Monday 21 September 2015

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit VERTIGO)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit VERTIGO):
 
Assalamualaikum doktor.  Saya hanya hendak bertanyakan tentang penyakit "VERTIGO" memandangkan saya ada di diagnosis mengidap VERTIGO ini dengan simptom pening kepala, ketidakseimbangan badan, fikiran terasa kebingungan dan kegelisahan/panik yang melanda secara tiba-tiba. Adakah MZ dan produk OH lain boleh membantu menangani penyakit VERTIGO ini. Terima kasih.
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Vertigo berpunca sama ada dari saraf vestibular yang bersambung dengan telinga ataupun masalah pada serebelum/pangkal otak. Vertigo datang dalam bentuk perasaan keadaan sekeliling berpusing dan biasanya akan berhenti sendiri dalam masa beberapa minit. Simptomnya lebih teruk dan lama jika melibatkan masalah pangkal otak (cerebellar abscess, tumour). Pemeriksaan CT scan akan dibuat jika vertigo tersebut dijangka berpunca dari pangkal otak. Jika vertigo berpunca dari saraf keseimbangan telinga, kebiasaannya ubat Betahistine yang memperbaiki perjalanan darah ke organ tersebut akan diberi oleh doktor. Pesakit juga akan dirujuk kepada fisioterapi untuk vestibular rehabilitation. MZ sangat membantu bagi mengurangkan radang saraf vestibular seterusnya mengurangkan serangan vertigo.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
 
Wa’alaikumsalam. Vertigo merujuk kepada keadaan pesakit merasa seakan-akan alam sekelilingnya berpusing ataupun dia yang berpusing. Ianya biasanya disebabkan oleh penyakit yang berkenaan dengan bahagian telinga dalam di mana terdapat organ salur separuh bulat dan vestibule yang menjaga keseimbangan. Ianya boleh disebabkan jangkitan, gangguan saraf atau gangguan hormone-hormon seperti asetilkolin, GABA, dopamin, histamine dan serotonin. Minyak zaitun boleh membantu dan anda patut berbekam untuk kembalikan keseimbangan tubuh dan menjaga makanan seharian. Elakkan penggunaan shampoo biasa dan mandian biasa, gantikan dengan yang alami seperti soapnut, jenama Moogoo, atau lain-lain jenama organik yang lain tanpa SLS, ALS, phalates,glycol dan paraben. Wallahu A'lam.
 
Sumber: Olive House Medic & Business

Monday 14 September 2015

Masalah Ghout Minyak Zaitun Olive House

Soalan Dari Pengguna(Masalah Keradangan Sendi+Arthritis+Gout):

Assalammu’alaikum. Sahabat saya gout/radang sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tak boleh jalan. Bagaimanakah amalan yang sepatutnya dengan Minyak Zaitun dan Quranic Food?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Radang sendi/gout:

Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.

Remedinya:

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, cuka Teen juga boleh menolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.

Selain meminum cuka Teen, sendi yang terlibat boleh direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Arthritis/radang sendi:

Radang sendi berlaku disebabkan beban yang berat secara berterusan kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan memusnahkan sendi. Bagi gout, pembentukan tophi atau garam kristal di dalam sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses inflammation.

Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi sendi. Gantikan semua minyak dengan olive oil. Bagi rawatan khusus, rendamkan kobis di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yang terlibat dan balut selama 3 jam.

Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu dilarut di dalam 1 gelas air, diminum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.

Sumber: Olive House Medic
www.facebook.com/QuranicFoods
WhatsApp 0175750810

Olive House : Soalan Dari Pengguna(Masalah Sakit Sendi Tengkuk)

Soalan Dari Pengguna(Masalah Sakit Sendi Tengkuk):

Assalammu’alaikum doktor. Saya mengidap kesakitan di bahagian tengkuk. Sekarang ini merebak di bahu hingga tulang belakang. Doktor neuro diagnos sebagai funtional dis orde dan saya pernah buat rawatan radiofrrquency tapi doktor yang rawat saya ini pula diagnos saya sebagai sendi facet ditengkuk (keradangan di tulang tengkuk arthritis). Bolehkah minyak zaitun dan cuka teen saya jadikan supplement dengan kesakitan ini? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Prolapse intervertebral disc: Masalah kesihatan ini berlaku apabila terdapat tekanan di antara ruas tulang belakang menyebabkan penyempitan jalan keluar saraf di antara tulang tersebut. Rawatan moden yang diuruskan oleh pakar orthopedik ialah dengan pembedahan di ikuti oleh fisioterapi. Rawatan kiropraktik juga mampu membetulkan keadaan tulang belakang. Selepas kiropraktik, barulah Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) boleh berperanan mengurangkan inflamasi saraf yang terlibat. Selagi tekanan & penyempitan tidak dibetulkan dengan pembedahan atau kiropraktik, inflamasi saraf tetap akan berlaku menyebabkan sakit dan lemah di kawasan organ yang terlibat.

