Minyak Zaitun Makanan Untuk Kurangkan Kolesterol [ Pati Minyak Zaitun Olive House ]
Tahukah anda ?
Minyak zaitun mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh mengurangkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kadar kolesterol baik (HDL). Disyorkan mengambil dua sudu makan (23gram) minyak zaitun sehari.
Boleh juga gunakan minyak zaitun dalam masakan*.
(*Tetapi penggunaan minyak zaitun untuk memasak hanya bagus sebagai pengelak kolestrol kerana Minyak Zaitun tidak mengandungi kolestrol tidak baik. Tetapi kualiti penyembuhan dan rawatan minyak zaitun yg telah dimasak atau dipanaskan telah berkurang kerana minyak zaitun sensitif dengan Cahaya dan kepanasan. Cara terbaik untuk mendapat manafaat maksimum dari minyak zaitun adalah dengan meminum secara terus tanpa dimasak)
Selain meminum secara terus 2 sudu sehari.. kaedah berikut juga boleh diamalkan untuk mendapat manafaat dari minyak zaitun.
Cara pengambilan
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. (seeloknya selepas siap makanan dimasak semasa makanan tidak terlalu panas)
2. Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit. (bagi mengelak Kolestrol)
3. Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari. (waktu terbaik ialah selepas bangun tidur sebelum makan apa-apa dan sebelum tidur)
4. Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun kedalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. (Tuang terus ke atas makanan seperti yang dilakukan oleh chef2 selesai masak)
Mengenai Kolesterol
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Kolestrol penyebab serangan jantung!
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810
0 comments:
Post a Comment