SOAL JAWAB
MASALAH JERAWAT TERUK DI SELURUH MUKA
27-01-2015
Soal Jawab dari PESAKIT
+Soalan : Assalammualaikum doktor.Saya ada masalah jerawat boleh dikatakan serious. Jerawat jenis yang bernanah dan sakit.Saya pernah berjumpa dengan Dr.Ko dan dia memberikan saya accutane.Saya makan selama 2 bulan dan semua jerawat hilang. Tetapi selepas sebulan saya berhenti accutane, jerawat keluar tanpa henti. Saya juga tidak boleh ketawa dan kalau buka mulut besar sangat pun sebab sakit.
Jerawat seluruh muka. Saya tak boleh duduk bawah matahari lama sangat, muka jadi gatal. Sekarang, saya telah berhenti semua penjagaan kulit. Saya hanya basuh guna air bersih dan letak madu dekat muka sebab hendak mengurangkan jerawat. Saya telah cuba buat bekam wajah. Tetapi mungkin baru kali pertama buat, tidak nampak apa-apa perubahan pun. Saya harap doctor boleh memberi nasihat tentang bagaimana untuk menyembuhkan semua jerawat . Adakah PMZ, SCT boleh membantu masalah saya?
Jawapan :
Waalaikumsalam. Accutane(isotretinoin) adalah satu dadah yang sangat kuat dan bahaya. Ianya hanya boleh diberikan oleh yang benar-benar pakar sahaja setelah mengambil kira keperluan pesakit. Ia adalah sejenis dadah yang kononnya menyerupai molekul vitamin A (13-cis-retinoic acid). Mekanisma tindakannya tidak diketahui (jangan terkejut). Tetapi keberkesanannya untuk jerawat sangat mengujakan lalu menyebabkan ubat ini diberikan kepada semakin ramai pesakit.
Apa yang berlaku kepada anda adalah sesuatu yang bagus kerana imuniti badan anda baik dan terus bekerja mengeluarkan toksin dari muka. Selama ini accutane telah merencat proses ini. Jerawat akan terus keluar sehingga habis semuanya. Apa yang anda boleh buat adalah mengambil antioxidant yang tinggi seperti minyak zaitun, pati delima, chia seed(benih chia) dengan dos tinggi dan boleh amalkan juicing setiap hari.
Elakkan makanan segera dan makanan proses. Jika boleh, hanya makan makanan raw sahaja. Insya Allah, jerawat itu takkan semakin teruk. Wallahu alam.
More info https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
0 comments:
Post a Comment