Soalan Dari Pelanggan, (Masalah Kehilangan Suara)
Assalammu'alaikum doktor. Saya telah 3 hari kehilangan suara. Bagaimana hendak merawat/mencegah masalah suara hilang ini? Kadang-kadang, menganggu tugasan saya untuk bercakap dengan orang ramai. Adakah MZ/SCT dapat pulihkan suara saya?
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Hilang suara boleh terjadi dari pelbagai punca sama ada jangkitan kuman di bahagian tekak, asid dari perut naik ke tekak ataupun petanda kanser tekak. Bagi jangkitan, biasanya ia didahului demam dan sakit tekak diikuti hilang suara, manakala bagi asid yang naik dari perut, pesakit akan mengalami kepanasan di bahagian dada diikuti rasa masam di tekak. Kes kanser biasanya memakan masa beberapa bulan sebelum pesakit mengalami kesukaran menelan makanan dan perubahan suara. Bagi masalah jangkitan tekak, berkumur dengan cuka tin 3 kali sehari serta pengambilan madu dapat membantu. Untuk masalah asid berlebihan, amalkan cuka tin sebelum makan serta elakkan makan sebelum tidur. Makanan pedas dan masam juga elok dikurangkan. Jika langkah di atas tidak membantu, sila rujuk pakar ENT untuk pemeriksaan peti suara bagi memastikan tiada kanser di bahagian tersebut.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Masalah suara hilang, insya Allah, cuba amalkan minyak zaitun secara amalan setiap kali sebelum dan selepas memberi ceramah/syarahan panjang. Cuka tin eloklah diamalkan setiap hari untuk mengalkalikan tubuh demi khasiat yang lebih meluas lagi dan tidak hanya untuk kotak suara sahaja malah seluruh tubuh badan kita.
Sumber: Olive House Medic & Business.
More info https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
0 comments:
Post a Comment