TERAPI KANSER DENGAN MAKANAN
Oleh : Mimi De Olivia
Islam itu bersifat universal dan menyeluruh. Ia diaplikasikan dalam seluruh aspek kehidupan, termasuklah hal berkaitan makanan dan pemakanan. Konsep Islam dalam hal berkenaan makanan ini sangat mudah dan lengkap agar terhasilnya kesihatan dan keselamatan jiwa, tubuh badan, dan akal manusia. Makanan yang penuh nutrisi yang juga dipanggil ‘Nutritional Food’ boleh dijadikan sebagai terapi kepada merawat apa sahaja penyakit. Ia haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air.
Allah S.W.T berfirman dalam Surah ‘Abasa, Ayat 24 :
Maksudnya: “Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)”
Jika kita teliti Surah ‘Abasa, ayat 24 di atas, menunjukkan kata kerja ‘arahan’, yakni perintah Allah agar manusia sentiasa melihat kepada makanan seharian. Jadi, aspek penilaian menu makanan amatlah perlu dititikberatkan khasnya oleh manusia yang yakin dan beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Pengakhiran & Ketentuan Dia Yang Maha Esa juga oleh manusia lain amnya. Daripada makananlah akan terbentuk jasmani dan juga terdidiknya aspek rohani pada batang tubuh seseorang.
Bagi pesakit kanser, punca utama kepada terjadinya sel kanser dalam tubuh badan adalah faktor imunisasi yang lemah. Imunisasi ialah proses peningkatan sistem pertahanan badan terhadap radikal bebas seperti kuman, bakteria dan bahan kimia yang menjadi punca utama kepada hadirnya penyakit pada tubuh badan kita. Secara fitrahnya, sel-sel badan akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Tetapi, bagi pesakit kanser, kelemahan sistem pertahanan badan ini menyebabkan pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel abnormal di dalam badan. Antara punca yang menyumbang kepada lemahnya sistem pertahanan badan ialah pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan kekurangan nutrisi makanan tertentu, udara sekeliling yang tidak sihat dan emosi yang tidak stabil. Pelbagai jenis kanser yang menyerang tubuh badan manusia dan mengakibatkan kematian di negara-negara membangun termasuklah Malaysia adalah seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser usus dan banyak lagi.
“Dan (Kami tumbuhkan) pohon (zaitun) yang tumbuh dari gunung Sinai yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan”
(Surah Al Mukminun, Ayat 20)
Mengikut tafsiran para asatizah, ‘Ad Duhnu’ dalam ayat di atas menunjukkan minyak zaitun yang penuh nutrisi dan tidak ditapis yakni banyak khasiat dan ‘Ad Duhnu’ + ‘ Sibghun’ pula merujuk kepada buah zaitun yang tumbuh dengan nilai lipid yang banyak, pada yang kaedah sapuan luaran mahupun dengan kaedah makan secara terus. Hakikat tafsiran ini telah dibuktikan akan kebenarannya oleh para saintis yang menemukan bahawa minyak zaitun yang tidak ditapis itu, tinggi nilai lipid di dalamnya seperti Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 & 6 ini merupakan Asid Lemak Perlu yang harus diambil setiap hari dan daripada makanan kerana tubuh badan tidak dapat menghasilkannya sendiri. Asid Lemak Perlu ini sangat penting bagi fungsi otak serta pembangunan dan pertumbuhan sel badan yang normal. Manfaat lain pada Omega 3 & 6 ialah sebagai antikeradangan, merawat keradangan yang berlaku pada sel kanser.
Kami di Olive House juga sangat mengesyorkan kepada anda agar mensinergikan Pati Minyak Zaitun dan Jus Delima sebagai terapi makanan bagi pesakit kanser.
Allah S.W.T telah meletakkan Buah Zaitun dan Delima bersama-sama dalam satu ayat. Buah Zaitun yang ‘sama warna dan daunnya’ yang dinukilkan dalam ayat ini, boleh saya terjemahkan daripada sudut khasiatnya. Kajian saintifik hari ini telah membenarkan apa yang telah termaktub awal dahulu dalam Al Quran pada ayat 99, Surah Al An’am tentang khasiat ‘Anthocyanin’, ‘Flavonoid’ dan ‘Beta Carotene’ terdapat dalam kedua-dua buah zaitun dan delima. Hakikat persamaan ini sangat ketara yang memberikan warna oren kemerahan pada kedua-dua buah serta fungsi ketiga-tiganya juga adalah sama yakni sebagai Antioksida. Antioksida ini mampu menghalang atau melambatkan proses kerosakan pada sel-sel dalam badan dan menghindarkan daripada terkena penyakit kanser. Persamaan lain dari sudut fungsi ialah Omega 3 & 6 dalam buah zaitun dengan protein ‘Serine’ dalam delima. Kedua-duanya berfungsi memberi ketenangan emosi dengan menstabilkan hormon kerana pesakit kanser sering merasa tertekan atau ‘stress’.
