Soalan Dari Pelanggan (Masalah ‘GERD’Gastro-Eosphageal Reflux Disease):
Assalammu'alaikum doctor. Mohon pencerahan tentang penyakit GERD acid reflux, apakah senergi yang sesuai dengan pemakanan Quranic Food?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. GERD adalah Gastro-Eosphageal Reflux Disease yang terjadi akibat kemasukkan semula bahan makanan yang bercampur asid dari perut ke esofagus dan ini menyebabkan mukosa esophagus terkena dengan asid perut. Ini adalah akibat kelemahan sfinkter bawah esofagus yang sepatutnya tertutup semasa penghadaman berlaku. Namun, akibat pelbagai faktor terutama makanan hari ini yang merosakkan, maka terjadilah defek. Minyak zaitun amat sesuai diambil sebelum makan bersama madu. Elakkan makanan proses 100% dan jus delima juga membantu. Elakkan juga stress dengan menyerahkan urusan kita kepada Allah S.W.T. Amalkan ruku’ dan sujud dengan sempurna dan khusyuk. Wallahu a'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. GERD berlaku apabila pintu perut (sphincter) tidak tertutup dengan sempurna menyebabkan asid perut mengalir naik ke atas menyebabkan symptom seperti sakit gastrik(gastritis) iaitu pedih di ulu hati dan masam di bahagian tekak(laryngopharyngeal reflux).
Rawatan utamanya ialah mengubah gaya hidup seperti mengurangkan makanan yang pedas dan masam serta mengelakkan makan sebelum tidur. Rawatan biasa ialah Proton Pump Inhibitor yang mengurangkan penghasilan asid.
Bagi rawatan secara alami, pengambilan olive oil boleh menjadi pelindung kepada saluran pemakanan agar tidak terhakis oleh asid perut. Pengambilan cuka tin juga memberi signal kepada tubuh bahawa asid badan sudah mencukupi seterusnya menghalang penghasilan asid berlebihan.
Sumber: Olive House Medic & Business.
More info https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
0 comments:
Post a Comment