Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kebas Tangan Kiri & Kanan):
Assalamualaikum doktor. Saya hendak bertanya, untuk sakit kebas tangan bolehkah diubati dengan minum olive oil ini? Saya mengalami kebas sangat di bahagian tangan kiri dan kanan, tetapi bacaan gula saya tidaklah tinggi sangat cuma 7 sahaja. Terima kasih.
*Ini merupakan soalan yang dikemukakan oleh seorang pelanggan Olive House di Ipoh, Perak.
Mohon bantuan doktor untuk penjelasan.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Kebas tangan mungkin berpunca dari Carpal Tunnel syndrome yang berlaku akibat penghimpitan saraf tangan pada bahagian pergelangan tangan. Sila rujuk kepada pakar ortopedik/tulang untuk rawatan lanjut.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Kebas bahagian tangan berkemungkinan akibat saraf yang terhimpit atau mungkin juga akibat gangguan bekalan darah ke kawasan itu. Ini boleh dibantu dengan pengambilan minyak zaitun extra virgin dan olivie 30 secara istiqamah. Amalkan juga jus delima setiap hari. Banyakkan aktiviti bersenam regangan ke atas tangan. Banyakkan solat sunat setiap hari dan tambah aktiviti zikir. Insya Allah, semoga Allah beri kesembuhan.
Sumber: Olive House Medic & Business.
FB.com/QuranicFoods
WhatsApp 0175750810
0 comments:
Post a Comment