Monday, 21 September 2015

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit VERTIGO)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit VERTIGO):
 
Assalamualaikum doktor.  Saya hanya hendak bertanyakan tentang penyakit "VERTIGO" memandangkan saya ada di diagnosis mengidap VERTIGO ini dengan simptom pening kepala, ketidakseimbangan badan, fikiran terasa kebingungan dan kegelisahan/panik yang melanda secara tiba-tiba. Adakah MZ dan produk OH lain boleh membantu menangani penyakit VERTIGO ini. Terima kasih.
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Vertigo berpunca sama ada dari saraf vestibular yang bersambung dengan telinga ataupun masalah pada serebelum/pangkal otak. Vertigo datang dalam bentuk perasaan keadaan sekeliling berpusing dan biasanya akan berhenti sendiri dalam masa beberapa minit. Simptomnya lebih teruk dan lama jika melibatkan masalah pangkal otak (cerebellar abscess, tumour). Pemeriksaan CT scan akan dibuat jika vertigo tersebut dijangka berpunca dari pangkal otak. Jika vertigo berpunca dari saraf keseimbangan telinga, kebiasaannya ubat Betahistine yang memperbaiki perjalanan darah ke organ tersebut akan diberi oleh doktor. Pesakit juga akan dirujuk kepada fisioterapi untuk vestibular rehabilitation. MZ sangat membantu bagi mengurangkan radang saraf vestibular seterusnya mengurangkan serangan vertigo.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
 
Wa’alaikumsalam. Vertigo merujuk kepada keadaan pesakit merasa seakan-akan alam sekelilingnya berpusing ataupun dia yang berpusing. Ianya biasanya disebabkan oleh penyakit yang berkenaan dengan bahagian telinga dalam di mana terdapat organ salur separuh bulat dan vestibule yang menjaga keseimbangan. Ianya boleh disebabkan jangkitan, gangguan saraf atau gangguan hormone-hormon seperti asetilkolin, GABA, dopamin, histamine dan serotonin. Minyak zaitun boleh membantu dan anda patut berbekam untuk kembalikan keseimbangan tubuh dan menjaga makanan seharian. Elakkan penggunaan shampoo biasa dan mandian biasa, gantikan dengan yang alami seperti soapnut, jenama Moogoo, atau lain-lain jenama organik yang lain tanpa SLS, ALS, phalates,glycol dan paraben. Wallahu A'lam.
 
Sumber: Olive House Medic & Business

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!