Minyak Zaitun Asli – Segala Yang Perlu Anda Tahu Tentang Minyak Zaitun
Minyak Zaitun datang dari buah Zaitun. Pokok Zaitun tumbuh dengan subur di negara negara Mediterranean seperti Maghribi dan Itali. Minyak zaitun asli terhasil dari perahan lemak buah zaitun secara tradisional.
Minyak Zaitun merupakan salah satu bahan utama dalam diet penduduk Mediterranean. Diet Mediterranean memang telah dikenali sebagai antara diet yang sihat.
Bagaimana Minyak Zaitun Dihasilkan
Secara amnya, minyak zaitun terhasil menggunakan dua kaedah.
Perahan Sejuk (Cold Press)
Majoriti produk Minyak Zaitun Asli yang wujud hari ini dihasilkan dengan kaedah Perahan Sejuk (Cold Press). Dalam kaedah ini, Buah Zaitun diperah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Minyak Zaitun “Virgin” atau “Extra Virgin”, proses perahan mestilah dilakukan pada suhu bilik.
Teknologi hari ini membolehkan perahan dilakukan menggunakan kaedah mesin sentrigual. Namun, masih banyak lagi ladang Zaitun yang mengguna pakai cara tradisional dalam proses menghasilkan Minyak Zaitun.
Salah satunya boleh anda lihat dalam video berikut:
Perahan Panas (Hot Press)
Kaedah Hot Press digunakan untuk mendapatkan minyak dari hampas hampas Buah Zaitun yang telah diperah. Secara amnya, proses perahan “Cold Press” hanya akan mengeluarkan sehingga 95% minyak dari Buah Zaitun.
Untuk tidak membazir, hampas Buah Zaitun yang telah diperah akan diproses pula menggunakan kaedah Hot Press. Dalam kaedah ini, bahan kimia tertentu akan dicampurkan dengan hampas Buah Zaitun tadi. Campuran tersebut akan menghasilkan minyak yang masih terdapat dalam hampas Buah Zaitun tersebut.
Klasifikasi Minyak Zaitun
Minyak Zaitun boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi. Klasifikasi ini bergantung kepada kadar asid minyak yang terhasil dan juga cara ia diproses.
Mari kita lihat klasifikasi tersebut.
Minyak Zaitun Pomace
Minyak Zaitun Pomace adalah produk yang terhasil dari proses “Hot Press” yang dilakukan ke atas hampas Buah Zaitun yang telah diperah. Ia adalah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti paling rendah.
Minyak Zaitun Pomace biasanya digunakan dalam industri pengilangan untuk membuat produk seperti sabun, syampu dan kosmetik. Walaupun kualitinya rendah, ia tetap mempunyai khasiat buah zaitun.
Minyak Zaitun “Refined” (“Refined Olive Oil”)
Minyak Zaitun “Refined” ini dihasilkan dari perahan “Cold Press” pertama. Namun, bukan semua hasil perahan pertama itu mempunyai kualiti atau kadar asid yang diinginkan. Oleh itu, ianya dicampurkan dengan bahan kimia untuk meningkatkan kualitinya.
Bahan kimia yang dicampur akan merendahkan kadar asid minyak tersebut. Ia juga akan mengurangkan rasa zaitun pada minyak tersebut.
Untuk meningkatkan semula rasa minyak zaitun, Minyak Zaitun “Virgin” turut dimasukkan ke dalam campuran.
Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)
Minyak Zaitun Asli adalah produk yang terhasil dari campuran “Refined Olive Oil” dan juga Minyak Zaitun Dara. Ia mengandungi kadar asid melebihi 4%. Dihasilkan melalui beberapa proses penapisan dan juga campuran untuk menjadikan ia “asli”.
Warna minyak adalah kekuning kuningan.
Minyak Zaitun Asli sesuai digunakan untuk memasak.
Minyak Zaitun “Virgin”
Minyak Zaitun “Virgin” adalah produk yang dihasilkan melalui proses perahan kedua. Ia mempunyai kadar asid kurang dari 4%. Minyaknya berwarna kuning kehijauan.
Minyak ini sesuai untuk digunakan dalam masakan. Ia juga sebagai sos (“dressing”) untuk salad.
Minyak Zaitun “Extra Virgin”
Minyak Zaitun “Extra Virgin” adalah produk yang terhasil dari proses perahan “Cold Press” pertama. Ia mengandungi kadar asid sekitar 0.5% – 1%.
Minyak dalam klasifikasi terbaik ini mengandungi kadar nutrisi yang tinggi. Ia juga tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia tambahan. Minyaknya berwarna kehijauan.
Minyak Zaitun “Extra Virgin” juga mempunyai rasa dan aroma Zaitun yang lebih kuat.
Manfaat Minyak Zaitun
Minyak Zaitun memberikan banyak manfaat kepada anda. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Jika dikaji dengan mendalam, anda akan menjumpai cara untuk mendapatkan manfaat dari minyak zaitun.
Mari kita lihat beberapa manfaat minyak zaitun.
Minyak Zaitun Untuk Kulit
“Selembut dan Sehalus Kulit Bayi”. Selalu kita dengar ayat ini bila berbicara tentang kulit kan?
