Friday 24 August 2018

Dr Zubaidi : Lemak Musim Korban

HIDANGAN DAGING KORBAN

Alhamdulillah. Tahun ini rasanya paling sedikit saya makan daging korban.

Adik saya korban satu bahagian. Dapatlah bahagian tulang dan daging. Emak buatkan sup. Dihidang bersama daun sup dan sambal kicap Johor. Mmg sedap. Masakan emak lah katakan.

Saya ambil sup, daging sedikit saja. Mungkin otak ini dah ada skrip "kita dah tua, cukup2lah..." Jadi mahu makan banyak daging pun rasa bersalah. Ambil daging saiz satu kotak mancis saja.

Walaupun sup pun ada lemak tepu, kalau ambil sesekali ia tidak memberikan masalah, terutama jika kita mmg jaga pemakanan.

Saya pula mmg amalkan Intermittent Fasting. Mmg kurang sgt makan. Kadang kala saya berpuasa sunat.

Ramai saudara2 saya yang tak makan daging kecuali pada waktu perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha. Bukan sbb tak mampu, sebab mereka lebih suka makan sayur (sayur juga mempunyai sumber protein) dan makan ikan dan telur.

Mereka lebih sihat. Tiada masalah penyakit kronik. Berkebun. Minum air kosong. Taat pada agama. Hidup bersederhana. Damai dalam hati.

Saya juga tak lupa minyak zaitun. Saya sudah kurangkan banyak karbohidrat ringkas, sama ada beras putih, gula putih dan produk tepung putih.

Apa yg saya perhatikan pengambilan karbo ringkas saya sudah berkurangan sebanyak 30%. Kalau dulu cepat lapar. Asyik nak makan saja.  Makan pula makanan yg tinggi kandungan gula ringkas. Tak boleh nak buat apa. Sebab asyik rasa lapar saja.

Sekarang rasa lapar sudah berkurangan. Sangat berbeza dgn dulu. Mmg minyak zaitun dapat mengurangkan rasa lapar dan memberikan byk tenaga.

Patutlah ia menjadi makanan orang zaman dulu lagi terutama orang2 di sekitar laut Mediterranean. Mereka lebih sihat dan bertenaga.

Bagi yang mahu sihat, mmg kena kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan hentikan pengambilan  lemak transfat. Ambil minyak zaitun sbg sumber minyak sihat.

#minyakzaitundrzubaidi

Boleh hubungi saya 0175750810

Tuesday 21 August 2018

Dr Zubaidi : Boleh makan lemak?

Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan berkaitan lemak. Adakah semua lemak "haram" untuk kesihatan?
Jom tengok apa dr cerita dr..
more info pasal Minyak Barokah ini www.facebook.com/QuranicFoods
blog www.oliveasli.blogspot.com

TAK BOLEH MAKAN LEMAK LANGSUNG? DAH GILA KE APA?

Ada seorang teman bertanya.

"Doktor, benarkah kita tidak boleh makan makanan yang berminyak dan berlemak?"

Saya tersenyum dan mahu menduga "kenapa?"

"Minyak dan lemak kan bahaya. Ada banyak kolestrole. Menyebabkan sumbatan pada saluran darah?"

"Ya kolestrol yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan sumbatan tapi ..."

Belum sampat meneruskan, dia sudah memotong.

"Jadi kita kena makan makanan yang rebus dan bakar saja lah.."

Saya menggelengkan kepala dan tersenyum.

Ramai yang keliru dengan lemak dan minyak yang kita gunakan dalam makanan.

Lemak adalah sebahagian dari makronutrien. Makronutrien yang lain adalah protein, air dan karbohidrat. Pengambilan makronutrien ini sangat penting. Ia harus diambil seimbang dalam kuantiti tertentu.

Lemak berperanan dalam:

1. membekalkan tenaga yang banyak dalam tubuh.

2. membina dinding-dinding sel dalam organ otak dan saraf.

3. membina seks hormon seperti estrogen dan testosterone

4. membantu penyerapan vitamin A, D, E, K dalam usus.

Kita dicadangkan mengambil 20-35% lemak dalam makanan.  Cuma kita perlu tahu bahawa lemak itu ada 3 kategori.

