Wednesday, 15 November 2017

Apakah Olivie 30x Plus : Surat Professor Joyeux

Terjemahan dari The Letter of Professor Joyeux:

MINYAK YANG PALING BERKESAN UNTUK KESIHATAN:

Semasa saya kecil, abang dan kakak saya selalu menemani ayah kami yang berasal dari Cevennes, berhampiran Uzes di Gard (Selatan Perancis), bagi mendapatkan minyak zaitun untuk keluarga. Minyak zaitun itu mempunyai warna hijau yang indah dan apabila ia mengalir ke atas salad/asparagus hingga titisan terakhir warna keemasannya, kami membuatkan minyak zaitun itu rasa gembira di istana perisanya. Ayah tidak mengetahui kebaikan mengenai minyak zaitun bagi kesihatan semua.


Minyak zaitun secara umumnya digunakan sebagai sumber utama pengambilan lemak dalam diet Mediterranean yang selalu dikaitkan dengan keju kambing/biri-biri. Kajian mengenai amalan pemakanan minyak zaitun yang diamalkan dalam ‘Mediterranean diet’ menunjukkan hasil yang positif untuk kesihatan di mana mereka kurang terdedah kepada penyakit dan minyak zaitun yang terbaik adalah minyak zaitun yang tidak ditapis.


Saya memberi tumpuan kepada polifenol, iaitu khazanah yang ditemui di dalam minyak zaitun dan berterima kasih kepada kemajuan dalam teknik analisis bagi mengetahui pelbagai komponen yang terdapat di dalam minyak zaitun kerana membolehkan kita untuk memahami dan memilih kualiti terbaik berasaskan kaedah perahan/ekstrak, cara budaya dan geografi.


Saya dijemput oleh rakan saya dari Fez, Dekan Fakulti Sains, Profesor Benlemlih untuk membuat prakata buku saintifik beliau yang cemerlang. Dengan itu saya memilih untuk melihat sendiri kebun zaitun di kawasan berbatu dan kasar di Morocco, Atlas.


Pokok zaitunnya ditanam di tanah berbatu, zon bebas pencemaran, dan zon bebas industri, di mana hampir tidak ada hujan. Tekanan haba melebihi suhu 50°C pada musim panas menjelaskan terhasilnya jumlah antioksidan (polifenol) yang luar biasa tinggi untuk membela dirinya. Kepekatan jumlah polifenol yang tinggi dalam penghasilan minyak zaitun membolehkan kita menggunakan untuk kesihatan kita.


Keadaan ini menjadikan ‘OLIVIE PLUS 30X’ adalah salah satu minyak zaitun yang terbaik untuk kesihatan. Kualiti dan harganya menjadikan minyak zaitun ini disebut sebagai penawar. Ia bukan minyak palsu yang sewenangnya anda boleh hidangkan dalam makanan anda. Minyak zaitun ini dihasilkan dalam keadaan yang sangat sukar, hasil yang rendah, tetapi mempunyai kualiti yang luar biasa. Rasanya adalah yang paling kuat kerana kaya dengan polifenol berbanding dengan minyak zaitun dari negara sekeliling Mediterranean (Itali, Sepanyol, Greece, Perancis, dan Tunisia).


Saya mengkagumi hasil pengeluarnya kerana telah menghasilkan pati minyak ini dalam bentuk yang pekat: Olivie Force/ Olivie Rich. Saya sering menyebut ketiga-tiga produk sebagai contoh dalam surat ini kerana mereka telah menjadi subjek banyak kajian. Tetapi saya ingin menekankan bahawa saya tidak menerima apa-apa komisen dan tidak mempunyai perjanjian dengan pengeluarnya. Keutamaan saya adalah untuk membantu anda mengetahui apa yang lebih baik untuk kesihatan anda dan bagi saya, "OLIVIE PLUS 30X" adalah minyak zaitun yang terbaik untuk kesihatan anda.


Komponen kecil minyak zaitun boleh membezakan, memberi rasa, warna, kestabilan, dan mengelakkan kemerosotan pada minyak zaitun. Alfa-tocoferol, vitamin E, dan minyak zaitun ialah antioksida yang melindungi kolesterol baik (LDL) dan minyak zaitun adalah minyak yang paling kaya dengan kandungan polifenol. Minyak zaitun mengandungi sequalene dan beta-karoten, yang memberi warna hijau dan kuning kepada minyak zaitun. Ia juga kaya dengan vitamin E. OLIVIE PLUS 30X mengandungi 5x ganda vitamin E berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.


Polifenol: Siapa Mereka Dan Di Mana Kita Menjumpainya?


Polifenol juga dikenali sebagai ‘biofenol’ dan bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan minyak zaitun. Ia juga adalah sebahagian daripada fenolik kompoun iaitu:


- Polimer (Tanin dan Atosianin yang selalunya terdapat dalam wain merah)
- Monomer fenolik yang didominasi oleh Oleuropin (sebatian fenolik utama daun zaitun)
- Fenolik alcohol (Hydroxytyrosol dan Tyrosol)


Hernirik dan Fritsche (2004) menganalisis 23 sample minyak zaitun extra virgin dari negara yang berbeza (Itali, Sepanyol, Greek dan Tunisia). Keputusannya menunjukkan perbezaan yang besar dalam jumlah kepekatan polifenol dalam minyak zaitun itu. 


