Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol & Dengung Telinga):
Assalammu'alaikum doktor. Seorang guru lelaki berumur 48 tahun mempunyai kadar kolestrol 4-8. Beliau mempunyai masalah berdengung telinga telah hampir 4 tahun dan juga telah menghabiskan wang perbelanjaan RM4500 untuk melakukan rawatan scan sehingga tidak dapat mengesan jenis atau punca penyakit. Mohon nasihat doktor.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Waalaikumsalam. Masalah telinga berdengung atau pun tinnitus kebanyakannya adalah disebabkan kandungan logam berat dalam darah yang tinggi antaranya merkuri dan aluminium. Adakah pesakit mempunyai tambalan gigi amalgam kerana merkuri akan dibebaskan setiap hari dari amalgam itu ke dalam darah. Apa-apa pun, lakukan bekam di kepala 2 minggu sekali sehingga simptom hilang dan amalkan juga habbatus sauda kerana ia membantu menyingkirkan pencemaran logam berat dalam darah. Wallahu a'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa'alaikumsalam. Pesakit yang menghidap masalah kolesterol yang tinggi untuk jangka masa yang lama biasanya mengalami masalah telinga berdesing/berbunyi kerana saraf telinga dilitupi kolesterol tersebut. Kebiasaannya, pada peringkat awal, jika berdesing hanya sebelah telinga, pakar telinga akan membuat ujian MRI bagi memastikan tiada kanser saraf telinga (acoustic neuroma). Jika tiada kanser, rawatannya hanyalah pada mengubah gaya hidup bagi merendahkan kadar kolesterol dengan pengambilan minyak tepu yang rendah, menggantikan minyak harian kepada minyak zaitun serta senaman yang berterusan.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Sumber: International Facts of Olive Oil.
More info https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
0 comments:
Post a Comment