Sakit tengkuk @ cervical vertebral arthritis: Masalah keradangan ruas tulang belakang perlu dirujuk kepada pakar ortopedik atau pakar kiropraktik. Jika pemeriksaan menunjukkan tiada tulang yang menekan saraf dan doktor hanya memberi ubat penahan sakit dan merujuk kepada fisioterapi, maka amalkan MZ & SCT yang direkodkan mempunyai sifat anti-inflammatory (mengurangkan radang saraf) dan analgesic (penahan sakit) yang alami (natural) tanpa sebarang kesan sampingan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cuka teen dan minyak zaitun serta Quranic Food lain memang patut dijadikan makanan wajib semua pesakit bahkan juga yang sihat. Semua jenis inflamasi atau keradangan adalah proses yang sepatutnya berakhir dengan pembaikan tisu. Namun, bila badan tidak mendapat khasiat yang diperlukan maka badan akan terus menjalankan proses inflamasi tadi maka kena hentikan penghasilan radikal bebas dengan mengelakkan makanan proses.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday 3 September 2015

Minyak zaitun Olive house : influenza B, anak adik saya berumur 7 tahun. Minyak zaitun atau apa 2 lain yg dapat membantu.

Assalam, saya nak tanya pasal influenza B, anak adik saya berumur 7 tahun.
Minyak zaitun atau apa 2 lain yg dapat membantu.

ni cadangan dr sy : sinergi Zaitun Warrumman.

Zaitun : Hydroxytyrosol, oleuropein, oleocanthal & bbrpa lg antioxidants yg akn lawan free radicals (virus Hepatitis B yg menyerang hati)..juga ada kndungan Vitamin C, Zink, iodin.

Delima : Flavonoid & antioxidant lain.
                Vitamin C, Zink, iodin.

point utama yg saya cadangkan sinergi ialah hydroxytyrosol dalam zaitun & flavonoid dalam delima.kedua2 nya akn berkerjasama lawan virus Hep B.bertepatan dgn Surah Al An'am ayat 99 yg lebih AWAL Allah sebut tentang keajaiban dua makhluk ini.

juga blh sinergi bersama SCT yg akn bantu rawat keletihan akibat tindakan virus Hep B pd tubuh badan yg diserang.
Wallahu'alam
# typo - dalam delima x ada iodin.maaf

Tuesday 1 September 2015

Minyak Zaitun : Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit ITP+Autoimun)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit ITP+Autoimun):

Assalamualaikum doktor. Saya Puan Saidatul dari Selayang, Selangor dan ingin bertanya tentang masalah sakit adik saya ini. Doktor sahkan, dia telah menghidapi penyakit ITP (autoimun). Antara ubat yang diberi cuma steroid dan platlet darah adik adalah 5. Saya nasihatkan dia untuk mengambil kurma, madu, dan buah-buahan. Alhamdulillah, naik cuma 2 sahaja dalam tempoh beberapa hari. Sekarang, bacaan pletletnya baru 9 dan masih dikira kritikal. Saya hendak bertanya, jika ada rawatan sunnah yang sesuai untuk penyakit adik saya ini. Adakah Quranic Food juga dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ITP(Idiopathic/Immune Thrombocytopenic Purpura) adalah penyakit yang tidak diketahui sebabnya sejak dulu lagi namun saya dengan kuat berasa yakin yang ia adalah kesan dari bahan kimia sintetik yang digunakan seharian sama ada dalam makanan atau bahan pencuci harian. Dalam penyakit ini sistem imun tubuh menyerang dan memusnahkan sel platelet (sejenis sel darah putih) sendiri kerana mengesan terdapat antigen di atas permukaan platelet itu. Pengambilan steroid sebenarnya adalah bukan rawatan tetapi sebagai cara memberhentikan sistem imun dari menyerang platelet. Saya amat berharap agar pesakit ini dapat terus diberi Quranic Food secara konsisten dan diberhentikan dari memakan makanan proses 100% mulai sekarang. Proses kesembuhan akan menjadi cepat. Amalkan juga meminum jus setiap hari (jus yang diperah sendiri terutamanya jus lobak merah atau jus sayur-sayuran). Setiap penyakit ada ubatnya dan Islam adalah jalan keluar bagi semua masalah. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.
more info www.facebook.com/QuranicFoods
www.QuranicFoods.com
Whatsapp 0175750810

Perbezaan Minyak Zaitun dan Soft Gel

Knp OH tak guna softgel / kapsul / tablet ?

1.  Tindakan penyembuhan oleh mz bermula dr dlm mulut dan urat bwh lidah dan saluran di tekak yg terus menyambung ke sel2 organ penting tubuh. Kalau mkn softgel atau kapsul, ia pecah dlm perut, organ atas dan sel2 bahagian atas perut termasuk bahagian muka terlepas.

2.  Pantang mz tak boleh panas dan bercampur kimia, sedangkan proses nak buat kapsul / softgel mesti melalui proses pemanasan, khasiat mz akan berkurang.

3.  Nak proses softgel / kapsul mesti guna gelatin. Gelatin yg mudah utk dpt adlh dr binatang yg tdk halal.

4.  Bila mkn kapsul / softgel, kadar mz yg masuk ke dlm tubuh sgt sedikit berbanding cara dan kadar yg disyorkan OH dan olive council iaitu sehari 2 sudu. Hanya brp persen kadar mz yg ada dlm kapsul / softgel.

# penekanan oleh pakar :  kalau ada pihak mendakwa gelatinnya boleh pecah di tekak, ia sgt dikhuatiri dr gelatin tak halal (babi).

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!