Malahan, komposisi dan kepekatan kompoun fenolik dalam minyak zaitun dipengaruhi kuat oleh faktor ekonomi dan teknologi seperti kawasan geografi, iklim, musim menuai, indek kematangan buah zaitun, proses pengeluaran, dan pengairan. Oleh itu, sukar untuk mengetahui label komposisi terperinci yang terdapat pada botol minyak zaitun adalah tepat. Walau bagaimanapun, ia adalah baik untuk mengetahui segala komponen yang terdapat padanya.


Berikut ialah bukti bagi pakar dan semua orang yang ingin mengetahui apa yang baik dan berguna untuk kesihatan yang terdapat di dalam minyak zaitun. Satu ujian telah dibuat terhadap minyak zaitun dari pelbagai negara dan Olivie Plus 30x dalam makmal yang diperakui antarabangsa, analisis terperinci menghasilkan keputusan seperti jadual di bawah.
Di bawah disenaraikan perbezaan kepekatan kompoun fenolik utama Olivie 30x dan minyak zaitun biasa (4mg/kg);


OLIVIE PLUS 30X (Extra Virgin):


Komponen;
1) Jumlah polifenol =2840
2) Hydroxytyrosol =233
3) Oleopentandial (berasal dari oleuropeine dan Hydroxytyrosol) =1360
4) Tyrosol =78


MINYAK ZAITUN BIASA (Extra Virgin):


Komponen;
1) Jumlah polifenol =236
2) Hydroxytyrosol =13
3) Oleopentandial (berasal dari oleuropeine dan Hydroxytyrosol) =51
4) Tyrosol =13


Kadar perbandingan Hydroxytyrosol daripada Tyrosol dan Oleopentandial dalam 22 sampel klasik minyak zaitun dari Itali, Sepanyol, Greece dan Tunisia membawa bukti bahawa OLIVIE PLUS 30X mempunyai sehingga 30 kali ganda lebih polifenol (hydroxytyrosol dan Oleopentandial) atau pada kepekatan 30 kali lebih tinggi daripada dalam apa-apa minyak di dunia (1360mg / kg).


*Oleopentandial adalah sebatian yang sangat bioavailable, mudah diserap dari usus ke dalam aliran darah. Ia juga lebih bioavailable untuk penyerapan usus kerana mempunyai kestabilan yang baik di bawah keadaan berasid di dalam perut. Selepas penyerapan di gastro intestine, terutamanya di dalam usus kecil, 100% hydroxytyrosol dan tyrosol serta merta muncul di dalam darah dan diedarkan di seluruh tisu badan termasuk otak, kerana kebolehannya memasuki barrier darah otak yang melindungi sel otak disebabkan molekulnya yang kecil. Hydroxytyrosol dan tyrosol dibuang sepenuhnya dalam masa 3 jam dari badan melalui proses urinary.
*Polifenol mempunyai kuasa antioksida yang berperanan sebagai pelindung dan pencegahan penuaan serta menghentikan penyebaran oksidasi.


*Antioksida dinilai secara saintifik oleh ORAC yang bermaksud "Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen" ialah keupayaan untuk menyerap dan menghapuskan radikal bebas. Bahan antioksida yang terbaik adalah polifenol dari minyak zaitun dan buah anggur, Vitamin C dan E, serta Glutathione (Raja antioksida).


Perbandingan antioksida polifenol Olivie 30X diekspres kepada pakar dalam bentuk micromoles TE/ g (micromoles troloxequivalents (TE) bagi setiap 100g) memberikan keputusan berikut untuk molekul dalam makanan tumbuhan diet Mediterranean:


Hydroxytyrosol = 40,000
Resveratrol = 20,000
Kekacang = 13,000
Oleuropein = 11,000
Teh hijau epicatechin = 8,000
Setangkai ekstrak anggur = 6,000
Plum segar = 6,000
Wain merah Cabernet Sauvign
Delima segar = 4,500
Strawberi segar = 4,300
Granny epal segar bersama kulit = 3,800
Vitamin C = 2,000
Teh hijau (rendaman daun) = 1,200


Semua kajian eksperimen menggunakan sel darah merah, sel usus yang di culture yang masih terdedah kepada risiko oksidatif dan dilindungi oleh polifenol yang kaya di dalam minyak zaitun. Subhanallah.

Marilah beramal dengan pati MINYA ZAITUN OLIVIE PLUS 30x(Morocco) ini seisi keluarga. Dapatkan daripada kami!!!
=======================

Ustaz Zaki : 017-5750810
Sila hubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan promosi terkini
Boleh Like dan mesej kami di facebook :
atau lawati kami di

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!