Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Keguguran):
Assalammu'alaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai pemakanan MZ untuk orang yang kerap keguguran. Bagaimanakah pemakanannya dan adakah dapat membantu proses pemulihan selepas keguguran. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa'alaikumsalam. Recurrent abortion(keguguran) yang kerap ditakrifkan sebagai keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut sebelum bayi bernyawa (24 minggu ke atas) dan berlaku pada 1% pasangan yang berkahwin. Terdapat banyak punca bagi keguguran yang kerap, di antaranya ialah masalah rahim/uterus yang tidak normal pada bentuk dan fungsinya, masalah pada kromosom bayi, masalah hormon yang tidak stabil (nisbah estrogen : progesteron), masalah pembekuan darah (thrombophilia), masalah imun daya tahan badan seperti antiphospholipid syndrome, thyroid antibody, NK cell, HLA serta histocompatibility, masalah kilang telur/ovary dan jangkitan kuman pada salur peranakan. Dicadangkan agar pesakit merujuk pakar perbidanan dan amalkan pemakanan Quranic Food bagi memperbaiki sistem tubuh badan dari dalam.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Banyak faktor yang menyebabkan keguguran dan bukan setakat faktor isteri malah faktor suami. Rahim akan secara semulajadi menyingkirkan benih yang tidak menjadi sekiranya telur atau sperma yang tidak berkualiti telah bersenyawa, maka hasil senyawaan itu akan gagal berkembang baik dan rahim akan automatik menggugurkannya. Dalam kes sebegini, biasanya sperma yang bermasalah kerana sperma dihasilkan setiap masa oleh lelaki dan faktor-faktor seperti kepanasan, gelombang elektromagnetik, pemakanan akan menghasilkan sperma yang 'cacat'. Jika sperma dan telur yang sempurna bergabung, kadang-kadang implantasi ke dinding rahim gagal berlaku secara sempurna akibat dinding salur darah rahim yang sangat lemah. Ini biasanya akibat tabiat pemakanan ibu yang menghasilkan banyak radikal bebas yang memusnahkan kapilari. Nasihat saya agar makan makanan asli tanpa pemprosesan, makan ikut gaya Rasulullah S.A.W dan kuatkan bersangka baik dengan Allah S.W.T. Berbekam dapat mengurangkan radikal bebas seterusnya membaiki aliran darah. Wallahu a'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
0 comments:
Post a Comment