Namun begitu, ada juga pengajaran daripada ayat Al Quran di atas, yang boleh kita kaji dan selidiki, iaitulah ‘tidak bersamaan rasanya’. Sudah tentu rasa dan KHASIAT kedua-dua makhluk Allah S.W.T ini ada perbezaannya juga. Umpamanya dari segi kemampuan antioksida ‘Asid Ellagik’ meresap ke dalam salur darah dalam badan manusia dan nilainya apabila diuji kandungan air kencing. Kajian seorang penyelidik utama iaitu Shiuan Chen, Ph.D. yang merupakan Pengarah Bahagian Biologi Sel Tumor dan Ketua Program Penyelidikan Kanser Payudara di California mendapati bahawa antioksida ‘Asid Ellagik’ pada buah delima menghalang tindakan enzim yang mempengaruhi pertumbuhan sel kanser payudara. Kehebatan antioksida ‘Asid Ellagik’ ini hakikatnya masih belum mampu mengatasi kehebatan antioksida dalam buah dan daun zaitun. Inilah yang dikatakan perbezaan ‘khasiat’. Perbezaan yang ketara adalah daripada segi nilainya yang sedikit rendah, berbanding tindakan Antioksida ‘Hydroxytyrosol’ dalam buah Zaitun yang diiktiraf sebagai Antioksida TERBAIK sehingga hari ini. Pesakit kanser di Asia majoritinya mengamalkan minuman Teh Hijau sebagai terapi kanser, sedangkan ‘Hydroxytyrosol’ adalah 15 kali ganda daripada Teh Hijau daripada segi khasiat di dalamnya. ‘Hydroxytyrosol’ mampu meresap dengan cepat bukan sahaja ke saluran darah di otak, malahan ke seluruh badan termasuk di bahagian usus. Kadar resapan yang dicatatkan apabila dibuat ujian ke atas air kencing pesakit, mencatatkan nilai yang lebih tinggi pada ‘Hydroxytyrosol’ berbanding ‘Asid Ellagik’. Oleh yang demikian, harus kita sama-sama insafi bahawa perbezaan ini bukanlah bertujuan untuk dibanding-bandingkan, tetapi harus kita SINERGIkan kedua-duanya kerana selain dapat menampung antara satu sama lain, masih banyak juga lagi khasiat vitamin dan ‘nutrient’ lain yang ada dalam buah Delima, tetapi tiada dalam buah Zaitun. Vitamin A, Vitamin B Kompleks dan Vitamin C yang ada dalam Jus Delima yang tinggi nilainya membantu merencat pertumbuhan sel kanser.
Menurut seorang Saintis bidang pemakanan, Dr Doris Meister, kehebatan khasiat protein atau asid amino sebagai terapi makanan kepada apa jua masalah kesihatan masih belum diberi pengiktirafan hatta dalam situasi pesakit kanser. Justeru, pada Februari 2005, satu simposium ilmu telah diadakan khusus membincangkan tentang khasiat asid amino sebagai terapi makanan kepada pelbagai penyakit termasuk kanser. Berpandukan kajian yang dijalankan oleh Dr Thomas Tallberg dari Helsinki, terapi asid amino sangat penting dalam rawatan kanser dan memberi pulangan yang besar kepada pesakit. Beliau sangat mengharap agar terapi asid amino ini sentiasa disertakan dalam rawatan penyakit kanser. Khasiat asid amino yang Allah S.W.T izinkan kewujudannya dalam buah delima merangkumi pelbagai cabang fungsi termasuklah sebagai antioksida, memberi ketenangan jiwa serta merawat dan membaikpulih sel-sel badan. Gabungan fungsi-fungsi ini hakikatnya memberi impak yang sangat besar dalam terapi kepada penyakit kanser kerana asid amino ini terdiri daripada 21 jenis dan kriteria yang pelbagai. Maha Hebat Dia yang menjadikan buah delima itu kaya nilai asid amino. Apabila kita renungi dan selidiki maksud ayat dari Surah Al An’am, di penghujung ayat 99, Allah S.W.T telah lebih awal membuat penegasan berbentuk perintah kepada manusia agar berfikir dan mengkaji akan nikmat-nikmat yang membuktikan kekuasaanNya. Maka, akan hadirlah rasa kekaguman sebagai hambaNya akan nikmat kekuasaanNya dan secara tidak langsung meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.
InsyaAllah, dengan pengamalan Pati Minyak Zaitun dan Jus Delima keluaran syarikat ‘Olive House’ akan menjadi ‘platform’ utama kepada terapi kanser. Kualiti yang terbaik adalah menjadi keutamaan kami dengan menjaga seboleh mungkin aspek pemprosesan dan penghasilan produk. Kajian demi kajian dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan, pembeli juga akan memperoleh khasiat yang optimum. Penghasilan minyak zaitun dan jus delima dengan perahan sejuk tanpa sebarang pemanasan dan kekerasan pada buah akan memberi pulangan yang sangat besar kepada kualiti khasiat di dalamnya. Aspek inilah yang telah melonjakkan produk-produk keluarn syarikat ‘Olive House’ ke tangga teratas dalam terapi pelbagai penyakit. Alhamdulillah.
Semoga pengamalan ‘Quranic Food’ ini akan sentiasa dijadikan asas UTAMA kepada sihat dan berkat dalam kehidupan seharian termasuklah bagi pesakit kanser. InsyaAllah.
Wallahua’lam.
Tempahan produk atau pertanyaan
WhatsApp 0175750810
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment