Sunday 25 August 2024

Inilah sebab Siput sedut race viral

 


Kisah di sebalik Race Siput sedut
Rezeki kerana Membantu!

ALLAH BERI REZEKI MELALUI SIPUT SEDUT.

Ada satu cerita ni, pasal seorang penjual yang rajin buat live di TikTok. Biasanya, yang tengok live dia tak ramai, dalam 4-5 orang je, tapi dia tetap steady buat live macam biasa.

Satu hari tu, masa dia tengah live, tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni datang nak jual siput sedut. Penjual ni sebenarnya tak tahu nak buat apa dengan siput tu, tapi sebab nak tolong, dia beli juga.

Lepas beli, dia letak je siput tu atas meja, sambung balik live macam biasa. Tapi, dia terlupa nak ikat plastik siput tu. Tengah syok bercakap dengan penonton, tiba-tiba orang komen, "Bang, siput merayap," "Bang, siput nak jatuh," dan "Bang, siput nak lari."

Dia pun cepat-cepat kutip balik siput tu, letak atas meja. Tapi lama-lama, dia perasan siput-siput tu macam tengah berlumba pulak atas meja. Yang tengok live tu mula excited bukan sebab produk yang dia jual, tapi sebab tengok siput-siput tu beraksi.

Dari situ, bermulalah "siput sedut race." Bayangkan, view live dia terus naik gila-gila, dari 4-5 orang sampai berpuluh ribu orang. Likes berjuta, gift berbentuk coin pun mencurah-curah, sampai ratusan ribu setiap kali dia live.

Moral cerita ni, bila kita ikhlas nak bantu orang, rezeki tu datang dengan cara yang kita tak jangka. Bukan sekadar dapat duit, tapi juga dalam bentuk lain macam kesihatan, ketenangan, atau peluang yang tak disangka.



#SiputSedut
#SiputSedutRace
#siputrace
#HomestaySungaiPetani
#HomestaySeriPerdanaSP
#homestaymalaysia

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!