1. Lemak sihat yang terdiri dari lemak tak tepu seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avokado. Lemak ini adalah lemak yang terbaik terbaik dan sihat, jadi perlu perlu diperbanyakkan dalam makanan.

2. Lemak tidak berapa sihat yang terdiri dari minyak tepu seperti lemak yang terdapat pada daging haiwan. Lemak ini harus diambil dalam kuantiti yang sederhana dan tidak boleh selalu.

3. Lemak yang memudaratkan yang terdiri dari minyak atau lemak 'transfat' yang banyak terdapat dalam makanan yang digoreng menggunakan minyak yang digunakan berkali-kali dalam suhu yang tinggi. Transfat ini juga digunakan sebagai  bahan adunan dalam pembuatan makanan yang seperti kek,  cookies , biskut, krakers, gula-gua candies, popcorn dan banyak lagi.

Jadi apa yang penting ialah kita memilih lemak atau minyak yang hendak digunakan.

Saya selalu mengambil satu sudu minyak zaitun yang tulen setiap pagi dan malam. 

#minyakzaitundrzubaidi

Olive House dan Turkey #SupportTurkey

AKU & KRISIS TURKEY DAN MUHAMMAD YUNUS GRAMEEN BANK

1. Saya membantu Olive House untuk mendapatkan produk dari Turkey kira-kira 7-8 tahun yang lalu. Masa itu mula berjinak dengan Turkey atas faktor partner dari Halab, Syria yang merupakan pembekal produk minyak zaitun pertama Olive House berpindah ke Turkey. Beliau dan rakan-rakan diberi perlindungan oleh Erdogan pada segenap sudut ketika Syria di ambang peperangan yang dahsyat. Dipuji oleh beliau sebagai orang luar, siapa itu Erdogan disamping  menjawab kritikan politik ke atas beliau.

Masa itu saya baru mahu membuka mata mengenal Turkey. Partner saya ini memberi pilihan; “Jika mahu juga Minyak Zaitun dari Syria boleh dapatkan dari Antakia, Turkey kerana situ adalah sempadan terdekat dengan Syria dan dahulunya adalah Syria atau boleh juga dapatkan dari Turkey sendiri dan pastikan grade dan kualiti yang sama. Jangan percaya jika terdapat yang mengatakan boleh berikan kualiti yang bagus dari Syria kerana masa ini peperangan sangat dahsyat dan mustahil mempunyai fasiliti untuk menjaga kualiti minyak untuk export”. Panjang lebar beliau menjelaskan tentang intergriti perniagaan. Kami masih bersahabat sehingga sekarang.

2. Saya mengajak seorang sahabat temani saya ke Turkey untuk eksplorasi produk dari sana kerana beliau mempunyai teman belajar dari Turkey ketika beliau belajar di US. Temannya ini merupakan anak salah seorang billionaire Turkey dan seorang lagi temannya menjawat Timb. Menteri di Turkey. Asalnya beliau keberatan untuk pergi dan hanya mahu hubungkan saya dengan temannya. Faktor beliau tidak mahu ke sana sebagaimana bahasa beliau: “Turkey yang aku pergi dulu (10 tahun dulu) kalau mahu tahu Negaranya, bayangkan Malaysia zaman 80an dan cuba imaginasi lagi 10 tahun ke belakang”. Hahaha teruk gila bayangan. Setelah dipujuk beliau mengikut pergi juga. Sampai ke sana, beliau yang kuat mengkritik Turkey melopong melihat perubahan Turkey yang hampir tidak logik begitu ketara pada pembangunan, sosial, sistem, kecanggihan dan keindahan. Terdiam beliau sepanjang bersama saya.

Beliau membawa saya bertemu teman seuniversitinya bernama Hakan. Sahabat saya bertanya Hakan: Apa yang berlaku kepada Turkey sehingga sehebat ini? Hakan menjawab seumpama Chef terkenal yang mahu memasak hidangan mewah yang tersedia segala kelengkapan. Konfiden sungguh Hakan menggoreng perbicaraan dalam Bahasa Inggeris standart tinggi tapi dialek Turkey.

