Thursday, 9 April 2015

Masalah Kencing Tak Sedar Tak puas - Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Tanpa Sedar+Tidak Puas):

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah cara untuk merawat masalah orang yang rasa hendak buang air sangat tetapi yang keluar hanya sedikit dan masalah lain juga untuk orang dewasa yang bermasalah buang air semasa tidur malam tanpa sedar. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Kencing tidak puas/lawas(BPH) bagi lelaki yang berumur merupakan simptom bagi benign prostate hyperplasia(BPH). Kelenjar prostate di pintu pundi kencing membengkak dan menghalang air kencing turun dengan lancar mengakibatkan ia sentiasa berbaki di dalam pundi kencing. Rawatan biasa ialah ubatan yang merendahkan kadar hormon lelaki seperti testosteron dan pembedahan melalui salur kencing bagi kes yang tidak sembuh dengan ubatan. Tiada kajian khusus berkenaan kesan PMZ atau SCT kepada BPH. Kajian herba yang dijalankan adalah pada ekstrak saw palmetto dan juga biji labu menunjukkan kesan yang positif.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Apabila rasa hendak buang air namun yang keluar hanyalah sedikit, kemungkinan pesakit menghadapi masalah otot pundi kencing yang terlalu aktif (overactive bladder) atau juga mungkin terdapat jangkitan salur kencing. Masalah ini patut berjumpa doktor kerana banyak faktor yang mempengaruhinya termasuk masalah stress, panik dan ibadah seharian juga patut diperbetulkan. Pengambilan kopi 3 dalam 1 atau pra-campuran juga menyumbang kepada masalah ini. Haruslah diingat, setiap manusia adalah berbeza dan mengikut genetiknya, dia akan bertindak balas dengan bahan-bahan kimia yang berlainan dan menghasilkan penyakit yang berlainan. Makanan al-Quran pasti membantu masalah terkencing sewaktu tidur, ia banyak perkaitannya dengan masalah psikologi dan lebih baik berjumpa perawat yang sepatutnya . Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!