Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit ITP+Autoimun):
Assalamualaikum doktor. Saya Puan Saidatul dari Selayang, Selangor dan ingin bertanya tentang masalah sakit adik saya ini. Doktor sahkan, dia telah menghidapi penyakit ITP (autoimun). Antara ubat yang diberi cuma steroid dan platlet darah adik adalah 5. Saya nasihatkan dia untuk mengambil kurma, madu, dan buah-buahan. Alhamdulillah, naik cuma 2 sahaja dalam tempoh beberapa hari. Sekarang, bacaan pletletnya baru 9 dan masih dikira kritikal. Saya hendak bertanya, jika ada rawatan sunnah yang sesuai untuk penyakit adik saya ini. Adakah Quranic Food juga dapat membantu?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Penyakit ITP(Idiopathic/Immune Thrombocytopenic Purpura) adalah penyakit yang tidak diketahui sebabnya sejak dulu lagi namun saya dengan kuat berasa yakin yang ia adalah kesan dari bahan kimia sintetik yang digunakan seharian sama ada dalam makanan atau bahan pencuci harian. Dalam penyakit ini sistem imun tubuh menyerang dan memusnahkan sel platelet (sejenis sel darah putih) sendiri kerana mengesan terdapat antigen di atas permukaan platelet itu. Pengambilan steroid sebenarnya adalah bukan rawatan tetapi sebagai cara memberhentikan sistem imun dari menyerang platelet. Saya amat berharap agar pesakit ini dapat terus diberi Quranic Food secara konsisten dan diberhentikan dari memakan makanan proses 100% mulai sekarang. Proses kesembuhan akan menjadi cepat. Amalkan juga meminum jus setiap hari (jus yang diperah sendiri terutamanya jus lobak merah atau jus sayur-sayuran). Setiap penyakit ada ubatnya dan Islam adalah jalan keluar bagi semua masalah. Wallahu a'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
more info www.facebook.com/QuranicFoods
www.QuranicFoods.com
Whatsapp 0175750810
0 comments:
Post a Comment