AKU & KRISIS TURKEY DAN MUHAMMAD YUNUS GRAMEEN BANK
1. Saya membantu Olive House untuk mendapatkan produk dari Turkey kira-kira 7-8 tahun yang lalu. Masa itu mula berjinak dengan Turkey atas faktor partner dari Halab, Syria yang merupakan pembekal produk minyak zaitun pertama Olive House berpindah ke Turkey. Beliau dan rakan-rakan diberi perlindungan oleh Erdogan pada segenap sudut ketika Syria di ambang peperangan yang dahsyat. Dipuji oleh beliau sebagai orang luar, siapa itu Erdogan disamping menjawab kritikan politik ke atas beliau.
Masa itu saya baru mahu membuka mata mengenal Turkey. Partner saya ini memberi pilihan; “Jika mahu juga Minyak Zaitun dari Syria boleh dapatkan dari Antakia, Turkey kerana situ adalah sempadan terdekat dengan Syria dan dahulunya adalah Syria atau boleh juga dapatkan dari Turkey sendiri dan pastikan grade dan kualiti yang sama. Jangan percaya jika terdapat yang mengatakan boleh berikan kualiti yang bagus dari Syria kerana masa ini peperangan sangat dahsyat dan mustahil mempunyai fasiliti untuk menjaga kualiti minyak untuk export”. Panjang lebar beliau menjelaskan tentang intergriti perniagaan. Kami masih bersahabat sehingga sekarang.
2. Saya mengajak seorang sahabat temani saya ke Turkey untuk eksplorasi produk dari sana kerana beliau mempunyai teman belajar dari Turkey ketika beliau belajar di US. Temannya ini merupakan anak salah seorang billionaire Turkey dan seorang lagi temannya menjawat Timb. Menteri di Turkey. Asalnya beliau keberatan untuk pergi dan hanya mahu hubungkan saya dengan temannya. Faktor beliau tidak mahu ke sana sebagaimana bahasa beliau: “Turkey yang aku pergi dulu (10 tahun dulu) kalau mahu tahu Negaranya, bayangkan Malaysia zaman 80an dan cuba imaginasi lagi 10 tahun ke belakang”. Hahaha teruk gila bayangan. Setelah dipujuk beliau mengikut pergi juga. Sampai ke sana, beliau yang kuat mengkritik Turkey melopong melihat perubahan Turkey yang hampir tidak logik begitu ketara pada pembangunan, sosial, sistem, kecanggihan dan keindahan. Terdiam beliau sepanjang bersama saya.
Beliau membawa saya bertemu teman seuniversitinya bernama Hakan. Sahabat saya bertanya Hakan: Apa yang berlaku kepada Turkey sehingga sehebat ini? Hakan menjawab seumpama Chef terkenal yang mahu memasak hidangan mewah yang tersedia segala kelengkapan. Konfiden sungguh Hakan menggoreng perbicaraan dalam Bahasa Inggeris standart tinggi tapi dialek Turkey.
Antara point menarik Hakan menjadikan saya tidak lupa sehingga kini: “Erdogan satu manusia yang melaksanakan nilai Islam kepada masyarakat tanpa menyebut Islam, tetapi praktis terlaksana sebagai nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan. Sebagai contoh, beliau mencadangkan satu model penempatan Elit yang golongan ini mengadu penempatan sekarang bising, kotor, bahaya dan tidak selamat. Model dibuat oleh Erdogan kepada golongan Elit adalah kawasan penempatan tanpa arak, tanpa perjudian dan tanpa pusat hiburan. Model ini dibina bukan kerana kehendak Agama tetapi bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat. Apabila penempatan ini terbina, “sold out” dan sudah tiada isu bising, bahaya, kotor dan seumpamanya. Model ini ditiru untuk penempatan baru yang lain. Secara tidak langsung masyarakat yang digelar sekular mula mengkaji hikmah-hikmah kepada mana-mana ajaran Agama tanpa penolakan membuta tuli dan kebodohan menganalisa hikmah.