Antara point menarik Hakan menjadikan saya tidak lupa sehingga kini: “Erdogan satu manusia yang melaksanakan nilai Islam kepada masyarakat tanpa menyebut Islam, tetapi praktis terlaksana sebagai nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan. Sebagai contoh, beliau mencadangkan satu model penempatan Elit yang golongan ini mengadu penempatan sekarang bising, kotor, bahaya dan tidak selamat. Model dibuat oleh Erdogan kepada golongan Elit adalah kawasan penempatan tanpa arak, tanpa perjudian dan tanpa pusat hiburan. Model ini dibina bukan kerana kehendak Agama tetapi bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat. Apabila penempatan ini terbina, “sold out” dan sudah tiada isu bising, bahaya, kotor dan seumpamanya. Model ini ditiru untuk penempatan baru yang lain. Secara tidak langsung masyarakat yang digelar sekular mula mengkaji hikmah-hikmah kepada mana-mana ajaran Agama tanpa penolakan membuta tuli dan kebodohan menganalisa hikmah.

3. Tambah Hakan lagi: “Erdogan sudah bersedia untuk memacu ekonomi Turkey seawal beliau memegang kuasa. Bayangkan bangsa yang tidak kisah dengan bahasa bangsa lain dan kehidupan orang lain. Berjaya diubah untuk bermain dan menari dalam dunia ekonomi global secara terhormat”. Terkejut ketika itu apabila kilang-kilang di Turkey yang saya lawati diwajibkan untuk melengkapkan segala jenis  certifikat, kelayakan, kualiti diperingkat antara-bangsa bahkan menepati “European Standart” yang sangat-sangat ketat. Hanyasanya Turkey tidak dimasukkan dalam kesatuan Eropah mungkin atas faktor politik. Alhamdulillah, Olive House berjaya mendapatkan grade produk berkualiti tinggi pada waktu tersebut dengan beberapa partner Turkey di sana. Perniagaan Olive House berjalan dengan baik hingga kini dan semakin berkembang hampir dua kali ganda setiap tahun.

4. Pengalaman berurusniaga bersama Turkey, terdapat beberapa kali wang bayaran Olive House dipulangkan oleh Bank Antarabangsa dengan alasan khuatir sumbangan kepada pengganas di Turkey. Semua boleh diatasi dengan baik selepas itu kerana ia benar-benar satu transaksi perniagaan. Mungkin sekadar mahu disusahkan kerana Negara ini bernama Turkey. Ada ketika terpaksa berurusan dengan beberapa Negara hanya untuk memastikan transaksi berjalan lancar. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang diperolehi dan pengetahuan yang takkan diperolehi dari mana-mana kelas hasil kejadian ini.

5. Apabila Turkey dilanda krisis, bohong jika dikatakan saya tidak terkesan. Ia sama perasaan apabila mendengar Negara Ummat Islam yang lain seumpama Palestin dan Syria ditimpa ujian. Hanya membezakan Turkey dengan lain mereka bersedia dengan permainan kotor dan pelbagai corak kejahatan dari pelbagai sudut. Walaupun begitu, ia satu ujian yang hebat buat Turkey di waktu ini. Turkey sedar dengan meningkatkan produktiviti Negara dan export, antara perkara yang perlu diberi perhatian jika Negara ditekan. Mereka membina hubungan baik dengan banyak Negara dan banyak Negara memberi kerjasama yang baik.

Seumpama Malaysia, Turkey mempunyai kerjasama dengan Malaysia, terdapat produk keluaran Turkey dikecualikan cukai oleh kerajaan Malaysia apabila masuk terjual di Malaysia. Begitu juga Turkey memberikan subsidi kepada bussinessman mereka sehingga 5% kepada produk yang diexport atas nama “Made in Turkey”. Di waktu ini currency Turkey yang agak merudum memberi sedikit keuntungan kepada Turkey kerana dahulu setiap 1 Dollar = 3 Lira pendapatan. Sekarang setiap 1 Dollar = 6 Lira. Dua kali ganda dari pendapatan biasa bagi setiap hasil pendapatan dari export yang dibuat. Walaupun ini bukan segalanya untuk menghadapi tekanan ekonomi buat Turkey tetapi peningkatan export buat Turkey dan ditambah pula Negara sekutunya menambah Import mereka bakal memberi kesan positif kepada Turkey. Hanya soal sedikit atau banyak.

