Soalan Dari Pelanggan (Masalah Uluran+Angin Pepasang):
Assalamualaikum doktor. Mohon pencerahan dari doktor, pelanggan berumur 59 tahun mempunyai masalah sakit uluran (angin pepasang). Sakit sejak 15 tahun dan sekarang ini menghidapi maslah gastrik pula. Sakit gastrik datang sekali-sekala. Bagaimanakah cara pengamalan dan rawatan melalui Quranic Food?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Angin pasang adalah keadaan di mana terdapat kemasukan tisu yang ada di abdomen ke kanal inguinal. Ini adalah akibat lemahnya otot dinding yang menutupi kanal inguinal tersebut. Secara klinikalnya, kita dapat melihat benjolan di bahagian atas dari skrotum. Benjolan ini mulanya boleh dimasukkan semula dan sekiranya keadaan ini berterusan, benjolan ini akan mengeras dan sakit dan ini kemungkinan berlaku strangulasi. Dalam kebanyakan kes, pembedahan dilakukan untuk menguatkan otot tersebut. Merawat masalah ini secara alami adalah sedikit sukar dan memerlukan masa yang panjang. Insya Allah pengamalan Quranic Food dengan kekerapan yang lebih tinggi akan membantu keadaan dan mengelakkan komplikasi. Banyakkan berzikir sambil memasukkan semula benjolan dengan menyebut nama Allah Ya Matin. Elakkan sembelit dan mengangkat barang yang berat. Secara psikologinya pesakit hernia dikaitkan dengan mempunyai beban hidup yang berat dan masalah dalam perhubungan. Sekiranya ini benar, hendaklah mencari jalan untuk membaiki keadaan ini. Istiqamah dalam berusaha, insya Allah bantuan Allah pasti tiba.
Sumber: Olive House Medic & Business.
www.QuranicFoods.com
www.facebook.com/QuranicFoods
whatsapp 0175750810
#OasisLife
0 comments:
Post a Comment