3. Tambah Hakan lagi: “Erdogan sudah bersedia untuk memacu ekonomi Turkey seawal beliau memegang kuasa. Bayangkan bangsa yang tidak kisah dengan bahasa bangsa lain dan kehidupan orang lain. Berjaya diubah untuk bermain dan menari dalam dunia ekonomi global secara terhormat”. Terkejut ketika itu apabila kilang-kilang di Turkey yang saya lawati diwajibkan untuk melengkapkan segala jenis certifikat, kelayakan, kualiti diperingkat antara-bangsa bahkan menepati “European Standart” yang sangat-sangat ketat. Hanyasanya Turkey tidak dimasukkan dalam kesatuan Eropah mungkin atas faktor politik. Alhamdulillah, Olive House berjaya mendapatkan grade produk berkualiti tinggi pada waktu tersebut dengan beberapa partner Turkey di sana. Perniagaan Olive House berjalan dengan baik hingga kini dan semakin berkembang hampir dua kali ganda setiap tahun.
4. Pengalaman berurusniaga bersama Turkey, terdapat beberapa kali wang bayaran Olive House dipulangkan oleh Bank Antarabangsa dengan alasan khuatir sumbangan kepada pengganas di Turkey. Semua boleh diatasi dengan baik selepas itu kerana ia benar-benar satu transaksi perniagaan. Mungkin sekadar mahu disusahkan kerana Negara ini bernama Turkey. Ada ketika terpaksa berurusan dengan beberapa Negara hanya untuk memastikan transaksi berjalan lancar. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang diperolehi dan pengetahuan yang takkan diperolehi dari mana-mana kelas hasil kejadian ini.
5. Apabila Turkey dilanda krisis, bohong jika dikatakan saya tidak terkesan. Ia sama perasaan apabila mendengar Negara Ummat Islam yang lain seumpama Palestin dan Syria ditimpa ujian. Hanya membezakan Turkey dengan lain mereka bersedia dengan permainan kotor dan pelbagai corak kejahatan dari pelbagai sudut. Walaupun begitu, ia satu ujian yang hebat buat Turkey di waktu ini. Turkey sedar dengan meningkatkan produktiviti Negara dan export, antara perkara yang perlu diberi perhatian jika Negara ditekan. Mereka membina hubungan baik dengan banyak Negara dan banyak Negara memberi kerjasama yang baik.
Seumpama Malaysia, Turkey mempunyai kerjasama dengan Malaysia, terdapat produk keluaran Turkey dikecualikan cukai oleh kerajaan Malaysia apabila masuk terjual di Malaysia. Begitu juga Turkey memberikan subsidi kepada bussinessman mereka sehingga 5% kepada produk yang diexport atas nama “Made in Turkey”. Di waktu ini currency Turkey yang agak merudum memberi sedikit keuntungan kepada Turkey kerana dahulu setiap 1 Dollar = 3 Lira pendapatan. Sekarang setiap 1 Dollar = 6 Lira. Dua kali ganda dari pendapatan biasa bagi setiap hasil pendapatan dari export yang dibuat. Walaupun ini bukan segalanya untuk menghadapi tekanan ekonomi buat Turkey tetapi peningkatan export buat Turkey dan ditambah pula Negara sekutunya menambah Import mereka bakal memberi kesan positif kepada Turkey. Hanya soal sedikit atau banyak.
Tetapi ada satu perkara yang memberi kesan secara besar hasil tindakan ini ialah, Rakyat Turkey melihat bahawa ramai yang bersama mereka ketika suasana mencabar ini. Sumbangan perasaan dari tindakan solidariti ini sangat besar buat siapa sahaja bernama manusia. Hatta kita peribadi dikala teruji dan tahu teman-teman sekeliling tidak mampu membantu banyak tetapi solidariti mereka untuk kita hadapi ujian getir merupakan sumbangan yang besar dan memperlihatkan keihklasan yang tinggi. Ini yang cuba dilakukan oleh Olive House untuk Turkey.
