Tuesday 10 February 2015

Soalan ; Jerawat teruk vs Minyak Zaitun dan Sari cuka teen

Soalan Dari Pelanggan(Masalah Jerawat Teruk Di Seluruh Muka)

Assalammu'alaikum doktor.  I ada masalah jerawat boleh dikatakan serious. Jerawat jenis yang bernanah and sakit. I used to consult with Dr.Ko and he gave me accutane. I makan selama 2 bulan and all the pimples are gone. But after a month i stop accutane, the pimples come out non stop. I cant even laugh and kalau buka mulut besar sangat pun sebab sakit. Jerawat the whole face. I tak boleh duduk bawah matahari lama sangat, muka jadi gatal. Now, i telah stop semua skincare. I just basuh guna air bersih and letak madu dekat muka sebab hendak reduce pimples. 
I telah cuba buat bekam wajah. Tetapi maybe baru kali pertama buat, so tidak nampak apa-apa perubahan pun. 

So, i harap doctor boleh advise on how to cure all the pimples. Adakah PMZ, SCT boleh membantu masalah saya?

Thanks.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Accutane(isotretinoin) adalah satu dadah yang sangat kuat dan bahaya. Ianya hanya boleh diberikan oleh yang benar-benar pakar sahaja setelah mengambil kira keperluan pesakit. Ia adalah sejenis dadah yang kononnya menyerupai molekul vitamin A (13-cis-retinoic acid). Mekanisma tindakannya tidak diketahui (jangan terkejut). Tetapi keberkesanannya untuk jerawat sangat mengujakan lalu menyebabkan ubat ini diberikan kepada semakin ramai pesakit.

Apa yang berlaku kepada anda adalah sesuatu yang bagus kerana imuniti badan anda baik dan terus bekerja mengeluarkan toksin dari muka. Selama ini accutane telah merencat proses ini. Jerawat akan terus keluar sehingga habis semuanya. Apa yang anda boleh buat adalah mengambil antioxidant yang tinggi seperti minyak zaitun, pati delima, chia seed dengan dos tinggi dan boleh amalkan juicing setiap hari. Elakkan makanan segera dan makanan proses. Jika boleh, hanya makan makanan raw sahaja. Insya Allah, jerawat itu takkan semakin teruk. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.  Jerawat berlaku apabila kelenjar sebum/minyak tersumbat atau penghasilan sebum yang berlebihan akibat hormon yang tidak seimbang di dalam tubuh seterusnya jangkitan kuman pada sebum yang berkumpul di akar rambut. Keadaan bertambah buruk bagi tubuh yang banyak berpeluh dan pengambilan gula dan susu proses secara berterusan. Di antara rawatan yang biasa gunakan ialah benzoyl peroxide, retinoid, antibiotic tetracyclin, isotretenoin (Accutane) yang bertujuan mengurangkan penghasilan minyak serta membuka liang-liang kelenjar yang tersumbat tetapi mempunyai kesan sampingan seperti kulit yang kering.

Bagi masalah jerawat, kaedah terbaik ialah menyapukan sari cuka tin(SCT) pada bahagian yang terlibat untuk membuka liang kelenjar yang tersumbat serta membunuh bakteria yang menjadi punca jangkitan. Amalkan juga olive oil bagi keseimbangan hormon serta pembinaan antibodi dari dalam tubuh. Amalkan membasuh muka dengan air suam serta elakkan penggunaan bahan mekap kimia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!