Tetapi ada satu perkara yang memberi kesan secara besar hasil tindakan ini ialah, Rakyat Turkey melihat bahawa ramai yang bersama mereka ketika suasana mencabar ini. Sumbangan perasaan dari tindakan solidariti ini sangat besar buat siapa sahaja bernama manusia. Hatta kita peribadi dikala teruji dan tahu teman-teman sekeliling tidak mampu membantu banyak tetapi solidariti mereka untuk kita hadapi ujian getir merupakan sumbangan yang besar dan memperlihatkan keihklasan yang tinggi. Ini yang cuba dilakukan oleh Olive House untuk Turkey.

6. Selama Olive House berniaga bersama Turkey sudah lebih USD 7 juta nilai pasaran produk yang kita beri manfaat kepada Turkey. Bahkan Olive House tidak mengambil subsidi kerajaan Turkey tetapi kita bayar sebagaimana pihak lain secara kompetatif. Kita berjaya elakkan kerajaan Turkey dari memberi subsidi kepada pengilang mereka tetapi dalam masa sama produk kita tidak lebih mahal dari sepatutnya. Jika mahu jelaskan bab ini, satu tulisan lain perlu disediakan.

Olive House sangat berbangga berurus niaga dengan  Turkey kerana kami tahu secara pasti hasil pendapatan mereka bukan hanya semata untk bangunkan Negara mereka tetapi juga untuk bantu Negara sekitar Ummat Islam. Kami tahu membantu mereka bererti membantu Ummat Islam lain secara tidak langsung. Hatta rakyat Malaysia tak terkecuali. Berapa ramai yang mendapat biasiswa penuh dari Turkey sehingga tamat pelajaran. Siapa yang mendapat pelaburan hebat di negeri-negeri di Malaysia dengan pelbagai projek besar dari kerajaan Turkey. Data-data ini terlalu banyak jika mahu kongsikan. Kita jarang mengetahui hero-hero yang tidak didendangkan berkerja keras untuk membangunkan Negara dan Ummat Islam tanpa kita ketahui. Turkey adalah salah satu hero tersebut.

7. Teringat ucapan Erdogan, jatuhnya Turkey adalah petanda kejatuhan total Negara Palestin. Begitu juga bagi musuh Islam jika mahu merampas Palestin, Turkey mesti dilumpuhkan terlebih dahulu. Mana mungkin kita sanggup melihat kiblat Pertama Ummat Islam, bumi Baginda Mikraj dan Mesjid utama ketiga Ummat Islam dibiarkan tidak terbela. Erdogan punya cara pelbagai untuk membantu mereka. Kita wajib membantu pemimpin yang mampu membela maruah Palestin. Ini juga solidariti buat Palestin.

Terkenang juga saya di ketika awal ingin berniaga bersama Palestin, mencari partner di sana dan berniat sebagai sumbangan kepada Palestin, tetapi ada beberapa cabaran yang menjadikan kita memilih strategi yang lebih besar. Apa cabaran tersebut;

- Tidak semua produk Palestin dari Palestin tetapi Israel. Data terakhir masa itu permainan Yahudi hanya berbaki 2 kilang sahaja yang menepati spec pengilangan yang menjadi milik Palestin. Lainnya habis proksi.

- Bagi yang milik Palestin, produk asal dari Palestin tetapi segala kelengkapan perlukan Israel untuk melengkapkan. Seumpama walaupun produk itu mendanai Palestin ia juga mendanai Isreal secara langsung.

- Produk yang dituai, mempunyai kapasiti yang kecil pertahun yang jika kita ambil bakal bertemu siling kapasiti mereka dalam 1-2 tahun disamping risiko apa sahaja boleh dilakukan oleh Israel.

Maka bantuan kepada mereka perlu dilakukan dengan cara yang lebih konsisten dan berkesan. Erdogan sangat pakar soal ini.

8. Mungkin sedikit terkesan kepada apa yang dilakukan Erdogan kepada dunia. Olive House sudah melebihi 3 tahun menjadikan aktiviti kebajikan hasil dari pendapatan keuntungan perniagaan disalurkan kepada masyarakat. Aktiviti yang tidak menggunakan logo Olive House atau apa sahaja berkaitan Olive House, hanya bermatlamat mencapai objektif kebajikan yang dilakukan. Sebahagian menamakan CSR, ada namakan aktiviti NGO, ada namakan aktiviti dakwah. Apa sekalipun namanya kesemua mereka bertujuan; menjadikan Negara dan masyarakat lebih baik untuk generasi yang akan datang.

