Untukmu Suhaimi
Siapa sangka ketumbuhan 4CM di otakmu suatu ketika dulu telah berlaku pengecutan di luar jangkaan doktor yang merawatmu. Kini 2CM
Siapa sangka hampir seluruh badanmu lumpuh, mulutmu herot percakapan tergagap-gagap dan paling menyedihkan doktor hanya menjangkakan kamu hanya dapat hidup dalam tempoh enam bulan sahaja.
Sayu hati dan sedih pilu melihat ibumu yang menangis setiap membawamu berjumpaku atau lewat berbicara di talian telefon.
Doa dan harapan sentiasa dipanjantkan agar Allah yang Maha Penyembuh dapat menyembuhkan penyakitmu asbab pengambilan quranic food dan rawatan radiotheraphy yang masih berjalan.
Aku telah berusaha sedaya mungkin membantu berdasarkan kebolehan yg Allah berikan kepadaku...Yang penting ku mahu lihat ibumu gembira.
Setelah agak lama menyepi kukira dirimu sudah djemput ilahi. Namun takdir mengatasi segalanya.
Suatu petang ibumu menelefonku katanya nak berjumpa. Cuma nada suara ibumu seakan-akan sedikit ceria. Lalu temujanji diatur.
Petang itu kamu dan ibumu datang. Terkejut beruk aku dibuatnya..Insan yg kulihat jalannya umpama orang OKU telah berubah 100% darjah..Tiada lagi jalan senget sebelah..tiada lagi herot di mulut...tiada lagi gagap pertuturan. Subhanallah..Keajaiban apakah ini..Sungguh di luar keprcayaanku..
Tidak lama kemudian ku terima jemputan yang kamu akan mendirikan rumah tangga. Al hamdulillah...syukur sangat2 pada Allah.
Semalam kamu datang bersama ibumu mengkhabarkan ketumbuhan itu telah mengecut kepada 2cm sehingga mengejutkan doktor yang merawatmu...begitu pantas kata doktor...biasa tidak macam ni...
Sesungguhnya Allah tidak turunkan penyakit melainkan turun bersamanya penawar.
Semoga dirimu sentiasa di dalam jagaan Allah dan aku doakan penyakitmu akan pulih sepenuhnya secepat mungkin.
#OPU
#OLIVIE30
Kredit to Ust Shahidan Ahmad
0 comments:
Post a Comment