Soalan Dari Pelanggan (Masalah Perokok Tegar Berhenti Merokok):
Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya merupakan perokok tegar yang telah berhenti merokok hampir 8 bulan. Setelah berhenti merokok, saya mengalami pedih dibahagian dada dan saya juga mempunyai gastrik. Untuk pengetahuan doktor, terdapat pholips diluar hempedu saya dan kadang-kadang sukar bernafas serta sakit dibahagian urat belakang serta badan berangin. Apakah kesan kebaikan dan keburukan jikalau saya mengamalkan minyak zaitun Olive House ini? Mohon penerangan.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Alhamdulillah, tuan sudah memilih jalan yang diredhai Allah dengan berhenti memasukkan benda haram ke dalam tubuh yang diamanahkan Allah. Sesungguhnya bukan mudah untuk menempuh jalan ini. Sesungguhnya Allah telah memilih tuan. Percayalah setiap sakit dan rasa tak selesa yang tuan rasa pasti disertai dengan pengampunan Allah. Sekarang Allah menunjukkan pula jalan seterusnya untuk menjadi sihat dengan beramal dengan apa yang Allah sebutkan dalam al-Quran. Selama ini apabila tuan merokok, badan tuan telah menerima jumlah bahan kimia yang sangat banyak di samping dadah yang terdapat dalam rokok. Bahan-bahan ini banyak disimpan dalam tisu paru-paru dan juga organ-organ yang lain, jadi tuan tidak merasa apa-apa kerana paru-paru kita masih boleh berfungsi sehinggalah sampai satu tahap bila kerosakan sudah teruk. Jadi, bila tuan berhenti merokok, badan kita secara automatik akan menjanakan proses membuang toksin yang selama ini termendap di paru-paru sejak sekian lama. Maka proses ini akan menyebabkan pelbagai gejala yang tuan rasai.
Apapun, tahniah kerana encik berjaya berhenti merokok. Apabila berhenti merokok, badan akan mula membaiki semula sel-sel yang rosak di seluruh tubuh. Setiap orang, berlainan gejalanya. Encik sangat patut mengambil minyak zaitun dimulai dengan dos kecil dahulu (dalam sesudu, kemudian dinaikkan). Ambil juga madu bersama air tapis bersuhu bilik. Tidak ada keburukan langsung dalam pengambilan minyak zaitun kerana ianya satu bahan yang sangat diperlukan tubuh. pengambilan makanan proses yang mengandungi banyak lemak trans harus dihentikan. Makan sesemulajadi yang boleh. Elakkan pengambilan roti canai, teh tarik yang biasa digemari rakyat Malaysia. Encik juga sangat digalakkan berbekam bagi mempercepatkan kesembuhan. Alhamdulillah, semua nikmat hanya dari Allah. Minyak zaitun ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses pembuangan toksin dari tubuh. Ia melindungi usus, merangsang refleks rembesan hempedu, merangsang tindakbalas penyingkiran toksin. Bagi mempercepatkan lagi proses ini, tuan patut berbekam 2 minggu sekali untuk 3 kali yang pertama, kemudian boleh dijarakkan sebulan sekali. Amalkan juga al manna/Arabic Gum sebagai prebiotik untuk kesihatan usus dan ini akan mempercepatkan proses tersebut. Semoga Allah sentiasa bersama-sama tuan dalam usaha murni ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Wallahu a'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
more info www.facebook.com/QuranicFoods
whatsapp 0175750810
0 comments:
Post a Comment