Walaupun sumbangan tidak besar oleh Olive House dari hasil perniagaan produk Turkey, kadarnya tak kurang dari USD 7 juta mengikut nilai pasaran, selain menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan Turkey, Olive House juga mengambil sebahagian keuntungan syarikat untuk aktiviti kemasyarakatan yang tidak silap saya setahun tidak kurang RM 300k yang menjadikan Foundation Yunus sebagai aspirasi kepada aktiviti kebajikan ini. Alhamdulillah kelmarin saya berkesempatan bertemu dengan founder kepada Grameen Bank dan pengasas kepada Yunus Foundation (merupakan penerima anugerah Nobel) di UKM. Selepas program dengan bantuan Tan Sri Dr Norazlan Ghazaly kami bertemu dengan Muhamad Yunus di bilik Tan Sri. Hasil perbincangan singkat, kami diberi kesempatan untuk bertemu secara khusus bersama Muhammad Yunus di Bangladesh untuk membincangkan lebih detail bagaimana pendapatan syarikat dapat digerakkan dalam soal kebajikan dan menyelesaikan masalah masyarakat dengan lebih berkesan. Kami pun dah stuck walaupun ada sumber. Walaupun sedap berteori social business, praktis tidak semudah itu.

Aspirasi Olive House, Erdogan, Grameen rasanya semua sama, mereka bertindak mengikut naluri manusia memberi kembali kepada orang lain apa yang mampu diberikan. Hidup ini hanya persinggahan sahaja.

9. Di tika ini Turkey sedang ditekan, atas solidariti Turkey dan segala kebaikan yang mereka lakukan dan bakal lakukan. Saya memohon kepada kepimpinan Olive House untuk melaksanakan kempen “buyturkishproducts”. Kempen ini tidak tertakluk kepada produk Turkey yang terdapat di Olive House sahaja tetapi kepada apa sahaja produk Turkey yang terdapat di bumi Malaysia.

Alangkah indah jika Negara kita Malaysia dapat meletakkan polisi sementara; dahulukan apa sahaja import dari Turkey buat masa ini. Juga kempen melancong ke Turkey dipergiatkan untuk menjana pendapatan kepada Turkey. Perkara ini melampaui sentimen persaingan perniagaan, siapa sahaja mempunyai produk Turkey dan selaku rakyat Malaysia yang diberi kuasa memilih produk patut mendahulukan produk dari Turkey sebagai tanda solidariti kita. Walaupun sedikit bantuan, ia tetap dikira bantuan yang besar di sisi Allah.

10. Bukan itu sahaja, diperingkat Olive House kita akan himpunkan tandangan pelanggan-pelanggan dan juga gambar bersama produk dari Turkey lalu dihantar kepada Erdogan melalui kedutaan Turkey di Malaysia demi menunjukkan bahawa hati dan perasaan kita bersama mereka di kala kesusahan ini. Kempen ini sudah dimulakan sejak kelmarin lagi oleh para tentera Olive House kepada masyarakat.

Semoga sumbangan kecil ini sebagai tanda kesungguhan kita merasai apa yang dirasai saudara kita di Negara lain yang mana mereka ketika kuat, tidak pernah kedekut dan lokek untuk membantu kita. Sekarang masa kita pula untuk tunjukkan...

#buyturkishproducts

Muhammad Aidil Azwal Zainudin
1:05 petang
18 Ogos 2018
.
www.OliveAsli.blogspot.com
page www.facebook.com/QuranicFoods
www.facebook.com/OliveHouseAlorSetar
Bekam/Resdung/Facial Organic
www.facebook.com/BekamAlorSetar
.
booking 0175750810

Thursday 9 August 2018

Sunday 5 August 2018

Rahsia Bunga Cengkih-Khasiat Dari Dapur Khasiat Bunga Cengkih


.Bunga Cengkih-Khasiat Dari Dapur
Khasiat Bunga Cengkih

Apa bila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan. .

