Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketagihan Dadah):
Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit yang ketagihan dadah? Jika tidak ambilnya, akan rasa ketar dan sejuk tubuh badan. Adakah MZ dan SCT dapat membantu dan mencegah ketagihan?
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa'alaikumsalam. Ketagihan merupakan masalah psikologi yang tidak hanya boleh diubati dengan ubatan tertentu tetapi kehendak yang kuat serta minda yang fokus untuk berubah serta sokongan dari individu yang hampir.
Di antara kaedah Islam ialah pada menekan dan memaksa diri dengan bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di waktu siang agar tubuh badan menjadi letih di peringkat awal sehingga ketagihan tersebut dapat di atasi.
Kebergantungan badan pada dadah biasanya menyebabkan withdrawal symptoms iaitu tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik jika dihentikan secara mendadak. Kerana itu, kementerian kesihatan menubuhkan klinik methadone bagi membekalkan dadah methadone dengan dos rendah kepada penagih yang berniat untuk berhenti tetapi keberkesanannya memerlukan kajian lanjut.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Ketagihan dadah memerlukan sesuatu yang lebih dari Quranic Food. Quranic Food pasti boleh membantu namun apa yang paling penting adalah kasih sayang dan sokongan keluarga terdekat. Amalan meminum cuka teen ketika sedang ketagihan insya Allah, boleh membantu. Air limau nipis juga turut membantu masalah ini dan bekam juga harus dilakukan di bahagian kepala. Wallahu a'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
0 comments:
Post a Comment