Soalan Dari Pelanggan (Masalah Demam Denggi)
Assalamualaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit demam denggi dengan penggunaan Minyak Zaitun dan Sari Cuka Teen?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Untuk kes denggi, tingkatkan kekerapan pengambilan MZ. Mungkin 3 jam sekali sesudu besar dan Sari Cuka Tin(SCT) dijadikan minuman seharian. Terbaik berbanding minum minuman isotonik berkarbonat. Juga jangan lupa buat air daun betik, ambil sehelai daun betik tua, basuh, tumbuk lumat dan perah airnya. Kemudian, minum dicampur dengan madu sesudu kecil sehari sudah memadai. Untuk pengetahuan, IMR(Institute of Medical Research) telah jalankan kajian daun betik ini selama 3 tahun semenjak 2010, Jadi, wajarlah usaha mereka dihargai.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Demam denggi berpunca dari virus yang disebar melalui gigitan nyamuk. Masalah utamanya ialah pada darah yang pekat serta platelet yang rendah yang boleh membawa kepada pendarahan dalaman. Rawatan hospital hanya rawatan sokongan dengan memasukkan air ke dalam salur darah. MZ menguatkan salur darah mengelakkan pengeluaran air dan plasma dari dalam salur darah ke luar serta melemahkan virus yang menjadi punca demam denggi. Penghasilan platelet juga akan meningkat dengan pengambilan MZ serta SCT.
Sumber: Olive House Medic & Business.
www.facebook.com/QuranicFoods
0 comments:
Post a Comment