oleocanthal dan macam-macam lagi.
Anda  Tidak Percaya?
Mari sertai kami!
Anda akan melihat dunia ilmu yang Amat hebat melingkar depan belakang kiri dan kanan perjalanan biz ini..

Disebabkan antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan Acidity maka saya kongsikan,
APAKAH ITU ACIDITY' PATI  MINYAK ZAITUN ?
Acidity adalah antara penentuan kepada kualiti Minyak Zaitun.
Minyak Zaitun yang dilabel EVOO (Extra Virgin Olive Oil) mempunyai kadar asiditi di bawah 0.8 %.
Jika Acidity antara 0.9-2.0%, minyak ini di panggil Virgin Olive Oil.
Ramai yang bertanya kami, Mengapakah Minyak Zaitun keluaran Olive House tidak ditulis kadar asiditinya?

Jawapannya, kita tidak mampu menyakinkan paras asiditi yang sama pada minyak zaitun kerana kemungkinan ianya 0.5, boleh jadi 0.3 dan boleh jadi juga 0.1(paling terbaik). Semua ini bergantung pada beberapa faktor seperti geologi tanah, suhu, cuaca/iklim, jangka masa/waktu petik buah zaitun hingga ke proses perahan buah zaitun dan lain-lain lagi.
Jadi, itu adalah antara sebab kenapa kami tidak meletakkan kadar asiditinya.
Kalau ada yang meletakkan Nilai Acidity pada Botol / Kotak, dikhuatiri adanya proses tertentu dibuat untuk menyamaratakan Nilai Acidity itu pada Setiap pengeluaran.
Ini secara JELAS telah membuktikan Minyak Zaitun tersebut Sudah l Tidak Asli dan Bukan Gred A.
Hanya pembekal minyak zaitun dari Morocco yang boleh menentukan kadar asiditi Minyak Zaitun keluaran mereka iaitu 0.1 setakat ini kerana ladang yang diurus sendiri oleh mereka dan tempoh proses dari buah yang dipetik dan diperah tidak boleh melebihi 20minit.."
Kita faham dengan mudah, jika disebut Minyak Zaitun Extra Virgin, ianya sudah dianggap sebagai gred A kualitinya!.."

Oleh sebab itu, gred pada Minyak Zaitun akan jatuh apabila terdedah kepada cahaya dan kepanasan.
Selain itu, faktor tambahan apabila kandungan gas Oksigen tidak dikeluarkan dari botol sewaktu pembungkusan. Ini menyebabkan apabila diuji dalam tempoh yang lama dibotolkan, sesetengah khasiat yang diperlukan tubuh badan telah hilang. Jadi, alternatif lain telah diambil untuk memasukkan gas Nitrogen (singkir Oksigen) bagi menjamin khasiatnya supaya tidak hilang. Kaedah ini hanya digunakan pada produk keluaran Olive House sahaja dan kosnya juga agak tinggi.
Nama Proses ini ialah Nitrogen Filling.

Hakikatnya, kepada mereka yang ingin mendapatkan khasiat yang optimum dan terbaik pada pati Minyak Zaitun ini, perlulah dihabiskan pemakanannya dalam masa tidak kurang daripada 2 bulan.
Rasanya Cukup Kot Bagi Individu Yg Cerdik Dan Bijak...

Ust Mohd Zahir Ghazali
Penyelaras Ejen Olive House Malaysia
Rujukan CEO Olive House & Cikgu
Nurshamimi (Nutrisi Olive House)
.
More info atau ingin mendapatkan Barangan Olive House
www.oliveasli.blogspot.com
www.facebook.com/Quranicfoods
Wasap/sms
www.wasap.my/60175750810

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!