-Mimi De Olivia-
28-9-2015
Istimewanya wanita yang Allah SWT jadikan di atas muka bumi ini yang utamanya memiliki rahim pada tubuh badannya. Inilah ‘rumah’ kita semua selama tempoh masa 40 minggu. Jika lahir tidak cukup bulan, kuranglah sedikit minggunya. Keistimewaan rahim ini sebagai tempat pembesaran janin setelah persenyawaan antara sel pembiakan lelaki dan wanita dan tempoh masa kita semua pernah ‘menempatinya’ telah Allah SWT rakamkan dalam Surah Al Mursaalat, ayat 21-23.
Masalah Fibroid yang berlaku pada dinding Rahim wanita, khususnya lapisan otot terjadi kepada kira-kira 20-50% wanita. Sejenis ketumbuhan yang terdiri daripada pelbagai saiz, dari sekecil kacang hingga sebesar buah tembikai. Sekurang-kurangnya satu fibroid akan tumbuh pada wanita dan kebanyakkan mereka tidak pernah menyedari akan wujudnya ketumbuhan ini. 99% daripada kes fibroid ini, bukanlah jenis kanser. Anda mungkin akan merasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis, sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang, masalah pendarahan yang abnormal seperti kitaran haid yang panjang atau darah haid yang terlalu banyak dan juga kesakitan semasa hubungan kelamin suami isteri.
Sehingga kini, tiada kajian atau bukti-bukti yang jelas menunjukkan punca sebenar kepada terjadinya fibroid ini pada rahim wanita. Ketumbuhan fibroid ini berkaitan juga dengan paras hormon Estrogen dan Progestron yang tidak seimbang dalam badan wanita. Daripada pendapat beberapa AHLI dalam perubatan dan perawatan mengatakan antara faktor yang mempengaruhi berlakunya fibroid adalah lambakan Estrogen sintetik dalam badan iaitu Xenoesetrogen. Xeno bermaksud asing. Xenoestrogen bermaksud hormon estrogen asing, iaitu yang bukan dihasilkan oleh badan dan adalah sintetik.
Xenoestrogen terdapat di sekeliling kita, umpamanya dalam alatan solek seperti gincu bibir, bedak, krim pencerah muka, dalam air yang diminum, mandi dan mencuci, dalam racun serangga, dalam barangan plastik mengisi makanan atau meletakkan makanan, dalam makanan seperti soya, keju, susu, daging yang disuntik ubat hormon tumbesaran, ais krim, dalam pencuci dan pewangi baju dan sebagainya. Pendedahan harian diri kita kepada semua bahan ini, tanpa kita sedar telah meninggikan paras hormon Estrogen dalam badan kita sepanjang masa dan sangat sukar disingkirkan melalui hati. Hal ini terjadi kerana sistem semulajadi badan manusia hanya dapat mengenal dan memproses makanan atau bahan yang semulajadi, tanpa campuran bahan kimia asing. Tambahan pula, dengan lambakan estrogen sintetik ini dalam badan, maklumat dari otak ke ovari untuk menghasilkan estrogen asli tidak akan berlaku.
Selain itu, faktor Obesiti atau berat badan berlebihan juga turut merangsang kenaikan paras hormon Estrogen dalam badan. Apabila situasi ini berlaku, ia akan merangsang pertumbuhan Fibroid samada di dalam rahim atau di luar rahim dan juga pada lapisan otot rahim.
Alhamdulillah, kelebihan dan manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ ( Zaitun, Delima, Anggur, Kurma & Teen) yang Allah SWT telah rakamkan dalam Al Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 sangat membantu dalam proses merawat masalah fibroid ini. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al Quran. Malahan dalam Hadis-Hadis Soheh juga turut dinukilkan 5 Makhluk Allah ini.
Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkanNya dalam mukjizat hebat ummat Nabi Muhammad iaitu Al Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk Fibroid. Umpamanya Zaitun. Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak melindungi sel-sel badan manusia daripada kesan tindakan Radikal Bebas berpunca daripada bahan-bahan kimia sekeliling kita termasuk dalam udara, makanan dan sebagainya. Contoh Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’. Banyak kajian yang dibuat mengatakan bahawa dengan meminum Teh Hijau dapat membantu rawat masalah Fibroid. Hakikatnya, khasiat dan tindakan ‘Hydroxtyrosol’ adalah 15 kali ganda daripada Teh Hijau! ‘Hydroxytyrosol’ baru sahaja ditemui dan dikaji kehebatannya beberapa tahun kebelakangan ini. Zarahnya yang sangat halus dan keupayaannya yang mampu meresapi ke lapisan saluran darah di otak begitu terkedepan berbanding antioksida-antioksida yang wujud hari ini. ‘Hydroxytyrosol’ ini diperoleh daripada buah Zaitun yang muda iaitu berwarna Hijau dan juga terdapat di bahagian daun Pohon Zaitun. Selain tindakan sebagai Antioksida, ‘Hydroxytyrosol’ juga bertindak merawat dan menyah Estrogen Sintetik dari organ Hati.
‘Oleuropein’ juga merupakan sejenis Antioksida dan Anti Keradangan yang terdapat dalam dalam Minyak Zaitun Olive House yang khasiatnya adalah 400 kali ganda berbanding Vitamin C! Diperolehi daripada buah Zaitun yang Hijau yang turut membantu rawat dan mencegah Fibroid.
Khasiat Asid Lemak Yang Perlu iaitu Omega 3 & 6 yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House bertindak sebagai komponen UTAMA menstabilkan hormon dalam tubuh badan pesakit Fibroid dan juga bertindak sebagai anti keradangan, merawat keradangan yang berlaku pada rahim. Omega 3 ini juga membantu rawat masalah obesiti yang mempengaruhi ketumbuhan Fibroid. Selain itu, ‘Beta Carotene’ juga terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House yang diperlehi daripada buah Zaitun yang berwarna oren kemerahan. Khasiat ‘Beta Carotene’ ini ialah mampu menurunkan paras hormon Estrogen yang tinggi dalam tubuh badan pesakit Fibroid.