Minyak Zaitun mempunyai kandungan Vitamin E dan antioksida yang tinggi. Oleh itu ia membantu kulit mempercepatkan proses pemulihan dari sebarang luka dan kecacatan. Dengan itu, ia membolehkan kulit kekal haus dan lembut.
Ia juga membantu menstabilkan hormon dalam badan. Ketidak seimbangan hormon adalah punca utama jerawat, ekzema dan pelbagai masalah kulit yang lain. Hormon seimbang, jerawat tiada.
Minyak Zaitun mempunyai sifat menyimpan kelembapan. Oleh itu, bila disapukan pada kulit, ia akan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.
Anda masak menggunakan minyak zaitun? Janganlah cepat sangat nak basuh lebihan minyak zaitun di telapak tangan anda itu ya.
Jangan membazir.. Sapukan ke kulit dan dapatkan manfaat kelembapan yang diberikan.
Minyak Zaitun Untuk Jantung
Kajian mengenal pasti diet yang mengandungi lemak mono tidak tepu “monounsaturated fat” baik untuk kesihatan. Ia merendahkah kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL. Anda tentu tahu tentang kesan LDL dan HDL terhadap jantung bukan?
“Monounsaturated Fat” adalah minyak dari tumbuh tumbuhan seperti Minyak Zaitun.
Minyak Zaitun mengandungi zat antioksida yang dikenali sebagai polifenol. Oleh sebab itu, ia diklasifikasikan sebagai makanan anti keradangan (anti inflammatory) dan pengawal kardiovaskular.
Untuk Tekanan Darah
Kajian juga menunjukkan Minyak Zaitun boleh mengurangkan hipertensi kerana ia berfungsi menggalakkan pengembangan saluran darah.
Minyak Zaitun juga dikenal pasti,menurut WebMD, boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat bagi mereka yang mengambil ubat tekanan darah. Pengambilan 40g minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan pengambilan ubat sehingga 50%.
Khasiat Zaitun
Umum mengetahui yang khasiat Zaitun itu terkandung bukan sahaja pada buahnya. Hampir segenap inci pokok Zaitun itu mempunyai khasiat.
Mari kita lihat khasiat khasiat yang terkandung dalam buah dan daun Zaitun.
Khasiat Buah Zaitun
Buah Zaitun memberikan 115 – 145 kalori tenaga untuk setiap 100gram buah. Ia juga mengandungi
75% – 80% air11% – 15% lemak4% – 6% karbohidratSedikit protein
74% dari lemak yang terkandung dalam Buah Zaitun itu adalah Asid Oleic. Ia adalah lemak mono tidak tepu – “mono unsaturated fat”.
52% – 85% dari karbohidrat yang terkandung dalam Buah Zaitun itu adalah dalam bentuk serat.
Berikut adalah kadar kandungan khasiat buah zaitun untuk setiap 100 gram:
Kalori – 115Air – 80%Protein – 0.8gKarbohidrat – 6.3gSerat – 3.2gLemak – 10.7gSaturated – 1.42gMono Unsaturated – 7.89gPoly Unsaturated – 0.91gOmega 3 – 0.06gOmega 6 – 0.85g
Buah Zaitun juga mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Antaranya:
Vitamin EZat BesiZat TembagaKalsiumNatriumOleuropein – antioksida yang tertinggi jumlahnya dalam buah Zaitun. Dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Hydroxytyrosol – Antioksida yang kuat.Tyrosol – Antioksida yang dikaitkan dengan masalah jantung.Asid Oleonalic – Antioksida yang dikaitkan dengan masalah kerosakan hati, lemak dalam darah, dan keradangan.Quercetin – nutrisi yang dikaitkan dengan tekanan darah.
Khasiat Daun Zaitun
Di awal 1800, air rebusan daun dari pokok Zaitun digunakan sebagai penawar demam. Ia juga turut digunakan, beberapa dekad kemudian, untuk merawat malaria.
Daun Zaitun juga seperti buah Zaitun, mengandungi kadar Oleuropein yang tinggi. Ia adalah sejenis polifenol. Oleuropein membantu merendahkan tekanan darah secara semulajadi. Ia juga membantu mengelakkan masalah jantung.
Secara amnya, khasiat yang terkandung dalam daun zaitun adalah sama seperti apa yang terdapat dalam buah Zaitun. Cuma kadar dan jumlahnya sahaja yang mungkin berbeza.
Mudahnya Aafiyat – Cara Amalkan Pemakanan Minyak Zaitun
Sekiranya anda ingin mengambil minyak zaitun untuk merawat sebarang jenis penyakit yang anda hidapi, bertemulah dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik.
Bagi anda yang ingin Bersama sama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat dengan kami, cuba:
Tukarkan minyak masak di rumah anda kepada Minyak Zaitun – Gunakannya untuk menumis, menggoreng, sebagai sos salad dan lain lain lagi. Pendek kata, semua yang melibatkan masakan dan makanan. Letakkan sebotol kecil Minyak Zaitun di dalam bilik mandi. Sapukan sedikit minyak Zaitun ke kulit dan rambut anda setiap kali selepas mandi. Ambil satu hingga dua sudu minyak Zaitun setiap pagi dan juga bila mengalami sakit tekak.
InsyaAllah, anda akan menikmati hidup yang Aafiyat.
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar
Terbaik .. :D
ReplyDeletePenyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!