ZURIAT
Ramai yang pm saya meminta saya membuat ulasan mengenai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Perkara utama yang harus kita fahami sebelum mencadangkan produk kepada pasangan yang dambakan zuriat ialah faktor kenapa tidak boleh mengandung?
Terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada ketidakhamilan seseorang isteri itu.
Faktor tersebut ialah:
-Masalah hormon dan telur
-Masalah cyst
-Masalah Fibroid
-Masalah Pholips
-Masalah kanser rahim
-Masalah tulang belakang yang menjadi faktor kedudukan rahim tidak berada pada posisi yang sebenar.
Selain faktor di atas, perlu juga dilihat dari sudut kitaran haid samada teratur atau tidak. Ada yang mengatakan haidnya datang setiap bulan.
Sebenarnya kitaran haid yang sempurna ialah apabila seseorang itu datang haid bukan pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 bulan hijrah. Apabila haid seseorang jatuh pada 13,14,15 atau sem nggu sebelum dan seminggu selepas, maka kitaran haidnya dikira tidak teratur.
Waktu 13,14,15 bulan hijrah adalah waktu paling subur bagi hormon wanita. Seeloknya perlu kerap bersama suami. Namun bagi wanita yg datang bulan waktu ni amatlah rugi. Kebanyakan makhluk Allah pada pertengahan bulan Islam akan mengawan. Jika kita tanya kaki pancingpun, mereka tak turun laut waktu sebegini kerana ikan sukar timbul. Ikan suka mengawan waktu ini.
to be continued..
*Team Mualij DASAR PPE*
31.1.18
0 comments:
Post a Comment