Soalan Dari Pelanggan (Masalah Demam Chikungunya)
Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah pemakanan Quranic Foods dapat mencegah penyakit demam chikungunya(sakit demam tulang) doktor? Apakah punca dan cara rawatan terbaik?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Demam Chikungunya adalah demam akibat dominasi virus chikungunya. Ia juga disebabkan oleh nyamuk aedes. Seperti semua serangan virus lain kita akan dapat menghadapinya dengan sistem imun yang kuat. Pengamalan Quranic Food memang meningkatkan sistem imun secara umum dan mencegah dominasi virus ini. Yang paling penting berlindunglah dengan Allah S.W.T. pada setiap masa kerana hanya Dia yang mempunyai ilmu tentang semua ciptaanNya. Wallahu a'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Chikungunya berpunca dari jangkitan virus yang disebarkan oleh nyamuk & di antara tandanya ialah demam serta sakit-sakit sendi yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan. Simptomnya menyamai demam denggi dan begitu juga rawatan yang ditawarkan hanyalah untuk menghilangkan symptom dan mengelakkan komplikasi. Kaedah utama menangani penyakit ini adalah pencegahan dengan menghapuskan habitat nyamuk. Olive oil direkodkan secara in-vitro mampu mengawal replikasi virus dengan memerangkapnya dari menyerang sel-sel tubuh.
Sumber: Olive House Medic & Business.
More info https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
0 comments:
Post a Comment