Olive House juga ada mengeluarkan Jus Delima daripada Azerbaijan, merupakan negara yang memiliki tanah yang TERBAIK untuk penanaman Buah Delima. Jus Delima keluaran Olive House ialah 100% delima dengan teknik perahan yang lembut ibarat memerah sendiri dengan tangan, demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida di dalamnya seperti Asid Ellagik dan Punicalagin membantu mengecutkan Fibroid yang tumbuh di rahim manakala Flavonoid pula memelihara fungsi hormon Estrogen asli di dalam badan wanita. Flavonoid ini bukan sahaja bertindak sebagai Antioksida, malahan ia juga sebagai Anti Keradangan, membantu rawat keradangan yang berlaku di rahim wanita akibat ketumbuhan Fibroid.
Saya sangat menggalakkan para pesakit Fibroid menSINERGI pengambilan Jus Delima ini bersama-sama Minyak Zaitun bertepatan dengan Ayat Al Quran, Surah Al An’am ayat 141, di mana Allah meletakkan Buah Zaitun dan Delima bersama-sama dalam satu ayat. Buah Zaitun yang ‘sama warna dan daunnya’ yang dinukilkan dalam ayat ini, boleh saya huraikan sedikit daripada sudut khasiatnya. Khasiat Antioksida yang namanya Anthocyanin, Flavonoid dan Beta Carotene terdapat dalam kedua-dua buah Zaitun dan Delima. Hakikat persamaan ini sangat ketara yang memberikan warna oren kemerahan pada kedua-dua buah, tetapi yang dirakamkan juga dalam ayat 141, Surah Al An’am ini ialah ‘tidak bersamaan rasanya’. Sudah tentu rasa dan KHASIATnya ada perbezaan, umpamanya dari segi kemampuan Asid Ellagik meresap ke dalam salur darah dalam badan manusia dan nilainya apabila diuji kandungan air kencing.
Perbezaan yang ketara daripada segi nilainya yang sedikit rendah, berbanding tindakan Antioksida Hydroxytyrosol dalam buah Zaitun yang diiktiraf sebagai Antioksida TERBAIK. Hydroxytyrosol mampu meresap dengan cepat bukan sahaja ke saluran darah di otak, malahan ke seluruh badan termasuk di bahagian usus. Nilai yang dicatatkan apabila dibuat ujian ke atas air kencing pesakit, mencatatkan nilai yang lebih tinggi berbanding Asid Ellagik.
Namun, harus kita sama-sama insafi bahawa perbezaan ini bukanlah bertujuan untuk dibanding-bandingkan, tetapi harus kita SINERGIkan kedua-duanya kerana selain dapat menampung antara satu sama lain, masih banyak juga lagi khasiat vitamin dan mineral yang ada dalam buah Delima, tetapi tiada dalam buah Zaitun. Contohnya, khasiat mineral Selenium yang sangat bagus diamalkan oleh pesakit Fibroid kerana dapat mengecilkan saiz ketumbuhan dan melancarkan fungsi organ Hati mengkumuhkan Estrogen Sintetik dan toksid lain. Kelebihan Selenium ini selain daripada sejenis mineral, tindakannya dalam badan manusia juga tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai Antioksida kerana hampir menyamai fungsi Antioksida pada tubuh badan manusia.
Vitamin B Kompleks, Choline, Vitamin B5 dan Vitamin C yang ada dalam Jus Delima yang tinggi nilainya juga membantu melancarkan fungsi organ Hati menyingkirkan Estogen Sintetik.
Kelebihan lain yang ada dalam Jus Delima Olive House ialah protein yang namanya Serine. Serine berperanan dalam penghasilan Serotonin iaitu sejenis ‘Neurotrasmitter’ yang membawa isyarat saraf dari otak untuk ditafsir dan ke seluruh anggota badan untuk bertindak. Dalam situasi Fibroid, Serine akan membantu rawat keadaan yang cemas, stress dan sukar tidur. Lebih mudah dikatakan, memberi ketenangan emosi.
Sari Cuka Buah Teen juga sangat disarankan SINERGI bersama-sama Jus Delima dan Pati Minyak Zaitun. Khasiat Asid Asetik Organik dan mineral Potassium Sari Cuka Teen Olive House ini sangat bagus membantu mengecilkan saiz Fibroid dan melancarkan fungsi organ Hati serta merawat masalah Obesiti. Buah Teen yang penanamannya secara Organik, diperam dalam tong Kayu yang juga menyumbang kepada TINGGInya nilai khasiat yang ada dalam Sari Cuka Teen Olive House ini. Keistimewaan yang ada dalamnya ialah Cuka Buah Teen yang terhasil dari penapaian dalam tong kayau TIDAK ditapis atau dikenakan pemanasan menyebabkan ‘MOTHER’ dalamnya kekal terpelihara dan berkualiti tinggi.
Akhir sekali, suka saya ingin cadangkan juga kepada pesakit Fibroid, pergi buat rawatan Berbekam untuk membantu rawat masalah ketumbuhan ini. Pastinya kesembuhan yang segera, insyaAllah dengan pengamalan ‘Quranic Food’ yang kategori ‘Functional Food’ daripada Olive House bersama rawatan sunnah Berbekam, untuk masalah Fibroids.
Wallahua’lam.
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810
www.facebook.com/QuranicFoods
Kalau sari cuka teen campur delima kan jadi air detox utk buat toxic kan..apa lagi khasiat diye ye?
ReplyDelete