PANDUAN ASAS Diagnos Penyakit Diagnos Penyakit Menggunakan Menggunakan Telapak Tangan Telapak Tanngan
Perubatan Islam merupakan suatu amalan perubatan yang cukup unik berbanding dengan amalan perubatan moden bahkan amalan-amalan perubatan tradisional yang lain. Berprinsipkan "al wiqaayatul khairun minal 'ilaj" perubatan Islam antara lain dapat mengenal pasti tanda-tanda atau simptom-simptom awal sebelum penyakit yang dihidapi menjadi semakin serius dan melarat. Ianya dapat dikesan menggunakan pelbagai kaedah samada melalui diagnos atau pengesanan menggunakan telapak tangan, melihat tanda-tanda pada lidah, mata dan sebagainya.
Pada kali ini saya akan menerangkan serba sedikit diagnos simptom penyakit menggunakan telapak tangan. Kaedah ini cukup mudah dan boleh dipraktikkan oleh sesiapa pun. Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti ialah :
1. Kuku berombak menunjukkan kandungan kolestrol bertambah dalam darah
2. Hujung jari melekuk menunjukkan tanda stress
3. Tanda putih pada pangkal jari tengah menunjukkan masalah jantung
4. Kuku berwarna gelap menunjukkan masalah diabetes. Semakin gelap warna kuku semakin kronik diabetes dihadapi
5. Tanda seperti bulan sabit pada pangkal kuku ibu jari menunjukkan terdapat masalah buah pinggang (yang berkerja teruk)
6. Tanda seperti bulan sabit pada pangkal kuku jari tengah menunjukkan masalah batu karang
7. Pangkal jari membengkak menunjukkan gangguan fungsi pada buah pinggang
8. Hujung jari merah menunjukkan masalah jantung
9. Ruas jari hitam menunjukkan masalah sembelit
10. Tanda atau garisan biru di sekitar tapak tangan menunjukkan tanda stress
11. Tanda atau garisan hijau di sekitar tapak tangan menunjukkan terdapat masalah dalam usus seperti gastrik dan sebagainya
12. Jari kelingking bengkok menunjukkan masalah saraf. Lihat juga pada jari kanan dan kiri kerana berkemungkinan ada kaitan dengan tulang belakang
13. Jari kelingking meruncing menunjukkan masalah kurang subur
14. Jari manis bengkok menunjukkan masalah kekurangan imunisasi dalam tubuh
15. Jari tengah bengkok menunjukkan masalah mudah gemuruh dan juga masalah jantung
16. Jari telunjuk bengkok menunjukkan gangguan pada usus
17. Ibu jari nipis menunjukkan masalah resdung
18. Semua jari bengkok menunjukkan masalah diabetes
19. Tapak tangan tiada elemen putih setelah diurut 2 atau 3 kali menunjukkan masalah angin dan darah tidak seimbang
20. Telapak tangan cengkung menunjukkan gangguan pada sistem pencernaan dan kurang zat
21. Telapak tangan tenggelam menunjukkan masalah kurang subur
22. Telapak tangan hitam menunjukkan timbunan toksin dalam usus
23. Garis pada tapak tangan berwarna hitam menunjukkan timbunan toksin dalam usus
24. Telapak tangan berpeluh menunjukkan jantung dan peparu tidak seimbang
Semoga maklumat yang diberi memberi manfaat kepada anda. Selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment