*Gegata/Hives/Urticaria*
*Biasanya alami gatal-gatal yang teruk pada waktu tengah malam.*
*Setakat ini, tiada masalah kesihatan yang lain.*
*Mohon cadangan, Terima Kasih.*
*Gegata* ini berlaku kemerah-merahan pada kulit, gatal-gatal, kebengkakan (*KERADANGAN*) serta adakalanya rasa panas membahang apabila tindak balas sistem imuniti badan kepada keadaan sekeliling (Allergic Reaction) dengan membebaskan protein namanya *Histamin* ,
Berkemungkinan berpunca oleh sesetengah ubat-ubatan, gigitan serangga, makanan, suhu sekeliling yang terlalu panas atau sejuk.
1. Boleh cuba Letakkan Ais yang dibaluti dengan kain pada bahagian yang terkena Gegata selama 10 minit dengan kadar 3-4x sehari.
2. Pakai pakaian yang tidak terlalu ketat agar pengudaraan dapat berlaku dengan baik, tambahan pula dengan cuaca sekarang ini.
3. Cuba tangani Stress dengan belajar kawal emosi. Ini kerana, Gegata akan menjadi lebih teruk dalam tubuh badan yang emosinya tidak tenteram.
4. Pemakanan Harian harus mengelakkan makanan yang menerukkan lagi Keradangan (Lihat Gambar Rajah yang dilampirkan)
Pemakanan yang sihat, insyaAllah dapat bantu rawat & cegah situasi ini, dengan erti kata lain, makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan tubuh badan seharian.
Kurangkan makanan berdaging, tetapi boleh diganti dengan sumber ikan. (Ikan kembung kaya nilai Omega 3 & 6 selain Ikan Salmon).
Lebihkan pengambilan Buah-buahan dan Pelbagaikan Menu Sayur-sayuran dan dari pelbagai warna untuk menggalakkan rasa ingin & suka menjamahnya.
(Rujuk Soal Jawab yang berkaitan dengan atasi keradangan).
.
More Info www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranucFoods
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
0 comments:
Post a Comment