Monday, 2 March 2015

Minyak zaitun bantu rawat Masalah haid

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Tidak Haid Hampir 3 Bulan):

Assalammu'alaikum doktor. Adik saya ada masalah haid yang tidak teratur sejak sekolah lagi. Sekarang, umurnya telah 21 tahun dan kadang-kadang, sampai 3 hingga 4 bulan tidak datang bulan. Fizikalnya agak berisi dan berat badan 63kg dan belum lagi pergi lakukan pemeriksaan doktor. Jadi, saya hendak minta pendapat doktor, adakah disebabkan berat badan berlebihan? Sebelum ini, adik ini pernah 3 bulan tidak datang bulan dan dia dapatkan rawatan di homeopati sambil mengamalkan ubat homeopati. Alhamdulillah, datang bulan seperti biasa cuma, baru-baru ini, masalah itu berulang lagi. Last period 28/10/2014 sehingga kini dan masih belum datang bulan lagi. Mohon penjelasan doktor dan apa rawatan sesuai? Adakah MZ & SCT dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Haid berlaku apabila ovum yang dihasilkan oleh kilang telur (ovary) tidak disenyawakan oleh sperma seterusnya menurunkan tahap hormone progesterone menyebabkan dinding rahim dikeluarkan dalam bentuk darah. Punca haid yang tidak teratur berpunca dari ketidakstabilan hormone estrogen-progesteron dan di dalam kes polycystic ovarian syndrome(PCOS) ialah penghasilan hormone testosterone (hormone lelaki).
Rawatannya ialah memastikan punca dengan mengambil darah untuk memastikan kadar hormone di paras normal. Hormon yang kurang akan digantikan secara terus melalui ubatan. Kaedah alami ialah mengambil herba yang mengandungi phyto-estrogen seperti makanan berasaskan soya serta flaxseed dan kekacang.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah haid tidak teratur dan obesity, ini adalah disebabkan masalah gangguan hormon dan badan terlalu banyak mendapat estrogen dari luar (phytoestrogen) menyebabkan masalah ini berlaku. Kemungkinan, ini adalah gejala PCOS(polycystic ovarian syndrome). Apa yang perlu dilakukan, amalkan extra virgin olive oil (EVOO) setiap hari pada dos yang kecil diikuti dengan kenaikan dos sehingga 2 sudu besar 3 kali sehari. Amalkan juga air beralkali dan berbekam sebulan sekali. Elakkan memakan ayam bandar, elakkan minum menggunakan botol plastik, tukar syampoo biasa kepada syampoo alami tanpa bahan kimia (boleh gunakan soapnut). Elakkan deodorant biasa dan gantikan dengan tawas. Bahan aluminium chlorohydrate dan paraben adalah sangat berbahaya untuk kesihatan payudara dan hormon. Banyakkan solat sunat rawatib dan panjangkan tempoh rukuk dan sujud ketika solat. Cuba dapatkan khusyuk kerana khusyuk adalah kunci kesihatan mental dan akal yang akan mengawal-atur semua fungsi tubuh. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods

Web www.QuranicFoods.com

Blog www.oliveasli.blogspot.com

Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!