6. Selama Olive House berniaga bersama Turkey sudah lebih USD 7 juta nilai pasaran produk yang kita beri manfaat kepada Turkey. Bahkan Olive House tidak mengambil subsidi kerajaan Turkey tetapi kita bayar sebagaimana pihak lain secara kompetatif. Kita berjaya elakkan kerajaan Turkey dari memberi subsidi kepada pengilang mereka tetapi dalam masa sama produk kita tidak lebih mahal dari sepatutnya. Jika mahu jelaskan bab ini, satu tulisan lain perlu disediakan.
Olive House sangat berbangga berurus niaga dengan Turkey kerana kami tahu secara pasti hasil pendapatan mereka bukan hanya semata untk bangunkan Negara mereka tetapi juga untuk bantu Negara sekitar Ummat Islam. Kami tahu membantu mereka bererti membantu Ummat Islam lain secara tidak langsung. Hatta rakyat Malaysia tak terkecuali. Berapa ramai yang mendapat biasiswa penuh dari Turkey sehingga tamat pelajaran. Siapa yang mendapat pelaburan hebat di negeri-negeri di Malaysia dengan pelbagai projek besar dari kerajaan Turkey. Data-data ini terlalu banyak jika mahu kongsikan. Kita jarang mengetahui hero-hero yang tidak didendangkan berkerja keras untuk membangunkan Negara dan Ummat Islam tanpa kita ketahui. Turkey adalah salah satu hero tersebut.
7. Teringat ucapan Erdogan, jatuhnya Turkey adalah petanda kejatuhan total Negara Palestin. Begitu juga bagi musuh Islam jika mahu merampas Palestin, Turkey mesti dilumpuhkan terlebih dahulu. Mana mungkin kita sanggup melihat kiblat Pertama Ummat Islam, bumi Baginda Mikraj dan Mesjid utama ketiga Ummat Islam dibiarkan tidak terbela. Erdogan punya cara pelbagai untuk membantu mereka. Kita wajib membantu pemimpin yang mampu membela maruah Palestin. Ini juga solidariti buat Palestin.
Terkenang juga saya di ketika awal ingin berniaga bersama Palestin, mencari partner di sana dan berniat sebagai sumbangan kepada Palestin, tetapi ada beberapa cabaran yang menjadikan kita memilih strategi yang lebih besar. Apa cabaran tersebut;
- Tidak semua produk Palestin dari Palestin tetapi Israel. Data terakhir masa itu permainan Yahudi hanya berbaki 2 kilang sahaja yang menepati spec pengilangan yang menjadi milik Palestin. Lainnya habis proksi.
- Bagi yang milik Palestin, produk asal dari Palestin tetapi segala kelengkapan perlukan Israel untuk melengkapkan. Seumpama walaupun produk itu mendanai Palestin ia juga mendanai Isreal secara langsung.
- Produk yang dituai, mempunyai kapasiti yang kecil pertahun yang jika kita ambil bakal bertemu siling kapasiti mereka dalam 1-2 tahun disamping risiko apa sahaja boleh dilakukan oleh Israel.
Maka bantuan kepada mereka perlu dilakukan dengan cara yang lebih konsisten dan berkesan. Erdogan sangat pakar soal ini.
8. Mungkin sedikit terkesan kepada apa yang dilakukan Erdogan kepada dunia. Olive House sudah melebihi 3 tahun menjadikan aktiviti kebajikan hasil dari pendapatan keuntungan perniagaan disalurkan kepada masyarakat. Aktiviti yang tidak menggunakan logo Olive House atau apa sahaja berkaitan Olive House, hanya bermatlamat mencapai objektif kebajikan yang dilakukan. Sebahagian menamakan CSR, ada namakan aktiviti NGO, ada namakan aktiviti dakwah. Apa sekalipun namanya kesemua mereka bertujuan; menjadikan Negara dan masyarakat lebih baik untuk generasi yang akan datang.
