Tuesday, 10 February 2015

Komplikasi penyakit kronik vs Minyak Zaitun dan Cuka Teen

Soalan Dari Pelanggan (Beramal MZ & Demam)

Assalammu'alaikum doktor. Saya Salimah dari Perak. Saya menghidapi penyakit tiroid(goiter), cyst di hati, pundi hempedu, gastrik, & resdung. Saya mula minum pati MZ Olive House pada bulan Disember 2013 (4-6 sudu/hari). Bermula bulan Februari 2014 hingga Jun 2014, saya minum 1 sudu setiap 3 jam. Pada bulan Julai 2014 sehingga sekarang, saya minum 4 sudu/hari. Sejak bulan November 2014, badan saya rasa lemah & mudah dijangkiti demam/selesema/ batuk. Mungkin cara saya merawat penyakit/diet harian saya tidak betul. Harap doktor dapat membantu saya. Selain itu, adakah dengan menitis pati MZ ke dalam telinga dapat membantu merawat resdung dibahagian tersebut? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Banyak masalah puan Salimah, namun penyelesaiannya mudah. Elakkan makanan proses terutamanya  dari gandum, gula dan susu. Apabila puan kerap selesema dan demam ini adalah petanda baik, jangan mudah bersangka buruk. Ini menunjukkan badan puan telah mula 'membuat kerja' mengeluarkan toksin keluar dari organ. Selama ini mereka sangat lemah dan tak mampu berespon. Teruskan sahaja usaha ini dan tambahkan amalan solat puan dan kuatkan keyakinan pada Allah S.W.T. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam.

Hyperthyroidism:
Masalah kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon berlebihan akan menyebabkan symptom seperti panas badan, jantung berdegup kencang, sentiasa berpeluh serta berat badan yang rendah. Pemeriksaan perlu dijalankan bagi memastikan kadar hormon tersebut berada di paras yang normal. Kanser tiroid juga perlu di pastikan tidak wujud. Rawatan biasanya ialah ubat yang mengurangkan pembentukan hormon tiroid. Amalkan juga pemakanan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi seperti olive oil dan cuka teen serta kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi iodin.

Gastritis:
Gastritis ataupun disebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut disebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus. Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah. Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan. Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat.

Allergic rhinitis:
Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yg terlibat. Doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yg membawa kepada simptom di atas. Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!