Terpanggil aku untuk mengkajinya apabila mendapat tahu seorang guru ugama sebuah pondok tersohor di kelantan selalu mengunyah nya sejak berumur 17 tahun lagi dan beliau yang berumur sudah mencecah 90an masih sihat dan masih boleh mengaji al quran dan mengajarnya dengan baik sehingga sekarang. Cara tuan guru tersebut amal ia lah dengan mengunyahnya 10 kuntum bunga setiap hari dan menghisap air nya. Memandangkan bahan ini mudah diperolehi ,murah dan tidak merbahaya apa salahnya kita mencubanya!

Kajian Saintifik Bunga Cengkih.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah Bacetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins,gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller); flavonoids eugenin, kaempferol,rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dancampesterol; dan sesquiterpenes.[9] . Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .
KHASIAT BUNGA CENGKIH.
1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.
2. Menguatkan jantung
3. Kesihatan Mata
4. Ketahanan Gigi
5. Menguatkan Ingatan
6 Menghilangkan Sakit Gigi
Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia
7 Menghilangkan rasa mual dan pening
Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih
8 Menghilangkan Bau Mulut
Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali
9 Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

10 Radang Hati
Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
11 Selsema
Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

12 Sembelit
Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.
13 Mengelak Semut
Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
14 Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

SELAMAT MENCUBA !

Tambahan.
.
Melalui pengalaman : Satu lagi khasiat Boleh digunakan untuk berhenti merokok. caranya : gigit sedikit bunga cengkih setiap kali lepas makan atau minum untuk gantikan rokok. Jangan banyak nanti pecah lidah - panas. Amalkan setiap hari sehingga anda dapat melupakan rokok. Insya Allah jadi.
.

Saturday 4 August 2018

10 Khasiat Kulit Kayu Manis yang penting anda tahu

Kulit kayu manis merupakan rempah-ratus yang sedap dalam masakan. Ia sudah digunakan dalam bidang perubatan sejak ribuan tahun dahulu.

Dan sekarang, dengan menggunakan teknologi sudah mengesahkan bahawa kayu manis memang mempunyai banyak khasiat.

10 Khasiat Kulit Kayu Manis Untuk Kesihatan

Dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 10 khasiat kulit kayu manis untuk tubuh badan, berdasarkan kajian sains.

1. Kayu Manis Boleh Merawat

Kayu manis diperbuat dari bahagian dalam kulit kayu pokok yang dikenali sebagai pokok Cinnamomum.

Ia sudah digunakan sebagai salah satu ramuan semenjak berkurun lagi. Pada awalnya, ia merupakan sesuatu yang sangat jarang dan berharga, bahkan pernah dijadikan sebagai hadiah untuk raja.

Pada hari ini, kayu manis sangat mudah untuk didapati dan harganya murah. Dan digunakan dalam pelbagai jenis juadah dan sajian.

Di dalam kayu manis, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai cinnamaldehyde.

Bahan itulah yang memainkan peranan yang penting di dalam sumbangannya di dalam bidang perubatan – terutama dalam memberikan khasiat kepada badan serta meningkatkan kadar metabolisma.

2. Kayu Manis Mempunyai Kadar Antioksida Yang Tinggi

Antioksida melindungi badan anda daripada kesan pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Bagi kayu manis pula, ia kaya dengan antioksida, seperti polyphenols.

Dalam satu kajian membandingkan tindak balas antioksida dalam 26 rempah-ratus, kayu manislah yang paling menonjol. Bahkan mengalahkan “superfood” yang lain seperti bawang putih

Pada masa yang sama, kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan pengawet semulajadi

3. Kayu Manis Kaya Dengan Bahan Anti-Keradangan

Keradangan di dalam badan adalah sesuatu yang sangat penting.

Ia boleh membantu badan untuk melawan jangkitan dan memulihkan kerosakan tisu.

Walaubagaimanapun, keradangan boleh membawa kepada masalah apabila ia menjadi kronik dan mula melawan tisu badan kita sendiri.

Dalam kes ini, kayu manis boleh membantu kerana kajian menunjukkan bahawa antioksida di dalamnya meransang aktiviti anti-keradangan.

