Soalan Dari Pelanggan(Kenapa Mesti Amal Buah Teen Separa Segar?):
Assalamu'alaikum doktor. Kenapakah buah teen kering/separa segar perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari walaupun satu biji? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Buah Teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat, buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).
Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.
Ia bukan sahaja makanan, malah suatu "ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?
Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virusherpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Khasiat dan manfaat buah Teen:
1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti).
3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.
4. Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
5. Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.
7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.
8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.
9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.
Sumber: Olive House Medic & Business
0 comments:
Post a Comment