Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Air Kencing Tikus)
Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah MZ dan SCT dapat membantu penyakit air kencing tikus? Apakah puncanya? Adakah ia berjangkit dan membawa maut? Mohon pencerahan jika ada rawatan lain melalui herba dan sebagainya. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Ianya berpunca dari kuman yang terdapat pada kencing tikus. Simptomnya bermula dari demam di ikuti pendarahan paru-paru, jangkitan otak dan kerosakan buah pinggang. Rawatannya adalah pada langkah pencegahan, bersihkan kawasan yang di diami haiwan yang kotor, elakkan air yang bertakung serta amalkan Quranic Food bagi meningkatkan imun pertahanan badan.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Penyakit kencing tikus atau leptospirosis adalah penyakit yang berpunca dari jangkitan oleh kuman leptospirea yang ada dalam air kencing haiwan. Mengikut teorinya, semua aktiviti yang mendedahkan kita kepada air kencing haiwan ini akan memberikan risiko. Namun, hendaklah kita ingat, takkanlah Allah menghendaki kita menjauhi alam ciptaanNya dan menyusahkan kita untuk memastikan sama ada air kencing haiwan terdapat di persekitaran kita atau tidak.
Itulah konsep perubatan Barat yang mengelirukan. Sebenarnya, akibat sistem imun kita yang lemahlah yang menyebabkan kita terkena jangkitan ini. Sistem imun yang baik sepatutnya boleh melindungi kita. Semua Quranic Food mempunyai kesan meningkatkan sistem imun dan segala sayur-sayuran juga. Amalkanlah pemakanan yang betul ditambah Quranic Food, juga sentiasa mengharapkan perlindungan Allah maka kita akan terpelihara, insyaAllah.
Sumber: Olive House Medic & Business.
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
0 comments:
Post a Comment