Walaupun sumbangan tidak besar oleh Olive House dari hasil perniagaan produk Turkey, kadarnya tak kurang dari USD 7 juta mengikut nilai pasaran, selain menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan Turkey, Olive House juga mengambil sebahagian keuntungan syarikat untuk aktiviti kemasyarakatan yang tidak silap saya setahun tidak kurang RM 300k yang menjadikan Foundation Yunus sebagai aspirasi kepada aktiviti kebajikan ini. Alhamdulillah kelmarin saya berkesempatan bertemu dengan founder kepada Grameen Bank dan pengasas kepada Yunus Foundation (merupakan penerima anugerah Nobel) di UKM. Selepas program dengan bantuan Tan Sri Dr Norazlan Ghazaly kami bertemu dengan Muhamad Yunus di bilik Tan Sri. Hasil perbincangan singkat, kami diberi kesempatan untuk bertemu secara khusus bersama Muhammad Yunus di Bangladesh untuk membincangkan lebih detail bagaimana pendapatan syarikat dapat digerakkan dalam soal kebajikan dan menyelesaikan masalah masyarakat dengan lebih berkesan. Kami pun dah stuck walaupun ada sumber. Walaupun sedap berteori social business, praktis tidak semudah itu.
Aspirasi Olive House, Erdogan, Grameen rasanya semua sama, mereka bertindak mengikut naluri manusia memberi kembali kepada orang lain apa yang mampu diberikan. Hidup ini hanya persinggahan sahaja.
9. Di tika ini Turkey sedang ditekan, atas solidariti Turkey dan segala kebaikan yang mereka lakukan dan bakal lakukan. Saya memohon kepada kepimpinan Olive House untuk melaksanakan kempen “buyturkishproducts”. Kempen ini tidak tertakluk kepada produk Turkey yang terdapat di Olive House sahaja tetapi kepada apa sahaja produk Turkey yang terdapat di bumi Malaysia.
Alangkah indah jika Negara kita Malaysia dapat meletakkan polisi sementara; dahulukan apa sahaja import dari Turkey buat masa ini. Juga kempen melancong ke Turkey dipergiatkan untuk menjana pendapatan kepada Turkey. Perkara ini melampaui sentimen persaingan perniagaan, siapa sahaja mempunyai produk Turkey dan selaku rakyat Malaysia yang diberi kuasa memilih produk patut mendahulukan produk dari Turkey sebagai tanda solidariti kita. Walaupun sedikit bantuan, ia tetap dikira bantuan yang besar di sisi Allah.
10. Bukan itu sahaja, diperingkat Olive House kita akan himpunkan tandangan pelanggan-pelanggan dan juga gambar bersama produk dari Turkey lalu dihantar kepada Erdogan melalui kedutaan Turkey di Malaysia demi menunjukkan bahawa hati dan perasaan kita bersama mereka di kala kesusahan ini. Kempen ini sudah dimulakan sejak kelmarin lagi oleh para tentera Olive House kepada masyarakat.
Semoga sumbangan kecil ini sebagai tanda kesungguhan kita merasai apa yang dirasai saudara kita di Negara lain yang mana mereka ketika kuat, tidak pernah kedekut dan lokek untuk membantu kita. Sekarang masa kita pula untuk tunjukkan...
#buyturkishproducts
Muhammad Aidil Azwal Zainudin
1:05 petang
18 Ogos 2018
.
www.OliveAsli.blogspot.com
page www.facebook.com/QuranicFoods
www.facebook.com/OliveHouseAlorSetar
Bekam/Resdung/Facial Organic
www.facebook.com/BekamAlorSetar
.
booking 0175750810
0 comments:
Post a Comment