4. Kayu Manis Boleh Mengurangkan Risiko Masalah Jantung

Kayu manis sangat berkait dengan penurunan risiko sakit jantung, iaitu salah satu penyebab kematian terbesar di seluruh dunia.

Bagi orang yang mendapat kencing manis tahap 2,  1 gram serbuk kayu manis setiap hari boleh memberikan kesan yang positif.

Ia mengurangkan kadar jumlah kolestrol, kolestrol LDL dan triglycerides, manakala kadar HDL kekal sedia kala.

Satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan pula mendapati bahawa kayu manis boleh mengurangkan kadar tekanan darah tinggi.

Apabila digabungkan, semua faktor ini boleh mengurangkan kadar risiko sakit jantung.

5. Kayu Manis Boleh Meningkatkan Sensitiviti Terhadap Insulin

Insulin merupakan salah satu hormon yang menstabilkan metabolisma dan penggunaan tenaga.

Pada masa yang sama, ia sangat penting untuk menghantar gula dari darah ke dalam sel badan.

Masalah akan bermula apabila seseorang itu mula tahan (resistance) terhadap kesan insulin.

Masalah ini yang dikenali sebagai insulin resistance, adalah penyebab kepada kencing manis tahap 2.

Berita baiknya pula adalah, kulit kayu manis boleh mengurangkan masalah ini  dengan erti membantu insulin ini untuk berfungsi dengan baik.

6. Kayu Manis Boleh Mengurangkan Gula Dalam Darah

Selain dari memberikan kesan positif kepada insulin resistance, kayu manis boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Sudah ramai yang mengesahkan perkara ini.

Pengambilan terbaik adalah dalam sekitar 1-6 gram sehari. (Lebih kurang 0.5-2 sudu teh).

7. Kayu Manis Mungkin Mencegah Penyakit Neurodegenerative

Penyakit neurodegenerative ini boleh diklasifikasikan sebagai kehilangan struktur atau fungsi sel otak secara berperingkat-peringkat.

Panyakit Alzheimer dan Parkinson merupakan penyakit yang paling biasa dalam kategori ini.

Di dalam satu kajian ke atas tikus makmal yang mempunyai penyakit Parkinson, kayu manis membantu melindungi neuron, menstabilkan kadar neurotransmitter dan memperbaiki fungsi motor.

Bagi ke atas manusia pula, kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan.

8. Kayu Manis Mungkin Boleh Mencegah Kanser

Kanser merupakan masalah yang serius, dan diketahui dengan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Kayu manis sudah dikaji secara meluas dan berpotensi dalam mencegah perbentukan kanser.

Walaupun begitu, buktinya terhad oada tabung uji dan tikus makmal sahaja, yang mencadangkan bahawa ekstrak kayu manis berkemungkinan boleh mencegah kanser.

Ia bertindak dengan mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan perbentukan saluran darah di dalam barah.

9. Kayu Manis Melawan Jangkitan Bakteria dan Kulat

Cinnamaldehyde, iaitu komponen utama di dalam kayu manis, boleh melawan pelbagai jenis jangkitan.

Minyak kayu manis sudah menunjukkan bahawa ia boleh merawat jangkitan kulat pada saluran pernafasan.

Pada masa yang sama, kayu manis turut  mencegah pembiakan sesetengah bakteria seperti Listeria dan Slamonella.

Dari sudut lain, kayu manis boleh mencegah gigi dari mereput dan mengurangkan nafas berbau.

10. Kayu Manis Melawan Virus HIV

Virus HIV merupakan sejenis virus yang boleh merosakkan sistem imun badan anda, dan akhir sekali boleh membawa kepada AIDS sekiranya tidak dirawat dengan rapi.

Satu kajian makmal mendapati bahawa kayu manis adalah bahan yang terbaik untuk merawat HIV, berbanding dengan 69 tumbuhan-tumbuhan yang lain.

Setakat ini, tiada kajian ke atas manusia untuk membuktikan teori ini.

Kesimpulan

Secara ringkas, khasiat kulit kayu manis ada banyak. Kita sahaja yang tidak sedar dan ambil tahu.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga sedap untuk dimakan dan dimasukkan di dalam pelbagai menu masakan seharian anda.

Harap artikel ini memberikan anda sedikit manfaat.

Sekian

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!